Proses bersalin ini bukan main2, gambaran bukaan pintu rahim dari 1 hingga 10cm.

Inilah carta bukaan pintu rahim ibu hamil yang wajib diketahui lebih awal sebelum proses melahirkan. Ada banyak cara mempercepat bukaan bermula dari 1 cm sehingga 10 cm. Namun sebelum itu, ayuh kita imbas kembali kejadian semasa saya melahirkan bayi sulung dua tahun lalu.

Teringat kembali saat berada di dalam bilik pemeriksaan CTG jantung bayi di mana doktor memasang beberapa wayar di atas perut bagi memudahkan pengesanan dan bacaan jantung bayi di lakukan. Sambil itu, mata melilau melihat persekitaran dalam bilik tersebut yang dilengkapi

dengan perkakas dan bahan hospital. Setelah itu, mata melekap pula pada carta bukaaan pintu rahim yang dilekat di sebelah jam dinding. Pada masa itu, baru nampak berapa besar bukaan 10cm itu bagi memudahkan seorang bayi dikeluarkan dari perut seorang ibu.

Cara mempercepat bukaan dari 1 cm ke 10 cm melalui carta bukaan pintu rahim 

Anda tahu apa maksud di sebalik perkataan dilation? Ia sebenarnya menjelaskan tentang pelebaran, pembengkakan dan keluasan saiz pintu rahim bagi mengeluarkan tubuh bayi apabila tiba pada waktu yang sesuai.  Namun, sebut saja tentang bukaan pintu rahim tentu ramai yang takut,

risau, kecut perut dan pelbagai perasaan yang menyelubungi diri kerana ia berkaitan dengan keajaiban untuk melahirkan seorang cahaya mata. Semasa kontraksi terjadi, doktor atau bidan akan sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap bukaan rahim untuk memudahkan proses kelahiran. Doktor akan tunggu bukaan dari 1 cm sehingga membesar

menjadi 10 cm supaya kepala dan tubuh bayi mudah untuk dikeluarkan. Jika bukaan tidak berlangsung dengan baik atau terhenti di mana-mana saiz, doktor akan memberi ubat sebagai salah satu cara mempercepat bukaan bersalin. Namun, sekiranya bukaan masih lambat dan jantung bayi kelihatan lemah, emergency czer perlu dilakukan segera. 

Carta bukaan pintu rahim 

Pusat Kelahiran dan Klinik Penjagaan Kehamilan di Santa Clarita, California membantu para wanita hamil untuk visualisasikan bukaan pintu rahim. Malah ia merupakan maklumat berguna untuk bidan dan doktor yang berperanan penting dalam menyambut seorang bayi.

Seorang pengguna Fb, Steffanie Christian berkongsi gambar carta tersebut dan mengatakan inilah sebab mengapa seorang wanita itu berhak dikasihani kerana melalui gambar tersebut terbukti wanita berhadapan dengan pelbagai realiti hidup seperti melahirkan bayi.

Beliau juga mensarankan setiap rumah mempunyai satu carta ini supaya dapat memberikan pendedahan berkaitan pembukaan pintu rahim bagi memudahan proses melahirkan anak. Apa pendapat anda, adakah cara ini menakutkan atau memberi anda informasi yang bermanfaat? Berikan komen anda di bawah! 

8 tips cepatkan bukaan rahim untuk memudahkan proses bersalin

Ini 8 cara cepatkan bukaan rahim untuk bakal-bakal ibu. Tips ini boleh digunakan untuk ibu-ibu yang pertama kali bersalin atau yang pernah bersalin. Siapa yang tak nak melalui proses bersalin yang mudah dan cepat, bukan? Kalau boleh kita mahu tahu cara cepatkan bukaan rahim supaya

kita boleh terus masuk ke bilik bersalin. Selalunya doktor hanya akan masukkan kita ke dalam bilik bersalin bila bukaan rahim mencapai 6cm. Tapi apa cara cepatkan bukaan rahim ini? Ha… jangan risau. Hari ini kami bawakan 8 tips khas cara cepatkan bukaan rahim untuk anda. Jom baca tips di bawah.

Apa tanda-tanda nak bersalin?

Bidan dan doktor berkata yang tanda bersalin bermula apabila: Anda mengalami sakit kontraksi yang konsisten, Rahim anda terbuka sedikit demi sedikit dari 4cm. Ini adalah tanda-tanda anda berada dalam fasa tahap pertama bersalin.

Berapa jangka masa normal untuk bersalin?

Secara purata, tahap pertama bersalin untuk anak pertama biasanya selama 8 jam, tapi ia boleh jadi lebih cepat atau lama. Anak pertama selalunya mengambil masa tapi sangat jarang untuk tahap pertama menjadi lebih lama dari 18 jam.

