Ramadhan 6 beradik tahun ini menjadi suram kerana kehilangan kedua ibu bapa tersayang

Ketibaan Ramadan tahun ini disambut dengan penuh kepiluan oleh 6 beradik yang baru sahaja kehilangan ibu tercinta pada 25 April yang lalu. Ternyata tidak semua keluarga menyambut kehadiran bulan mulia ini dengan penuh keceriaan bersama keluarga tercinta.

Nasib 6 beradik ini sememangnya tidak menyebelahi mereka selepas kehilangan ibu mereka, Nor Amira Sahran, 33, yang telah menghembuskan nafas terakhir akibat kejadian jalan raya di Lubuk China pada 25 April yang lalu. Bukan itu sahaja, bapa mereka juga dikatakan masih berada di dalam

pintu pagar besi akibat kesalahan kes pil terlarang. Menurut laporan, bapa mereka dijangka akan dibebaskan selepas Aidilfitri ini. Sejak pemergian ibu, mereka enam beradik yang tinggal di Kampung Sungai Timun Lubuk China, Rembau kini menumpang kasih di rumah datuk saudara,

Sajirin Kassim, 58, di Kg Legong Ulu, Kota Rembau . Menurut Sajirin, mereka dan ahli keluarga yang lain bertanggungjawab untuk menjaga mereka berenam oleh kerana bapa mereka yang masih berada di pintu pagar besi.

Bukan setakat itu sahaja, Sajirin juga turut merasakan bahawa dia perlu memastikan mereka semua berada dalam keadaan yang baik dan gembira walaupun tidak berada di samping orang tua tersayang pada bulan ramadan dan aidilfitri yang bakal menjelang nanti.

Seorang pengguna Facebook, Mang Ji yang merupakan majikan kepada ibu enam beradik ini turut menjelaskan perkara sebenar mengenai keluarga ini. Sebak… Ini kisah anak-anak staff saya yang telah pergi menghadap illahi semalam. Mereka 6 beradik.

Sulung darjah 6 yang bongsu satu tahun setengah. Hari ini mereka kehilangan mama tersayang. Pemergian yang amat menginsafkan. Ini kisah mereka sekeluarga: Saya dan suami sampai ke rumah abang ipar ibu kepada anak2 ini selepas solat Jumaat tadi.

Jasad sekujur tubuh belum sampai. Masih di hospital. Suaminya di dalam pintu pagar besi. Sebelum ini telah beberapa kali ditahan dan ibu anak-anak ini yang membayar wang denda sehingga lah yang kali terakhir ini beliau sudah tidak sanggup dan tidak mempunyai wang untuk membayar denda. Beliau sangat hebat.

Siapa sangka seawal jam 10 malam sudah mula membuat persiapan menyiapkan nasi lemak. Beliau menghantar nasi lemak setiap pagi ke Stesen Petronas. Pulang semula ke rumah menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah. Bayangkan bagaimana kalutnya setiap pagi.

Selesai menghantar anak ke sekolah, beliau terus ke tempat kerja. Bekerja sebagai cleaner di sebuah bank. Jarak perjalanan ke tempat kerja antara 30-45minit. Setiap sabtu dan ahad beliau akan part time pula di Sultan Salai. Juga jarak perjalanan antara 30-45 minit. Baru saya tahu.

Tiada sehari pon hari rehat buat beliau. Beliau bekerja siang dan malam untuk menampung hidup beliau 7 beranak. Sedihnya Ya Allah bila tahu anak sulung baru berusia 12 tahun perlu menjaga sendiri adik-adik bila pulang dari sekolah.

Tiada mak yang menghidangkan makan dan minum apabila balik dari sekolah. Semuanya telah disediakan mamanya dari awal pagi. Hari ini, rezeki Allah beri pada kami. Dapat menunggu sekujur tubuh yang tak bernyawa dan dibalut dengan kain putih sampai ke masjid.

Sepanjang menunggu saya mendengar cerita-cerita baik tentang ibu anak-anak ini. Sehinggalah selesai solat, apabila imam berkata bagaimana keadaan sekujur tubuh? Jemaah menjawab ‘baik’. Imam bertanya lagi. Bagaimana keadaan sekujur tubuh itu? Jemaah menjawab baik.

Kata Imam, Ini adalah pengajaran untuk kita yang masih hidup. Sementara kita menunggu suami tiba, boleh la melihat dan mencium jasad tidak bernyawa itu buat kali terakhir. Hiba. Anak-anak nya dipimpin oleh saudara mara ke hadapan.

Mereka, usianya tidak lebih 12 tahun apatah lagi si bongsu masih menyusu badan. Hampir pasti tidak faham langsung apa yang berlaku. Ajaibnya apabila melihat wajah mama mereka terkujur kaku dan tersenyum anak-anak ini menangis semahunya.

Selesai saudara mara dan sahabat melihat wajah untuk kali terakhir, kami semua diminta duduk. Menunggu sahaja ketibaan suami. Sebak, Tiba-tiba terdengar esakan dan jeritan anak wanita yang telah tiada itu. Mereka meluru dan memeluk susuk tubuh seorang lelaki yang sedang berjalan

masuk dari pintu masjid. Tanggannya bergari sebelah. Ditemani 2 orang pegawai. Allah.. air mata ini tidak dapat aku tahan. Sungguh, cerita seperti ini hanya dalam drama. Tetapi ini benar-benar terjadi kepada orang yang aku kenali.

Suaminya terus dibawa ke hadapan sekujur tubuh yang berbalut kain putih. Menangis semahunya menatap wajah isteri, kemudian dibawa ke tepi dinding. Masa ini semua anak memeluk ayah mereka. Barangkali rindu teramat kepada lelaki bergelar ayah ini.

Sikecil juga sempat didukung ayahnya. Suasana di dalam masjid bertukar sangat hiba. Hampir semua yang ada sebak dan menangis menyaksikan momen ini. Tidak sampai 10 minit, lelaki ini terpaksa pergi. Dia terpaksa pulang ke tempat sementaranya,

pintu pagar besi! Tidak dapat menghantar jasad isteri ke tempat rehatnya yang abadi. Manakala Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengatakan bahawa kerajaan negeri bakal menyediakan bantuan bagi meringankan beban enam beradik ini .

Bantuan yang bakal dihulurkan adalah berbentuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) serta bantuan ke sekolah sebanyak RM200 kepada mereka yang masih bersekolah. Tambahan lagi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga akan turut menghulurkan bantuan sebanyak

RM450 sebulan diikuti dengan bantuan BaitulMal yang bakal diberikan sebanyak RM300 sebulan. Semua bantuan ini adalah bagi menampung perbelanjaan mereka berenam. Kerajaan negeri akan turut membantu menambah baik rumah yang didiami oleh mereka berenam supaya

mereka akan lebih selesa. “Perkara ini kita akan cuba segerakan bagi keselesaan mereka untuk mendapat tempat tinggal selesa dan pendidikan yang baik. Sumbangan daripada pihak swasta juga dialu-alukan dan berharap duit diterima mereka boleh dijadikan sebagai tabung untuk ke

sekolah pada masa depan.”Datuk Seri Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. Buat anda yang ingin menghulurkan bantuan ikhlas bagi meringankan beban enam beradik di bulan Ramadan yang mulia ini, boleh lihat info di bawah:

Author: fafa