Ramai yang stress rumah banyak semut, wanita ini kongsi kaedah hasilkan spray sendiri, berkesan halau semut

Setiap rumah pasti berdepan dengan masalah serangga yang menganggu dan merosakkan makanan, tanaman dan juga boleh menggigit kita.
Salah satu jenis serangga yang terkenal ialah semut yang tidak kiralah dari jenis apa sekalipun sama ada semut hitam, merah, api besar atau kecil

pastinya akan menganggu ketenteraman penghuni rumah. Masalah semut ini sering menjadi perkara yang merunsingkan bagi sesetengah orang terutamanya yang menghadapi masalah semut yang kritikal meskipun telah berpuluh kali cuba dihapuskan dengan pelbagai cara.

Bagaimanapun, perkongsian bermaanfaat dari Yatie Eimra di laman facebooknya ini pasti memberikan kita idea dan kaedah lain untuk membanteras semut yang bermaharajalela di rumah kita.
Mari kita pelajari cara dan kaedah mudah ini.

Stres kalau rumah banyak semut ni.. Pantang ada minuman manis/makanan tumpah, kompem berduyun datang. Ada anak kecik tau-tau la, ada je tumpah makanan die kat memane. Geram betul sebab sampai ke bekas susu anak pun semut hurung.

Tu belum lagi part merayap atas badan & menggigit masa si kecik ni tido.
Kebetulan rumah memang dekat gak dengan tempat buang sampah. Macam mana jaga pun, semut tetap gak masuk. Kekadang masuk dari rekahan-rekahan kecik kat dinding-dinding, kekadang ikut tingkap dapur, dari balkoni bagai.

Ada yang kata tak boleh aniaya semut. Tapi pernah dengar ceramah ustaz, yang tak boleh tu kalau kita sengaja aniaya/gi bakar sarang semut yang takde kena mengena dengan kita. Tapi dibolehkan untuk bnh semut kalau sampai dah mengganggu manusia (masuk rumah, hurung makanan & menggigit).

Camtu jugak kalau semut merosakkan tanam-tanaman sampai buah/hasilnya terjejas. Biasanya kalau kat luar rumah, saya guna racun serangga je. Tapi jarang spray kat dalam rumah sebab ada anak kecik. Guna racun serangga organik untuk spray dalam rumah tapi semut xmpuih lak. Spray serai wangi pun tak berkesan.

Sebelum ni pernah guna beberapa petua halau semut, tapi semuanya mengecewakan. Huhu.. Yela, petua tu dah terang-terang nak halau je bukan mpuihh kan semut. Memang lah semut tak ikut laluan tu, tapi die buat jalan baru pulak. Dahtu semut makin banyak. Ni fakta tentang semut yang korang patut tau supaya memudahkan korang membanteras semut.

Semut dapat detect saki-baki bau gula/manisan walaupun korang rasa korang dah lap sebersih-bersihnya. Semut hasilkan bahan kimia masa berjalan supaya die boleh balik ke pangkal jalan aka sarang tanpa sesat.
Kalau korang perasan, semut ni selalu jer ade scout die sekor-2 ronda-ronda

kawasan carik punca makanan baru. Kalau tak kawal peringkat ni, laluan tu akan jadik jalan baru lak untuk semut hurung makanan. Kadang-kadang dalam 1 sarang semut, ada lebih dari 1 koloni semut. Kalau korang guna racun jenis serbuk (yang semut makan tu), jangan terkejut pulak kalau

lepas 1 spesis xde, muncul pulak semut spesis lain. (pernah beberapa kali alami sendiri) Ni info yang sangat penting.. Kalau korang tak kawal semut kat rumah, populasi semut makin banyak. Bila dah banyak ratu-ratu muda, semut akan mula cari sarang baru.

Lepas tu jenuh la korang nak spray serata rumah. Sekarang untuk membanteras semut. Kat dapur & dalam rumah saya gunakan spray serbaguna homemade ni. Yang pasti, selamat digunakan kalau ada anak kecik sekalipun. Kawasan-kawasan yang anak tak boleh capai lak, saya guna racun jenis serbuk (untuk kawal populasi semut yang bersarang dalam rumah).

Yg ni boleh beli kat kedai DIY. Alhamdulillah, boleh la lega untuk sebulan-2 sebelum semut menyerbu balik. Spray Serbaguna (homemade) ¼ cawan cuka putih1¼ cawan air paip1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.

* Bancuhan ni sebenarnya takde sukatan yang tetap pun, TAPI kalau cuka terlebih, cat dinding/perabot anda mungkin akan rosak, kalau terlalu cair pulak xberkesan & kalau terlebih sabun licin sangat bila dah kering.
* Yang saya buat ni 1 bahagian cuka : 5 bahagian air. Sabun dalam 25%-30% dari jumlah cuka.

* Kalau guna sabun mandi (syampu badan) lebih wangi tapi xberapa berkesan untuk tanggalkan kesan minyak . Kegunaan : 1. Sebagai penghalau serangga. Larutan ni bukan je memtikkan nyamuk, lalat & semut. Tapi cuka tu hilangkan bahan kimia yg dihasilkan semut tadi.

(semut akan buat jalan lain, tapi kena spray dengan kerap). 2. Membersihkan sisa makanan tumpah. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka & sabun pulak menanggalkan minyak. Kalau si kecik ni tumpahkan air manis, lepas bersihkan dengan air supaya tak lekit, saya guna spray ni je. Senang keje.

3. Boleh juga dijadikan pencuci dapur lepas memasak tu. Dah xpayah beli mahal-mahal la lepas ni. 4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray & lap je (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat). 5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi.

Kalau pekat sangat bukan setakat rumput, tanaman pn boleh rosak kalau terkena) 6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai kalau nak wangi. Gandakan sukatan untuk kuantiti yang banyak & gunakan air panas untuk lebih efektif.

Sumber- Yatie Eimra via Siakapkeli

Author: fafa