Petua untuk menghalau lipas, semut dan cicak di rumah anda.

Serangga seperti semut, lipas dan cicak sering dijumpai di dalam rumah. Walaupun serangga ini tidak berbahaya namun ia masih lagi serangga perosak yang boleh memudaratkan kesihatan kalau dibiarkan. Bukan itu sahaja, serangga-serangga tersebut bukan sahaja membiak di dalam laci

rumah anda malah mengotorkan dengan tahi-tahi yang tinggalkan kesan kotor. Penggunaan racun serangga dengan kerap tidak baik untuk kesihatan anda. Kami kongsikan beberapa petua mudah untuk menghalau semut, lipas dan cicak di rumah anda.

A) SEMUT

1. SERBUK KUNYIT. Taburkan pada laluan semut yang menuju ke dalam rumah, selalunya di tepi dinding. Halang laluan serangga itu dengan menaburkan serbuk kunyit di sepanjang perjalanan yang membolehkan mereka masuk atau lalu di dalam rumah.

2. DAUN SIRIH.Taburkan daun sirih yang sudah disiat-siat pada kawasan laluan semut atau di tempat semut berkumpul. 3. MINYAK MASAK. Lap balang gula, keliling meja, kaki meja dan kaki kabinet dapur atau bahagian yang sering didatangi semut.4. KULIT TELUR. Hancurkan kulit telur  dan bakar. Selepas itu taburkan pada kawasan laluan atau tempat semut berkerumun.

B) LIPAS

1. LEMON.Hiris nipis sebiji lemon dan letakkan di tempat yang kerap didatangani lipas terutamanya di tempat-tempat gelap seperti kabinet  dapur. Cara ini juga untuk membantu menyegarkan bau kabinet dapur anda. 2. DAUN PANDAN

Hiris nipis daun pandan dan taburkan di dalam laci atau kabinet. Lipas tidak suka pada bau daun pandan.3. BUAH PELAGA DAN KULIT KAYU MANIS. Biji buah pelaga atau kulit kayu manis juga berkesan untuk menghalau lipas kerana lipas sememangnya tidak suka dengan bau tersebut dan tidak akan membiak di situ.

4. SERAI WANGI. Lipas bencikan bau wangi. Anda boleh ambil beberapa batang serai yang telah disiat-siat kemudian letakkan di bahagian yang selalu ada lipas seperti dalam kabinet. Lipas tidak akan “berkunjung” ke situ lagi.5. Minyak masak .Letakkan semua bahan dalam satu bekas iaitu minyak masak yang telah diguna, Susu pekat lemak manis berkrim Marjerin

C) CICAK

1. KULIT TELUR. Cicak tidak suka bau telur. Letakkan kulit telur di ruang kosong tepi tingkap atau pintu untuk mengelak cicak dari memasuki rumah anda. 2. BAWANG . Cicak benci bau bawang putih dan bawang merah. Gantung atau letak bawang di tepi tingkap atau pintu rumah anda.

Anda juga boleh kisar bawang bersama sedikit air dan semburkan air bawang tersebut di sekeliling rumah. Sekiranya petua-petua ini tidak memberi kesan, anda perlulah memanggil mereka yang pakar dalam membantu menangani masalah ini.

Walaupun anda mengamalkan petua-petua tersebut, kebersihan rumah merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan. Sekiranya rumah tidak bersih, ia akan memberi kesan kepada banyak aspek yang lain seperti kesihatan dan keselesaan ahli keluarga. Jadi, wujudkan aktiviti pembersihan rumah bersama anak-anak setiap hujung minggu untuk elakkan rumah anda didatangani serangga perosak.

Sumber : Siraplimau

7 cara semula jadi untuk menghalau lipas dan serangga lain di rumah

Lipas serangga yang kotor dan apabila kita menghalau lipas kita tak mahu menggunakan racun yang berbahaya. Ini 7 cara halau lipas secara semula jadi. Kawasan yang lembab dan panas seperti Malaysia menyebabkan wujudnya pelbagai serangga termasuk lipas. Kita tak mahu lipas di dalam rumah,

kita tak tahu cara halau lipas secara semula jadi tapi pada masa yang sama kita tak nak dedahkan anak kita dengan racun pemusnah serangga. Jangan risau ibu bapa semua. Hari ini, kami bawakan kepada anda bagaimana 7 cara halau lipas menggunakan bahan semula jadi. Mari kita halau lipas-lipas ini dari rumah!

7 cara halau lipas menggunakan bahan semula jadi

Ada beberapa bahan di dapur anda yang boleh digunakan sebagai perangkap, penghalau dan pemusnah untuk serangga-serangga ini daripada bersarang di rumah anda. Anda hanya perlu campurkan bahan dan letakkan di tempat lipas selalu sorok.

