Penyampai Radio Era dikecam kerana bercuti di Maldives

PENYAMPAI radio Era FM dan pengacara, Hani Fadzil yang sedang bercuti di Maldives kesal apabila percutiannya itu menjadi isu dalam kalangan netizen yang turut mempersoalkan punca pendapatannya. Hani, 28, berkata, dia tidak sangka ada golongan yang terdetik mempertikaikan percutian itu.

“Saya terkejut apabila ada netizen tiba-tiba menulis komen bertanya, besar sangatkah gaji penyampai radio sampai boleh bercuti dengan begitu mewah. “Sebenarnya percutian saya ke Maldives adalah atas tajaan satu pihak, manakala tiket penerbangan adalah hadiah seorang rakan karib

sempena perkahwinan saya. Tiada niat langsung saya nak menunjukkan saya ini hidup mewah. “Saya hanya mahu bercuti menenangkan fikiran. Sebelum ini pun, banyak kali saya melancong ke Eropah dan Korea Selatan, okay saja serta tak jadi isu,” katanya.

Menurut Hani, percutian itu sudah lama dirancang selain percutian bulan madu bersama suami, Faiz. “Beberapa tahun kebelakangan ini, kehidupan saya banyak fokus kepada kerjaya. Jadi, kali ini saya ambil peluang ini untuk bercuti dengan suami memandangkan kami sama-sama

mendapat pelepasan. Kalau tidak, sukar untuk kami bercuti bersama disebabkan kekangan kerja,” katanya. Terdahulu, ada peminat yang tinggalkan komen mempertikaikan gaji penyampai di akaun Instagram Era FM selepas memuat naik gambar percutian Hani.

“Sebenarnya Nak Tanya Laa Berapa Gaji DJ Radio Ni ..” – Netizen Kurang Senang Lihat Hani Fadzil Bercuti Di Maldives, Ini Jawapan Balas Radin. Penyampai radio ERA dan pengacara, Radin menjawab soalan seorang netizen mengenai gaji di akaun Instagram (IG), Era.je.

Menerusi sebuah entri, admin IG tersebut telah memuat naik sekeping foto penyampai radio Hani Fadzil sedang bercuti di Maldives. Namun, foto tersebut menjadi perhatian seorang netizen yang kurang senang. “Sebenarnya nak tanya laa..berapa gaji DJ radio ni ek..?

“Masyuk semacam jer siap boleh vacation gaya macam datuk datin,” tulis netizen tersebut. Radin tidak berdiam diri malah terus menjawab dengan tenang. “As I know..gaji setiap announcer berbeza-beza based on (experience, nama, followers, demanding & etc). “So most of them, ada juga buat job lain (berlakon, emcee job luar, host tv or review product) 

“Ada juga yang pakai branded brand or vacation/holiday by sponsor or ada juga yang saving to do that. “To be honest, keje as announcer ni based on experience, popularity, listener demand and relevant to the industry.. “That’s how us survive. So, tak kisah keje apa pun, bila kita rajin usaha inshallah rezeki tu ada Allah dah susun,” tulisnya.

Hani mendirikan rumah tangga dengan Wan Faiz Wan Noor, 32, pada Julai 2017 dan mereka belum dikurniakan cahaya mata. PENGACARA dan penyampai radio Era FM, Hani Fadzil bersyukur operation membuang sista (cyst) pada bahagian ovarinya berjalan lancar dan kini berasa lega.

Hani atau Intan Farhani Fadzil, 27, bagaimanapun masih merasakan kesakitan dalaman selepas operation itu dan perlu berehat beberapa minggu. “Selepas menjalani operation Selasa lalu, saya memang terpaksa menahan kesakitan yang teramat.

Semalam keadaan saya bertambah baik sedikit namun hari ini kesakitan itu datang secara tidak menentu. “Sewaktu saya datang melakukan pemeriksaan minggu lalu, doktor memaklumkan sista itu sudah sebesar lima sentimeter. Bagaimanapun, sebaik dibuang rupanya ia sudah

berukuran tujuh sentimeter iaitu sebesar bola tenis. “Saya tidak rasakan apa-apa pun ketika itu namun tiba-tiba berasa sakit yang teramat Isnin lalu. Saya sendiri memandu ke hospital bertemu doktor sebelum disuruh melakukan operation itu,” katanya.

Hani berkata buat masa ini dia akan menghentikan aktiviti seninya untuk tempoh beberapa minggu sehingga keadaan pulih sepenuhnya. “Doktor meminta saya untuk berehat dalam dua hingga tiga minggu. Dalam tempoh itu, saya kena menghadiri rawatan susulan di hospital.

“Pihak pengurusan di tempat kerja juga meminta saya berehat dan kembali bekerja apabila sudah sembuh sepenuhnya,” katanya. Terdahulu, Hani dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur sebelum didapati mempunyai sista di bahagian ovari.

PENYAMPAI radio Era fm, Hani Fadzil, 26, sah bergelar isteri kepada Wan Faiz Wan Nor, 30, pada jam 4 petang di Bora Ombak, Marina Putrajaya, tahun lalu. Hani atau nama sebenarnya Intan Farhani Mohd Fadzil dinikahkan oleh bapanya sendiri,

Mohd Fadzil Mohd Ali bersaksikan Imam dan Jurunikah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya, Ustaz Hafizan Ibrahim. Hani menerima mas kahwin sebanyak RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan. Sebanyak tujuh dulang hantaran diberikan kepada Hani berbalas tujuh daripada pasangannya.

Majlis dihadiri kira-kira 300 orang yang disaksikan oleh keluarga terdekat dan sahabat handai. Terdahulu pasangan itu mengikat tali pertunangan pada Julai tahun lalu selepas sembilan tahun berkawan.Mereka berkenalan menerusi kawan baik Hani, Siti Nabilah yang juga adik kepada Wan Faiz. Hani adalah penyampai untuk segmen Johara 30 Era manakala suaminya pula seorang ahli perniagaan.

Sumber : Hmetro

Author: fafa