Jika ini bukan anak anda yang pertama, anda mungkin mengalami proses bersalin lebih cepat dari anak pertama. Fasa meneran (tahap kedua bersalin) selalunya tidak lebih dari 3 jam atau 2 jam jika anda pernah bersalin.

Tapi anda perlu tahu yang proses bersalin cepat tidak semestinya baik untuk anda atau anak anda. Kelahiran yang terlalu cepat boleh mencabar fizikal dan mental anda. Manakala, proses bersalin yang lambat boleh membuatkan anda dan bayi penat.

Apa yang dikira sebagai proses bersalin lambat?

Jika bukaan rahim anda tidak terbuka sekurang-kurangnya 0.5 cm dalam masa 1 jam dan lebih 4 jam, mempercepatkan kelahiran mungkin diperlukan. Bidan akan berbincang dengan anda atau doktor sama ada kelahiran anda perlu dicepatkan atau tidak.

Mengapa proses bersalin anda lambat?

Beberapa kelahiran, lambat tanpa sebab yang muhasabah. Namun, anda mungkin mengalami proses bersalin lambat jika:Anda penat atau kurang air. Posisi bayi anda tidak ideal.Anda rasa takut atau cemas dan perasaan ini mengganggu anda melepaskan hormon bersalin

Sakit kontraksi anda tidak begitu kuat atau kekal sama. Anda mempunyai tulang pinggul yang panjang dan sempit membuatkan bayi anda memilih posisi terbalik. Anda mengambil bantuan kelahiran yang melambatkan kontraksi anda. Seperti mengambil epidural. Bukaan 5cm yang pertama selalunya mengambil masa yang lama dari 5cm yang kedua. Bukaan rahim menjadi lebih cepat apabila kontraksi semakin kuat.

8 cara cepatkan bukaan rahim

1 – Memecahkan ketuban.Bidan anda mungkin mencadangkan untuk memecahkan ketuban bagi mempercepatkan kelahiran. Ini selalunya tidak disarankan pada peringkat awal kelahiran kerana ia meningkatkan risiko jangkitan jika anda tidak bersalin serta-merta.

Walaubagaimanapun, memecahkan ketuban boleh mempercepatkan proses bersalin kurang 1 jam. Selepas pecahkan ketuban, doktor akan periksa jantung bayi dan periksa sama ada proses tersebut mengganggunya. Kontraksi anda akan bertambah kuat selepas air ketuban pecah dan anda perlu bersedia untuk bertenang dan bernafas.

2 – Titisan hormon. Jika bergerak banyak dan memecahkan ketuban tidak mempercepatkan proses bersalin, doktor akan sarankan anda mengambil titisan hormon untuk membuatkan kontraksi anda lebih efektif. Jika anda mengambil titisan hormon, bidan perlu memeriksa jantung bayi dengan

lebih kerap kerana titisan ini boleh merangsang rahim. Anda akan mendapat kontraksi yang lebih kerap dan kuat yang mungkin akan memberi tekanan kepada anak anda. Oleh itu selalunya, doktor akan sarankan anda untuk mengambil epidural sebelum memberi titisan hormon.

Cara cepatkan bukaan rahim dengan sendiri

Jika doktor atau bidan bertanya sama ada anda mahu mempercepatkan proses bersalin, ambil masa untuk memberi keputusan. Jika bayi anda tidak apa-apa dan bukaan rahim anda terbuka perlahan-lahan, adalah lebih baik untuk anda biarkan sahaja.

Jika anda penat dan mahukan bayi anda lahir cepat, anda boleh cuba beberapa cara cepatkan bukaan rahim secara semulajadi: Jika anda sedang baring di katil, anda patut bangun dan bergerak. Ini akan menguatkan kontraksi tapi pada masa yang sama membantu anda untuk bertahan.

Pergi ke tandas. Pundi kencing yang penuh boleh menghalang anak untuk keluar.Mandi air hangat atau rendamkan diri dalam air. Ini boleh mengurangkan rasa sakit dan mengelakkan anda dari meminta epidural. Jika bayi anda songsang, bidan mungkin menyuruh anda untuk baring mengiring atau melutut.

Ia boleh membantu bayi anda untuk berpusing ke posisi yang lebih baik. Ambil masa untuk berdua dengan pasangan anda. Kurangkan pencahayaan dan berpeluk sambil pasangan anda mengurut payudara atau put ing anda. Ini boleh membantu tubuh anda mengeluarkan oxytocin, hormon yang menguatkan kontraksi. Melakukan hubungan bersama juga dapat membantu memudahkan proses bersalin.

Sumber : Theasianparent

Author: fafa