Petua bagaimana nak bagi nasi lemak dan sambal makin sedap

Nak cari nasi lemak sedap bukan senang. Biasanya nasi lemak sedap mesti dimasak dengan santan. Rupanya ada resipi nasi lemak yang dimasak tanpa santan dan menggunakan rempah-rempah yang biasa ada di dapur kita. Peniaga nasi lemak ini, Puan Siti Nor Fatin bukannya calang-calang wanita.

Dia miliki Diploma Kejururawatan. Tapi disebabkan tak nak berjauhan dengan anak-anak, dia sanggup tidak memilih kerjaya jururawat.
Sebaliknya jadi suri rumah yang berjualan nasi lemak di gerai depan rumahnya. Resipi nasi lemak yang dikongsi ini resipi turun temurun

daripada emaknya. Percaya atau tidak, nasi lemak yang dijual di gerai depan rumahnya itu cuma RM1 sebungkus. Tapi nak tahu sedap atau tak nasi lemaknya, lihat hasil jualannya setiap hari. Baru berniaga empat hari, wanita ini sudah menjual kira-kira 40 ke 50 bungkus nasi lemak setiap hari.

Itulah duit poket suri rumah ini. “Sebenarnya saya tolong mak saya meniaga dari darjah dua. Sekarang umur saya 26 tahun. Saya pilih jadi suri rumah sebab tak kuat nak tinggalkan anak-anak. Setiap kali saya masak nasi mesti bergenang air mata teringatkan masa kecil-kecil dulu.”

“Sekarang saya pula teruskan legasi tu. Specialnya nasi lemak ni saya tak pakai santan. Saya share resipinya. Mana tahu ada suri rumah nak buat meniaga juga.” Resipi Nasi Lemak Sedap . Untuk Nasi. Beras basuh dan tanak macam biasa. Masukkan daun pandan dan garam.

Untuk Tumis Darat, Bawang Kecil, Halia, Kulit kayu manis dengan adik-beradik dia (bunga lawang, buah pelaga dan cengkih. Tumis semuanya dan masukkan dalam nasi. Bila nasi dah nak kering, kacau biar sekata. Untuk Sambal

1. Tumis bawang besar yang dah dikisar. (Saya kisar dengan minyak siap-siap) 2. Bila dah wangi baru masukkan cili kisar. Biarkan ‘diaorang’ pecah minyak. 3. Masukkan air, asam keping, gula, garam. Saya guna gula kabung. Masak sampai dia kering.

4. Lepas itu, boleh hidangkan dengan timun, kacang dan telur.
Moga anda berjaya menghasilkan nasi lemak sedap dengan panduan resipi yang diberikan oleh peniaga yang baik hati ini. Nasi lemak adalah makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Namun adakah semua rakyat Malaysia tahu cara penyediaan nasi lemak? Sekiranya anda sedang mencari resepi tradisi turun-temurun nasi lemak, anda berada di tempat yang betul. Ikut cara memasak nasi lemak ini agar bertambah ilmu masakan anda.

Nak masak sambal nasi lemak yang super sedap? Blh cuba petua ni. Cuma kena tambah bahan ni sahaja. Petua dari FB Rose Niey adalah salah satu daripadanya. Ujarnya sambal nasi lemak yang dihasilkan ini bukan saja dipuji malah sentiasa diingat oleh orang tua iaitu mak ayah, dan nenek. Kalau orang tua pun suka maknanya memang sedaplah kan! Bahan-Bahan Untuk Nasi LemakBeras 3 cawan (sekadar sukatan)

– Santan 1 cawan (santan kotak pun boleh). – Halia 2 keping hirisan. – Daun Pandan 2 helai. – Garam. Cara Penyediaan Nasi Lemak. Basuh beras terlebih dahulu. Kemudian masukkan beras berserta santan ke dalam periuk. Nisbah beras adalah 3/4 manakala santan pula 1/4.

Kemudian masukkan air sehingga agak-agak dua kali ganda ketinggian beras. Gaulkan semua campuran tadi. Masukkan daun pandan dan halia beserta secubit dua garam . (Garam berfungsi sebagai penambah rasa dan penaik bau). Gaulkan bahan2 semua kemudian tanak beras sehingga masak sepenuhnya. Sambal Nasi Lemak. Asasnya, penyediaan sambal adalah sangat ringkas.

Anda cuma perlu menumis bawang, masukkan cili blend (yang dikisar), gula dan garam terus siap. Tapi untuk menghasilkan sambal yang luar biasa sedap, ikuti langkah ini. Jadi untuk mak-mak muda yang masih belum mahir buat sambal boleh ikut petua ni. Petua dari Rose Niey untuk menyedapkan sambal dia memasukkan segenggam ikan bilis ketika mengisar bawang.

Berikut perkongsian resipi dan petua oleh Puan Rose Niey sebagai rujukan; Sedap sangat sampai orang kampung teringat. “Assalamualaikum Ros nak kongsi petua, bila orang makan asyik teringat masakan kita. Balik kampung, ros masak nasi lemak untuk mak, ayah & nenek.

Diorang cakap sedap sangat-sangat, letak ape dalam sambal nasi lemak. Gambar ikan bilis tak sempat snap sebab dah jadi lauk. Seminggu kat kampung ni kali ketiga mak suruh masak sambal ni untuk dia”. Bahan-bahan: 10 biji bawang merah dan 3-4 biji bawang putih. Segenggam ikan bilis, 15 tangkai cili kering (cili kisar), Gula Melaka, Gula, Asam gelugur, Ikan bilis, Garam

Petua Nak Bagi Sambal Nasi Lemak Makin Sedap. Waktu Kisar Bawang Tu Letak Bahan Ini. Cara membuat : – Kisar bawang merah dan bawang putih. Semasa kisah masukkan sekali segenggam ikan bilis. Blend kasar-kasar. Inilah yang menyedapkan sambal nanti. – Kemudian tumis bawang yang dikisar dengan ikan bilis. B

ila dah betul-betul garing, baru masukkan cili kering kisar. Kacau sekali sekala je.– Masukkan nisan (gula Melaka), gula, asam gelugur. – Bila kuah dekat nak kering, masukkan ikan bilis, garam secubit. Perasa lain-lain nak letak pun boleh tak nak letak pun takpe. Petua Nak Bagi Sambal Nasi Lemak Makin Sedap. Waktu Kisar Bawang Tu Letak Bahan Ini.

#Tip sambal tak terpercik satu dapur. Api perlahan dan kacau sekali sekala je.. Rahsia Ikan Bilis Rangup Dan Tahan Lama. Disini kami juga ingin berkongsi cara penyediaan ikan bilis yang super rangup dan tahan lama. Yang pertama sekali, beli ikan bilis yang berkualiti.

Lagi halus ikan bilis adalah lebih baik dan berkualiti. Biasanya ikan bilis mata biru memang menjadi pilihan. Sekiranya anda basuh ikan bilis, pastikan ikan bilis anda kering sepenuhnya sebelum menggoreng dan lumurkan/renjiskan sedikit cuka pada ikan bilis anda sebelum menggoreng.

Untuk memastikan ikan bilis tahan lama dan rangup untuk jangka masa yang panjang, panaskan minyak terlebih dahulu dan gunakan api perlahan. Selepas digoreng, toskan minyak sepenuhnya dan letakkan ikan bilis atas tisu dapur untuk menyerap minyak yang ada. Biarkan sejuk, kemudian terus simpan dalam bekas kedap udara. Dah tahu resepi ni pastikan anda mencuba. Kongsikan biar ramai tahu.

Sumber: Jutawan / mediaonline

Author: fafa