Pesanan Nubhan pada anaknya sempena Bithday menarik perhatian ntizen

Penyanyi Nubhan menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya Aafiya lebih awal dari tarikh sepatutnya kemarin. Sempena hari jadi anaknya yang kedua pada 10 Mei ini, Nubhan memberi ucapan khas serta pesanan buat Aafiya.

“Happy birthday anak abah! Kurniaan terindah dalam hidup abah dan ibu. Now dah ada adik…kena jaga adik baik-baik tau…u both my nyawa now…moga @little_aafiya menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. Doa abah n ibu sntiasa utk baby abah ni..,” tulisnya. Nubhan berkongsi ucapan tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri yang sama dia memuat naik foto ketika sambutan hari jadi tersebut. Rata-rata turut mengucapkan kesejahteraan anaknya dan diberikan kesihatan yang berpanjangan. Nubhan yang berkahwin dengan Afifah, 29, pada Ogos 2015 dikurniakan seorang lagi cahaya mata, Aaffan yang baru sahaja dilahirkan Januari lalu.

“Gaji Bini Aku Sebulan, Aku Dapat Double Setiap Hari!” – Jawab Nubhan Bila Disindir ‘Retis Sendu Kahwin Doktor’

Bintang Akademi Fantasia 6, Nubhan meluahkan rasa kesal apabila perkahwinannya dengan seorang doktor menjadi sindiran netizen. Lebih teruk apabila Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 32, digelar ‘retis sendu’ dan perkahwinan itu dianggap tuah.

Namun, Nubhan punyai jawapan sendiri dan menyifatkan sindiran netizen itu bodoh. “Banyak pula komen macam ini kebelakangan ini, ada yang sindir ada yang direct. Komen yang lain tu lantaklah. “Apalah sangat, wife saya tak pernah tanggung hidup saya ya, ko ingat cukup ke?

“Bangangnya komen ni, gaji bini aku sebulah aku dapat double setiap hari okey! Ko ingat aku batak ke nak popular? “Kalau popular pun sangkak nak buat apa? “Kau tu yang masih hidup meminta-minta tu tak payah cermin diri, zaman sekarang hentak terus kepala kat dinding kasi sedar,” tulisnya berserta tanda pagar #bebal dan #bodohtusimpansikit.

Lynda Property : “Hainie Hairuddin hehehe.. Masa dia show dekat Sabah hari tu. Panggil-panggil jugak masak dorang nak balik. Naik bas khas, Tak jauhpun jarak. Kalau tak dapat bersalam bergambar pun tak apa . Ini menoleh pun tak…

Sumber : Gempak

Author: fafa