Rahsia resepi kentang bakar cheese yang menyelerakan dan resepi burger Malaysia sedap dan lazat untuk juadah berbuka puasa.

Makanan viral yang teringin kami kongsikan kali ini ialah kentang bakar cheese. Ramai yang mencari resepi hidangan ini. Menggunakan kentang yang dibakar dan dikorek isinya. Kemudian diletakkan inti di dalamnya. Akhir sekali diberi topping cheese dan dibakar lagi hingga cheese meleleh.

Hidangan ini boleh dijadikan dessert untuk acara majlis-majlis rasmi, majlis mesyuarat dan majlis mewah lain. Nurhafiza Marzukie‎ berkongsikan resepi kentang bakar di laman Facebook. Sangat menarik boleh buatkan anda terliur. Selamat mencuba.

Resepi Kentang Bakar Cheese

Bahan-bahan :

Kentang, Cheese, Ayam atau daging untuk inti, Garam, Minyak, Aluminium foil. Cara-cara : Mula-mula kentang dibersihkan dan dilap. Kemudian cucuk kentang guna garpu, sapu minyak dan tabur garam sedikit. Bakar kentang dalam 40 minit pada suhu 180°C.

Boleh direbus tapi nanti cepat basi.nImej via Fb . Jika kentang sudah empuk, bungkus kentang dengan aluminium foil. Korek isi kentang sedikit. Imej via Fb. Campurkan kentang lenyek tadi bersama inti terpulang mahu inti daging, tuna atau ayam.

Sumbat inti ke dalam acuan kentang. Imej via Fb . Akhir sekali letak chesee.
Imej via fb. Bakar lagi hingga cheese meleleh. Siap. Imej via Fb. Resepi Menarik Lain. Selain resepi kentang bakar cheese, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Resepi Burger Malaysia @ Pau Sambal Sedap dan Lazat

Sedapnya kalau dapat makan burger Malaysia sebagai sarapan atau minum petang. Burger Malaysia merupakan antara menu kegemaran rakyat Malaysia. Gabungan rasa pau yang gebu di dalam dan rangup diluar, di tambah pula dengan rasa sambal di tengah beserta timun mampu

menarik minat para penggemarnya. Cara-cara untuk membuatnya lebih kurang sama sahaja dengan cara-cara nak membuat doh roti dan doh donut. Cuma bezanya, selepas doh sudah siap, doh akan dibulat-bulatkan sebelum digoreng.

Sesudah menggoreng, potong di bahagian tengah tetapi tak putus seluruhnya. Kemudian, bolehlah masukkan sambal ikan bilis yang telah siap di masak bersama-sama hirisan timun. Resepi mudah dari Faiezah Ramsudi pasti cantik kejadiannya. Apa lagi? Jom mencubanya.

Resepi Burger Malaysia

Bahan-bahannya: Bahan A: 250gm tepung gandum-ayak dahulu. 5gm yis kering-mauripan. 30gm gula halus. 1 sudu besar susu tepung. 1/4 sudu bread improver. 1/2 sudu bread softener. Bahan B: 1/4 sudu garam. Bahan C: 100gm air sejuk dari peti ais + 1 biji telur (dikacau rata)

Bahan D: 30gm marjerin bunga mas/pelangi/buttercup. Cara-caranya: Masuk bahan A ke dalam bekas, putar bagi rata. Masuk pula bahan B, putar lagi. Masuk pula bahan C, pukul sampai sebati & di tepi bekas tiada kelihatan tepung & licin.

Masuk pula bahan D. Pukul sampai doh jadi elastik. Keluarkan doh tadi ke atas silicon mat. Timbang doh 30gm sampai habis doh tadi. Anggaran 13-14 biji. Bulatkan doh jadikan bentuk bulat. Letak doh yang dah siap ke dalam dulang yang telah di ayak tepung terlebih dahulu supaya doh tidak melekat.

Biar doh naik dalam 30-40 minit. Selepas 20 minit doh naik tekankan sedikit doh tadi. Jangan tekan sampai leper pula. Untuk dapatkan bentuk sahaja. Biar naik lagi. 10-20 minit lagi. Bila sudah naik panaskan minyak yang secukupnya. Semasa proses penggorengan pastikan api tidak terlalu

besar & tidak terlalu kecil. Dan pastikan minyak sudah cukup panas. Bila pau bahagian bawah sudah kuning keemasan, baru boleh diterbalikkan. Tunggu sehingga bahagian atas tadi masak seperti bahagian bawah tadi. Bila sudah masak, angkat pau, toskan terlebih dahulu dalam penapis. Baru diletak/susun ke dalam dulang yang telah diletak tisu dapur terlebih dahulu.

Bila pau sudah suam2 sejuk bolehlah dipotong dengan pisau yang tajam. *Potong jangan putus ye. Kemudian boleh di sudukan sambal tumis secukupnya, hirisan timun & potongan kecil telur dadar. Sedia dinikmati, selamat mencuba. Terdapat juga resepi menarik yang lain. Jemput membaca dan mencubanya.

Author: fafa