Ramai yang tak sedar akan bahayanya korek telinga guna putik kapas

Percayalah, putik kapas amat berbahaya! Ia telah mengakibatkan lebih daripada 263,000 orang kanak-kanak dimasukkan ke dalam wad kecemasan akibat kelukaan dalam telinga. Rasanya, semua ibu bapa sudah tahu bahaya menggunakan putik kapas untuk mengorek telinga anak-anak anda. 

Percayalah, putik kapas amat berbahaya dan ia telah mengakibatkan lebih daripada 263,000 orang kanak-kanak di Amerika Syarikat dimasukkan ke dalam wad kecemasan! Kajian yang diterbit oleh Journal of Pediatrics menjelaskan ramai kanak-kanak dimasukkan ke hospital kerana

kelukaan dalam telinga akibat putik kapas. Hingga kini, jumlah pesakit yang menderita akibat luka ini semakin meningkat. Pada tahun 2010, hampir 13,000 orang pernah mengalami masalah yang sama akibat penggunaan putik kapas untuk mengorek telinga.

Pengarah Perubatan di Wad Kecemasan Cook Children’s, Dr Corwin Warmink berkata. “Putik kapas, q-tips atau cotton swabs telah menyebabkan banyak kejadian bermasalah seperti ini di wad kecemasan. Ia termasuklah luka seperti hentaman dalam telinga, luka,

ber cairan merah dalam telinga,  risiko externa otitis dan trauma pada gegendang telinga! Hampir 3/4 daripada kes luka putik kapas terjadi kerana kegagalan untuk membersihkan telinga. Ia kemudiannya mengakibatkan berlakunya lelehan atau gumpalan cairan merah dan rasa tersangkut pada telinga.

Dalam kebanyakan kes, putik kapas tersangkut dalam telinga kanak-kanak apabila mereka memasukkan ia sendiri ke dalam telinga untuk mengoreknya. Tapi, ibu bapa harus lebih bertanggungjawab atas masalah seperti ini.

Perlukah kita mengorek dan mencuci telinga?

Hampir 73% daripada masalah ini akibat putik kapas berpunca daripada niat untukmembersihkan telinga. Bayi yang baru lahir sering menjadi mangsa. Mengorek telinga dengan putik kapas umpama satu tabiat. Kita sukar untuk membuangnya.

Soalannya, perlukah kita mengorek dan mencuci telinga ini? Dr. Ahmad Nordin, pakar ENT di Sabah menerangkan anda tak perlu mengorek dan mencuci telinga!Mengapa?Kerana telinga boleh membersihkan dirinya sendiri! Dr. Kris Jatana, pengarang dan pakar telinga,

hidung dan tekak di Hospital Kanak-Kanak Nationwide memberitahu – sebarang serumen (taik telinga) atau kekotoran dalam telinga akan keluar dengan sendiri dari bahagian saluran telinga. Serumen akan dijumpai di bahagian 1/3 saluran telinga. Serumen bersifat kalis air.

Jadi, jika anda mengoreknya keluar, telinga akan terdedah pada kulat atau bakteria. Serumen juga bersifat antibakteria dan antifungal. Ia adalah perlindungan semulajadi yang amat berkesan. Lagi satu, kulit di bahagian saluran telinga amat nipis dan sensitif terhadap geseran.

Jika anda selalu memasukkan putik kapas, kulit di saluran telinga mungkin akan rosak. Jangan masukkan sebarang objek dalam telinga anda!Bagaimana ingin membersihkan telinga dengan selamat? Tapi, jika anda tak mengorek telinga itu langsung,

anda pasti akan merasai beberapa kesakitan seperti berdesing. Ya, taik telinga boleh berkumpul dengan banyak jika ia tak “jatuh” dengan sendiri. Bagi individu dengan banyak taik telinga, anda boleh berjumpa doktor pakar. Doktor akan mengeluarkan serumen dengan mudah menggunakan

campuran peroksida dan air lalu disuntik ke dalam telinga. Proses ini tak menyakitkan dan amat berkesan. Untuk kanak-kanak, anda boleh membersihkan telinga mereka dengan menggunakan kain basah. Hanya cuci bahagian luar telinga.

Apa yang pasti – jangan masukkan apa-apa ke dalam telinga mereka! Semoga perkongsian ini membuka mata anda untuk berhenti daripada menggunakan putik kapas. Bagaimana anda membersihkan telinga si manja anda? Kongsikan ia dengan kami!

Sumber rujukan: Baby Center

Jangan Korek Telinga Dengan “Cotton Bud! Ini Pesan Doktor Ya

Kita ni kalau telinga gatal syok rasanya dapat korek dengan cotton bud. Nikmatnya dunia kan. Masa tu babun lalu sebelah pun tak perasan. Mata hitam pun boleh hilang. Sapa macam ni kita geng! Bagi sesetengah orang yang kadang-kadang ada tahi telinga keras akan gunakan pengorek telinga yang besi tu.

Itu pun best juga. Ya lah kadang-kadang kita tak sedar pun tahi telinga dah keluar. malu kat orang. Sebenarnya tahukah korang amalan korek telinga ni tak elok! Boleh membahayakan telinga kita. Menurut doktor tahi telinga tu boleh keluar sendiri bila kita mengunyah dan menguap. Haa gitu!

Jangan korek lagi ya lepas ni. Kalau main tepi-tepi telinga tu mungkin boleh. Sekadar nak cuci bahagian luar telinga jer. Menurut penerangan panjang lebar olejh Doktor @Dr_Shaiful di laman twitter nya kita tak di galakkan untuk korek telinga terutama dengan cotton bud. Jom ikuti penerangan Doktor ini

Antara sebab kenapa x digalakkn @ lebih tepat x perlu korek tahi telinga :
1) Penyebab kpd salah SATU punca jangkitan kuman telinga.. jika berterusan boleh jd nanah yg teruk. Antara sebab kenapa x digalakkn @ lebih tepat x perlu korek tahi telinga : 2 ) Allah dah wujudkan mekanisma dalaman spya tahi telinga boleh kluar secara semulajadi tnpa kita sedar melalui menguap atau menguyah etc ( AAO-HNSF). PERCAYALAH..Ini bukan MITOS..!

3) penggunaan putik kapas hanya menyebabkan tahi telinga ditolak ke dalam telinga tengah seterusnya menyebabkn tersumbat dan sakit. 4) Tahukah anda tahi telinga berfungsi utk halang serangga kecil, habuk dan kuman utk memasuki saluran telinga. Ia juga membntu alirkan kotoran agar keluar secara sendirinya

5) Antara risiko penggunaan putik kapas/besi/kunci boleh menyebabkn cedera pd saluran telinga, gegendang telinga bocor, cairan merah dalaman telinga & jangkitan/nanah pd telinga So lepas ni sudah lah ye korek telinga tu. Kalau rasa memang tak leh tahan seeloknya boleh jumpa Doktor pakar!

Author: fafa