1. Cara halau lipas: Minyak pati

Lipas benci bau minyak peppermint, lavender, eucalyptusdan pokok teh. Ini kerana ia menghalang lipas dari menjejak bau makanan. Lipas akan terhapus apabila terdedah pada kepekatan bau minyak pati, lebih-lebih lagi peppermint. Gunakan minyak pati untuk halau lipas secara semula jadi dengan meletakkan beberapa titis minyak peppermint pada kapas dan

lapkan pada tempat di mana lipas selalu masuk atau sembunyi di rumah. Anda juga boleh membuat semburan dengan mencampur 15 titis minyak peppermint dan 10 auns air ke dalam botol semburan. Goncangkan dan sembur di kawasan lipas berkemungkinan masuk dan kawasan gelap.

2. Cara halau lipas: Borax

Borax adalah pembersih semula jadi yang berkesan dan lebih selamat dari pembersih di pasaran. Ia mengandungi asid boric yang akan menghancurkan lapisan sel usus lipas apabila ia dicerna. Untuk menghapuskan lipas menggunakan borax,

campurkan dua susu besar borax dan dua cawan gula ke dalam satu liter air dan campurkan campuran ini ke dalam botol semburan. Anda juga boleh campurkan 2-3 titis minyak peppermint. Semburkan pada kawasan yang lipas selalu muncul. Anda juga boleh gunakan ini untuk menghalau semut juga.

3. Cara halau lipas: Serbuk penaik

Serbuk penaik adalah salah satu bahan yang digunakan untuk membuat kek. Ia juga boleh menjadi pembersih rumah yang berkesan serta menghapus lipas. Campurkan satu bahagian serbuk penaik dan satu bahagian gula. Gula akan menarik perhatian lipas manakala serbuk penaik akan menghapuskannya. Letakkan campuran ini ke dalam mangkuk kecil atau penutup bekas atau taburkan di sudut-sudut rumah.

4. Cara halau lipas: Vaseline

Anda  boleh membuat perangkap lipas menggunakan Vaseline dengan menambah gula dan agar-agar dan meletakkannya ke atas kadbod. Letakkan perangkap ini di tempat persembunyian lipas. Mereka akan tertarik dengan gula dan melekat pada Vaseline. Tap pastikan perangkap ini jauh dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

5. Cara halau lipas: Bunga Kekwa

Bunga kekwa mengandungi Pyrethrins, kimia yang mengganggu sistem saraf serangga apabila terkena sentuhan terus. Guna bunga kekwa kering untuk menghalau lipas dengan hancurkannya menjadi serbuk dan ambil dua sudu besar serbuk tersebuk dan campurkan dalam satu liter air panas. Letakkan secubit serbuk pencuci dan campurkan semuanya. Tuangkan dalam botol dan semburkan pada kawasan yang ada lipas.e infested areas.

6. Cara halau lipas: Daun bay

Daun bay menaikkan aroma dan rasa dalam masakan dan serangga benci dengan baunya. Hancurkan beberapa daun bay dan letakkan di sudut rumah dan kawasan gelap.

7. Cara halau lipas: Gel silika

Gel silika selalunya dilihat terdapat dalam paket kecil apabila kita membeli sesuatu barang untuk mengelakkan dari barang rosak. Ia menyerap kelembapan dan mengeringkan apa-apa yang memberikan sentuhan terus. Apabila lipas bersentuhan dengan gel ini, ia akan mengeringkan badan lipas dan menghapusnya. Anda boleh gunakan gel silika ini dengan mencampurkan bersama gula dan taburkan campuran ini di sekitar rumah, jauh dari anak-anak dan haiwan.

Bagaimana untuk menghalang lipas dari datang ke rumah anda?

Bergantung pada penghalau lipas bukan penyelesaian untuk lipas tidak masuk terus ke rumah anda. Lipas sukakan tempat yang sejuk dan lembab yang boleh memberi mereka makan dan membiak. Mencegah lipas adalah penting untuk pastikan ia terus lenyap dari rumah anda. Apabila anda melihat seekor dua lipas di rumah anda, jangan ambil mudah.

Mungkin ada banyak lagi di sudut-sudut rumah anda. Lipas boleh menghantar bakteria dan menyebarkan penyakit pada keluarga anda. Ini adalah tip untuk menghalang lipas dari masuk ke rumah anda lagi. Pastikan rumah anda bersih. Basuh pinggan terus selepas makan dan bersihkan sisa-sisa di lantai untuk mengurangkan makanan untuk lipas.

Sapu dan mop rumah selalu untuk menghilangkan bau makanan. Pastikan anda membuang sampah selalu dan tong sampah sentiasa ditutup. Letakkan makanan dalam bekas kedap udara untuk menghalang lipas atau serangga lain mencemarkan makanan anda. Tutup semua lubang atau rekahan menggunakan cat atau simen.

Sumber : Theasianparent

Author: fafa