Petua bersihkan kotoran hitam di kuali guna sos tomato. Hasilnya periuk bersinar2 seperti baru

Menyental kuali bukanlah sesuatu perkara yang digemari oleh rata-rata orang terutamanya jika kuali tersebut mempunyai kesan hitam yang terlalu sukar untuk di tanggalkan. Seringkali kita dengar pelbagai petua dan cara untuk menghilangkan kesan kotoran degil yang melekat pada kuali terutamanya dibahagian belakang.

Antaranya ialah menggunakan cuka, baking soda, garam dan sebagainya tetapi belum pernah kita dengar bahawa sos tomato juga mampu hilangkan kesan kotoran tersebut. Petua ini dibuktikan oleh seorang pengguna laman Facebook yang dikenali sebagai Tiara Clp apabila ‘experiment’ pertamanya menggunakan sos tomato untuk membersihkan kuali berjaya

sehingga membuatkan kuali tersebut tampak baru dan berkilat. Mari kita ikuti perkongsian petua dan cara berguna ini. Selamat pagi admin dan member semua.. hari ni saya nak kongsikan first experiment saya bersihkan bagian bawah kuali yang sangat sangat super degil tu use tomato sauce.

First apply tomato sauce kat bagian bawah kuali. . (kuali must be kering condition).

Kemudian, biarkan kuali ini semalaman sebelum digosok dengan sponge pada keesokan harinya. Saya gunakan bahagian yang hijau pada sponge tu.. jangan terkena air dulu masa kita gosok. Gosok sampai semua bersih barulah lap dengan tisu or kain kemudian cuci macam biasa.

Menurut Dailymail yang juga pernah melakukan ujikaji sos tomato ini menerangkan bahawa asid asetik yang terdapat di dalam cuka pada sos tomato akan menyrang bahagian copper oxide, iaitu bahagian kehitaman periuk dan kuali. Tindakbalas inilah yang akan memberi hasil mengagumkan dalam membantu mengilatkan periuk dan kuali.

Sumber – Tiara Clp via Siakapkeli

Cara Hilangkan Kerak Kuali Yang Hitam (Karat Kuali dan Periuk)

Peralatan memasak yang sering kita gunakan dengan berulang-ulang adalah kuali dan periuk diantaranya. Biarpun alat memasak ini sudah lama sehingga mempunyai karat dan hitam tetapi ia tetap masih elok untuk digunakan. Tapi bagaimana cara menghilangkan kerak kuali dan karat kuali serta kerak periuk yang melekat di belakang kuali menjadi hitam dan permukaan kuali dan periuk?

Kuali yang mempunyai kerak dan karat hitam sebelum dicuci. Bila terlalu tebal kerak kuali yang hitam dan kerak periuk yang kadangkala berkarat, pasti ramai ibu-ibu cuba membersihkan dengan berbagai cara sehingga menyental sekuat mungkin untuk hilangkan kerak dan karat kuali tersebut.

Sebenarnya, banyak petua, tips dan cara hilangkan kerak kuali dan karat periuk yang semakin menebal itu. Dengan cara yang dikongsikan ini anda pasti berpuas hati apabila karat kuali anda yang hitam berkarat dan periuk anda itu akan berkilat seperti baru selepas mengikuti tips ini.

Pasti ada yang terkejut dan hairan bagaimana cara menghilangkan kerak kuali dan karat besi sehingga kuali yang hitam dan periuk belanga yang berkerak itu seolah baru dibeli bersinar dan berkilat serta tiada lagi karat dan kerak.

Cara Hilangkan Kerak Kuali dan Karat Periuk Hitam

Berikut adalah petua dan cara hilangkan karat dan kerak hitam yang melekat pada belakang kuali dan periuk belanga dengan mudah dan berkesan dengan hanya menggunakan beberapa bahan yang mudah didapati dari dapur di rumah sendiri.

1. Asam limau

Ini selalunya kita gunakan nak hilangkan minyak kan, tapi sebenarnya boleh juga untuk hilangkan karat, atau kerak. Sediakan air rendaman, yang ada perahan limau, dan buahnya sekali, jangan lupa campurkan dengan sabun pencuci sekali, untuk lebih berkesan. Lepas tu, rendam seketika periuk belanga yang berkerak tu, kemudian, bolah la perlahan-lahan sental, dengan pencuci dawai halus tu, sentalkan juga dengan limau tadi.

2. Kentang

Ini agak luar biasa sedikit, ingat benda lembut tak boleh buat kerja macam ini. Apa yang anda boleh buat, potong separuh kentang tersebut, lepas tu, taburkan ‘baking soda’ (kalau tak ada, guna sabun cuci atau pun garam juga boleh). Sental perlahan-lahan, sampai hilang karat kuali atau kerak periuk tersebut.

3. Cuka

Cara ini mungkin perlukan masa sedikit lama, lebih-lebih lagi jika karat atau kerak kuali yang tebal. Anda campurkan cuka, jus lemon, dan ‘baking soda’ dalam air, kemudian rendamkan dalam semalaman kuali atau periuk. Kemudian, boleh mula gosok kawasan yang terkena perlahan-lahan, kerana kesan lekatan kerak dah tidak kuat.

4. Asam keping atau asam gelugur

Ambil dalam segenggam asam keping atau asam gelugur tersebut, campurkan air sedikit, dan biar ia mendidih di dalam kuali atau periuk yang ada kesan karat . Selepas itu, bila sudah sejuk, anda boleh mula menyental menggunakan asam keping tadi.

5. Soda bikarbonat

Cara ini memerlukan anda untuk memanaskan air gunakan kuali atau periuk, kemudian masukkan soda bikarbonat tersebut. Biarkan seketika untuk menyejuk, selepas itu anda boleh mula mencuci. Puan Dania Ellyka juga telah gunakan cara yang sama, hasilnya kuali tersebut tampak seperti baru, berkilat sahaja.

6. Aluminium foil

Anda boleh letakkan sedikit sabun pencuci pada bahagian yang terjejas, selepas itu, boleh mula menggosok dengan menggunakan ‘aluminium foil’ tersebut. Gosok secara ke depan dan ke belakang secara berterusan

Kebanyakan bahan-bahan untuk mencuci dan menanggalkan karat periuk, kerak kuali sama ada di belakang kuali atau permukaan semuanya ada di rumah kita. Kita hanya perlukan bahan tersebut untuk mencuci dan membuang kesan kotoran berkenaan dengan semangat dan kerajinan yang tinggi.

Selepas dilaksanakan, anda pasti akan berpuas hati dan mungkin ahli keluarga lain seperti suami atau anak-anak juga akan turut sama ingin mencuba tips yang dikongsikan ini. Sememangnya ia sangat mudah untuk dilakukan. Buatlah ketika ada masa terluang bersama keluarga dan bergotong royong di dapur rumah anda.

Selain periuk, kuali atau belanga, anda juga boleh menggunakan petua ini untuk menanggalkan kekotoran seperti kerak hitam, karat besi dan sebagainya pada peralatan lain yang digunakan di dapur seperti cerek atau seumpamanya. Selamat mencuba.

Sumber: Siakap Keli

Author: fafa