Penyewa letak ikan pada pasu dan singki sehingga berulat kerana berang duit deposit tidak dikembalikan. Hampir keseluruhan rumah berbau busuk.

Masalah pemilik rumah dan juga penyewa sememangnya bukan lagi masalah baru, banyak kes yang melibatkan penyewa yang tidak bertanggungjawab dan menyusahkan pemilik rumah. Malah ada beribu-ribu laporan berkenaan penyewa yang melakukan kecrian dirumah sewanya.

Manusia sekarang sanggup lakukan apa sahaja demi memuaskan hati sendiri tanpa memikirkan orang lain. Seperti yang berlaku di China, pada awal bulan Mei yang lalu, seorang lelaki di Guangxi menyewa rumahnya kepada satu pasangan warga asing di mana kedua-dua pihak bersetuju

yang tempoh sewaan paling minimum adalah setahun. Namun, seperti biasanya, pada awalnya kelihatan seperti baik-baik sahaja, siapa sangka setelah lima bulan pertama mereka mula buat hal. Pasangan itu tiba-tiba memaklumkan kepada pemilik rumah yang mereka mahu berpindah

keluar dan menuntut wang deposit mereka dipulangkan. Jika diikutkan, duit deposit berkenaan tidak boleh dipulangkan kerana mengikut persetujuan dari kedua-dua belah pihak, penyewa harus mengikut syarat-syarat yang telah diberikan secara bertulis.

Memandangkan pasangan berkenaan telah melanggar perjanjian yang telah dipersetujui, pemilik rumah mengambil keputusan untuk menahan deposit mereka. Oleh kerana tidak puas hati kerana duit deposit mereka ditahan, mereka lalu merancang untuk membalas dendam.

Mereka berpindah keluar dari rumah itu, tetapi dengan sengaja ‘tinggalkan sesuatu’ di rumah tersebut. Dan perkara tersebut bukanlah satu ‘gurauan’, kerana ianya telah membuatkan pemilik rumah tersebut kerugian besar!
Jiran-jiran di sekitar mula mengadu terhidu bau yang kurang

menyenangkan dipercayai datang dari rumah sewa itu. Bertindak di atas aduan, pemiliknya datang untuk memeriksa rumah dan terkejut apabila melihat keadaan rumahnya. Mana tidaknya, rumah yang dahulunya bebas dari masalah ‘ulat’, kini dipenuhi dengan ulat! Tergamak sungguh.

Pasangan berkenaan dikatakan telah mensabotaj rumahnya sebelum berpindah keluar dengan membeli beberapa ekor ikan dan diletak di sinki, peti ais, pasu bunga, almari dan juga siling. Ternyata bau busuk yang diperkatakan jiran itu datang dari ikan yang telah lama dibiarkan ditempat yang saya sebutkan tadi sehingga berulat.

Oleh kerana bau yang terlalu kuat dan susah untuk dicuci, pemilik rumah akhirnya membuat keputusan untuk membuang sahaja barang-barang tersebut. Sudah pasti pemilik rumah mengalami kerugian yang agak besar. Lebih menyedihkan, pemilik rumah tidak dapat mencari mana-mana

pekerja pembersihan yang sanggup membersihkan rumahnya kerana ramai yang menolak untuk melakukannya. Difahamkan, pasangan berkenaan telah lama menghilangkan diri dan tidak dapat dicari. Sementara itu netizen pula meluahkan rasa marah dengan tindakan

pasangan berkenaan yang tidak bertanggungjawab dan menyarankan pemiliknya membuat laporan polis. “Jelas sekali mereka menjahanamkan harta awak. Laporkan saja kepada pihak berkuasa dan jangan biarkan mereka terlepas!” kata netizen.

Sumber: Fb

‘Penyewa tinggalkan rumah sewa hancur, penuh tahi kucing’ – Pemilik rumah terkilan dianiaya penyewa ini

Rumah yang dihias dengan cantik lengkap dengan segala perabot asas ini disewakan kepada penyewa dengan harapan ianya dijaga dengan baik seperti rumah sendiri. Malangnya, harapan itu musnah apabila si penyewa dengan tergamaknya menganiaya pemiliknya dengan tidak membayar bil utiliti, sewa rumah, malah menghancurkan rumah sewa itu. 

Suraya Md Amin berkata, dia mendedahkan perkara itu di Fbnya bukan bertujuan mengaibkan bekas penyewanya itu tetapi berharap agar orang ramai mengambil iktibar dari kejadian itu. “Penyewa tinggalkan rumah yang hancur dan penuh dengan tahi kucing sebagai kenangan untuk tuan rumah. “Oh ya dan juga tinggalkan hutang rumah sewa selama empat bulan dan segala bil-bil utiliti yang tidak pernah berbayar,” katanya.

Bukan tidak pernah meminta bayaran sewa, tetapi sudah berpuluh kali Suraya meminta penyewa itu melaksanakan tanggungjawabnya. Namun, alasan demi alasan yang tidak masuk akal diberikannya seperti: Kehabisan wang kerana menguruskan pengebumian adiknya.

Perlu bayar hutang abangnya yang berhutang dengan Are Long. Sistem Grab Car buat hal menyebabkan dia tidak dapat keluarkan wang. Tunggu hujung bulan baru dapat bayar sewa rumah. Gaji kecil, hanya RM2,300 sebulan. “Rasa macam nak cekik saja orang ini.

Saya tak pernah paksa pun dia menyewa rumah saya. Sudah empat kali saya suruh dia berpindah keluar, tetapi dia memang hati kering dan sifat malunya senipis kulit bawang. “Dia kata yang dia hanya akan keluar bila dapat surat dari mahkamah.

Omaigod, ini manusia dari planet mana ni? Memang pemikiran di luar kotak. Dah melampau,” katanya. Difahamkan laporan polis juga telah dibuat, tetapi pihak polis tidak dapat mencampuri urusan itu kerana kes itu adalah kes sivil. 

Walau bagaimanapun pegawai penyiasat menasihatkan Suraya untuk mengunci pintu rumah dengan selak mangga dan beri notis arahan berpindah keluar dalam tempoh tujuh hari atau barang-barang di dalam rumah akan disita untuk dicagarkan. 

“Ingatkan dah selesai, rupa-rupanya dia dengan tanpa rasa bersalah pergi memotong mangga itu dan kemudian meneruskan kehidupannya seperti biasa. Ya Allah, hebatnya ujianMu. “Dipendekkan cerita, dia berjanji akan menyelesaikan sewa tertunggak dan akan menyerahkan kembali rumah itu

dalam keadaan yang bersih. “Tetapi sekali lagi saya ditipu dan dia awal-awal lagi sudah melarikan diri dengan tinggalkan rumah itu dalam keadaan teruk di mana saluran air tersumbat dengan tahi kucing, tombol pintu dipecahkan bagai. “Ini baru enam bulan. Kalau setahun tak tahulah

macam mana keadaan rumah ini, mungkin sudah menjadi sangkar kucing agaknya. “Kepada sesiapa yang nak mencari penyewa, berhati-hati. Jangan menilai bakal penyewa berdasarkan penampilan luarannya. Rambut sama hitam tetapi hatinya kita tidak tahu. Sepekara lagi, jangan mudah berasa kasihan dengan orang,” katanya. 

Sumber: Suraya Md Amin

Author: fafa