Perpustakaan Australia diarahkan tutup kerana bau Durian yang kuat.

PERPUSTAKAAN sebuah universiti di Australia kecoh minggu lalu apabila bau gas dihidu di situ menyebabkan kakitangannya terpaksa membuat panggilan kecemasan untuk mendapatkan bantuan. Punca kejadian pada Jumaat petang itu akhirnya terbongkar sebaik pasukan bomba dan

penyelamat tiba di perpustakaan Universiti Canberra. Keseluruhan perpustakaan itu diarah dikosongkan untuk membolehkan pasukan penyelamat mengesan punca gas itu terhasil di bangunan berkenaan. Bagaimanapun, dalam masa sejam,

sumber sebenar yang mengeluarkan bau itu dapat dikenal pasti. “Pasukan bomba telah melengkapkan pemeriksaan dan telah menemui puncanya. Perpustakaan berkenaan dapat diguna seperti biasa dan bangunan itu telah diserahkan kepada pihak universiti,”

demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan pasukan penyelamat itu. Bagaimanapun, pasukan bomba tidak mendedahkan dari mana datangnya bau gas itu, sebaliknya menyerahkan kepada kakitangan perpustakaan universiti itu untuk mengumumkannya.

“Durian”, itulah penyebab utama kejadian berkenaan. Dikenali Raja Buah oleh warga Britain, Alfred Russel Wallace, buah dari Malaysia ini sememangnya mempunyai penggemarnya tersendiri, malahan ia terkenal di China. Bagaimanapun, baunya yang kuat menyebabkan ia dilarang

dibawa ke hotel atau pengangkutan awam di seluruh Asia. Menurut kakitangan perpustakaan berkenaan, buah berkenaan telah diletakkan berdekatan bolong udara siling di aras dua bangunan dan ia telah dikeluarkan daripada beg.

“Kini dibuka!” demikian posting pada Fb perpustakaan. Gas yang dikesan dalam bangunan adalah selamat, ia daripada durian yang ditinggalkan dalam tong sampah!.” Kejadian ini adalah yang kedua berlaku di perpustakaan sebuah universiti di Australia.

Pada April tahun lalu, kira-kira 600 kakitangan dan pelajar sebuah kampus diarahkan supaya mengosongkan bangunan selepas pasukan bomba menerima panggilan berkaitan kebocoran gas. Berdasarkan reaksi pelajar di Canberra sebaik mengetahui punca bau berkenaan, nampaknya kakitangan universiti berkenaan perlu membiasakan diri dengan buah itu.

“Saya sungguh gembira ada yang meletakkan dalam tong! hahaha yum yum saya suka durian,” demikian reaksi netizen di Fb. Simpan bijinya kemudian tanam mungkin dapat eksport ke China…Durian itu raja!” kata seorang netizen lagi.

Sumber – mStar

Mengapa Banyak Orang Tidak Suka dengan Bau Durian?

Indonesia kembali mendapatkan berita yang menghebohkan dari dunia penerbangan. Kali ini, penerbangan Sriwijaya Air SJ 091 dengan rute Bengkulu – Jakarta harus ditunda hanya gara-gara hal yang cukup konyol, yakni bau durian. Menurut berbagai media,

jumlah buah durian yang diangkut di dalam pesawat sangatlah banyak sehingga mengganggu indra penciuman para penumpang dan awak kabin pesawat. Aroma buah durian memang sangat kuat. Hanya saja, cukup banyak orang yang ternyata suka dengan aroma raja buah-buahan ini.

Lantas, apakah orang yang tidak suka dengan aroma buah durian sebenarnya mengalami gangguan kesehatan? Pakar kesihatan menyebutkan bahawa hal ini bisa jadi terkait dengan kondisi medis yang disebut sebagai hyperosmia atau kesensitivitasan yang berlebihan pada aroma tertentu.

Jika kita sampai mengalami kondisi hyperosmia pada aroma buah durian, maka kita bisa mengalami sensasi gelisah atau depresi. Sekitar 25 hingga 50 persen orang yang mengalami kondisi ini bisa mengalami sensasi migrain saat menghirup aroma ini.

Selain aroma buah atau makanan yang kuat, pakar kesihatan menyebut aroma seperti perfume, produk pembersih, hingga wewangian artifisial juga bisa menyebabkan efek yang sama. Hanya saja, selain hyperosmia, beberapa kondisi lain seperti hidung yang terlalu sensitif,

keadaan kehamilan, penyakit autoimun, alergi, hingga Alzheimer juga bisa menjadi penyebab hal ini. Karena alasan inilah jika kita sampai mengalami gejala yang sangat parah saat mencium aroma tertentu, sebaiknya segera memeriksakan kondisi ini ke doktor untuk mengetahui penyebab pastinya.

