Peserta ratu cantik ini terpaksa bawa surat pembaptisan disebabkan namanya yang berpangkal Nurul.

Seorang peserta ratu cantik Sabah, Unduk Ngadau (UN) terpaksa membawa surat pembaptisannya ketika mendaftar. Nurul Yanadido, finalis bagi UN Kota Marudu 2019 tular di laman sosial kerana ada netizen yang mempersoalkan namanya yang berpangkal ‘Nurul’.

Menurut Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Sabah serta fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sabah, jelas menyebut larangan wanita Muslim di negeri ini menyertai pertandingan ratu cantik itu. Risau takut dipersoalkan agamanya,

Nurul Yanadido terpaksa membawa bukti yang dia bukan beragama Islam. Ramai netizen turut sama memuji kecantikan Nurul yang dikatakan mirip gadis dari Timur Tengah. Sesuai dengan maksud nama Nurul iaitu cahaya, wajah Nurul Yanadido cukup memukau, segar dan berseri.

UN berasal dari perkataan “runduk tadau” yang bermaksud gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya matahari. Pencarian Unduk Ngadau atau ratu cantik daripada kalangan gadis etnik Kadazan dusun Murut (KDM) diadakan hanya sekali setahun, iaitu pada bulan Mei sempena perayaan Pesta Kaamatan.

Sumber: AstroGempak

Ratu cantik sujud di kaki 
ibu tanda terima kasih

Pemenang pertandingan Miss Uncensored News Thailand 2015, Khanittha Phasaeng, sujud di kaki ibunya sambil memakai mahkota kemenangannya bersebelahan dengan bekas tong sampah, sebagai ucapan terima kasih atas segala pengorbanan ibunya selama ini. AGENSI

BANGKOK 29 Okt. – Sekeping gambar yang memaparkan bagaimana seorang pemenang pertandingan ratu cantik di sini sujud di hadapan ibunya sebagai tanda terima kasih, tersebar meluas di laman sosial sehingga berjaya menyentuh hati ramai pihak.

Mail Online melaporkan, pemenang Miss Uncensored News Thailand 2015, yang diadakan di sini pada bulan lalu, Khanittha Phasaeng, 17. sujud di hadapan ibunya, sambil memakai mahkota bertatahkan mutiara bersebelahan bekas tong sampah, sebagai ucapan terima kasih atas segala

pengorbanan ibunya selama ini. Tindakan Khanittha atau lebih dikenali sebagai Mint itu berjaya menyentuh hati ramai pengguna laman sosial yang memuji tindakannya yang tidak mudah lupa daratan ketika mengecapi kejayaan. Menurut sumber, ibu pemenang ratu cantik itu membesarkan

anaknya seorang diri dengan bekerja sebagai pemungut sampah sarap di sebuah bandar kecil di negara ini. “Setiap kejayaan yang saya raih ketika ini adalah untuk ibu saya. Saya dan ibu hidup dengan melakukan pekerjaan yang jujur demi mencari rezeki yang baik,

Tak ada apa yang perlu dimalukan,” kata Mint seperti dipetik laman web DramaFever News. Mint berkata, dia langsung tidak pernah terfikir akan memenangi pertandingan ratu cantik berkenaan kerana sedar pesaing-pesaing yang lain turut hebat dan berkebolehan.

“Sejak memenangi pertandingan tersebut saya banyak menerima tawaran bekerja dalam bidang pengiklanan, filem dan televisyen. “Namun, ibu saya tetap mahu menjadi seorang pengutip sampah, tetapi kali ini dia tidak mahu saya membantunya,” jelas Mint.

Author: fafa