Jika dicermati, orang Indonesia cukup terbiasa dengan aroma buah durian meski kurang menyukainya. Hal yang berbeda terjadi pada para wisatawan, khususnya turis asing yang biasanya mengaku sangat tidak suka dengan aromanya.

Hal ini ternyata disebabkan oleh mereka yang hampir tidak pernah mencium aromanya sejak kecil sehingga menyebabkan kesensitivi berlebihan. Kondisi yang sebaliknya juga berlaku jika kita berkunjung ke negara lain atau mencicipi masakan dari negara lain.

Sebagai contoh, banyak orang yang kurang suka dengan aroma kimchi, makanan khas Korea Selatan yang dibuat dari fermentasi sayuran yang dikenal luas sebagai salah satu makanan tersihat di dunia. Tetapi tahukah anda rasa kimchi sangat enak. Namun bukan semua orang mempunyai citarasa dan deria rasa yang sama .

PETUA HILANGKAN BAU DURIAN DALAM KERETA

Walaupun ketika ini bukan musim durian, ada baiknya kami di Malloc media network berkongsi petua atau tips bagaimana untuk menghilangkan bau durian dalam kereta anda. Bukan semua orang yang boleh tahan dengan bau durian yang sememangnya kuat dan boleh melekat dalam kereta anda.

Tidak dinafikan memang raja segala buah ini memang sedap tetapi bau yang ditinggalkannya mampu memeningkan kepala anda disepanjang perjalanan. Apatah lagi kalau kita simpan durian di dalam bonet kereta, gerenti berhari-hari baunya susah nak hilang.

Anda boleh mencuba beberapa petua atau tips yang diberikan : 1. Bungkus serbuk kopi (tak kisah cap apa pun) dalam kain dan letakkan di dalam kereta. Aroma dari kopi itu akan menyerap segala bau durian atau bau yang lain dalam bonet kereta anda. Biji kopi juga biasanya  digunakan

oleh jurujual minyak wangi berjenama untuk meneutralkan bau hidung sebelum menghidu minyak wangi yang akan mereka sembur pada anda. 2. Letakkan semangkuk cuka dalam bonet kereta dan tutup. Bau cuka yang sifatnya berasid ini boleh juga menghilangkan bau durian.

Selain itu cuka juga boleh digunakan untuk mengelakkan kucing membuang najis di kawasan rumah anda. Jadi anda boleh mengelakkan diri daripada terkena najis kucing sebelum menaiki kereta, kalau tidak haru beb! 3. Ambil beberapa keping roti putih (tak kira apa jenama)

dan letakkan di dalam kereta anda selama dua hari. Roti juga boleh menyerap segala bau yang ada dan selepas dua hari roti tersebut akan mengeras. Jangan pula kitar semula roti tersebut buat roti bakar ye! 4. Kalau di rumah kebetulan tiada roti tetapi ada arang,

anda boleh menggunakan arang tersebut untuk ditinggalkan ke dalam kereta selama beberapa hari. Bau tersebut akan diserap oleh arang dan lepas itu kalau nak guna semula arang tersebut untuk buat barbeku, itu terpulanglah pada anda. 5. Balut buah durian itu dengan daun ubi kayu

atau betik atau apa-apa daun yang boleh menutup buah durian. Mungkin dengan cara ini bau tersebut akan dapat diserap oleh daun itu terlebih dahulu. 6. Buah nenas juga boleh menyerap bau durian. Potong separuh buah nenas itu dan letakkan dalam kereta anda.

Tapi cara ini pasti membuatkan anda berfikir beberapa kali terlebih dahulu. 7. Kalau anda rasa rugi nak guna buah nenas, boleh juga letakkan daun pandan dalam kereta. Bau tersebut boleh dihilangkan oleh aroma daun pandan tersebut. 8. Serbuk penaik (baking soda) juga boleh

digunakan untuk menghilangkan bau yang kurang enak dalam kenderaan anda. Cuba letakkan semangkuk serbuk penaik (baking soda) di dalam kereta dan bau tersebut akan hilang. 7. Satu lagi cara adalah dengan membungkus dahulu buah durian sebelum dimasukkan ke dalam kereta

dengan beberapa lapis bungkusan beg plastik dan ikat dengan kemas. Selepas itu buka semua tingkap kereta semasa memandu, jangan memasang pendingin hawa. Biarkan udara dari luar masuk ke dalam kereta anda dan sekaligus memberikan pengudaraan yang lebih baik dalam kereta. Cubalah!

Sumber : Careta

Author: fafa