Ramai yang tak tahu uncang teh boleh menghalau tikus dari kediaman anda dengan mudah dan selamat

Tikus adalah makhluk perosak yang amat digeruni oleh manusia dan jika adanya tikus di dalam rumah akan menyebabkan penghuninya tidak selesa kerana tikus biasanya akan menganggu serta merosakkan barangan di dalam rumah.

Tikus dipercayai amat memberhaya kepada manusia dan bakteria yang ditinggalkan oleh makhluk perosak ini akan menyebabkan penyakit dan berakhir nya hayat seseorang. Bermacam cara untuk mengusir tikus dari terus bermaharajalela di kediaman kita.

Namun, tidak semua cara dan petua menjadi dan masalah ini akan berterusan sekiranya tiada tindakan dilakukan. Tahukah anda dengan hanya menggunakan uncang teh yang telah digunakan, anda boleh menghalau tikus dari terus berada di rumah anda?

Sekiranya anda sering minum minuman teh yang beruncang, jangan terus dibuang selepas digunakan kerana uncang berkenaan amat berguna untuk mengatasi masalah menghalau tikus. Sebelum anda menggunakan uncang tersebut untuk mengusir tikus,

anda harus memastikan dan mengenal pasti di manakah tempat persembunyian tikus itu. Seterusnya meletakkan beberapa uncang teh berkenaan di setiap tempat tikus itu bersembunyi. Apakah fungsi uncang teh ini untuk mengusir tikus?

Sebenarnya peppermint yang terkandung di dalam uncang teh itu boleh menyebabkan iritasi atau pun menyebabkan kegatalan di hidung tikus setelah menghidu, ini membuatkan deria bau tikus tidak selesa serta terganggu. Akibat ketidakselesaan inilah tikus berkenaan akan segera tinggalkan tempat di mana ia bersembunyi di kediaman anda.

17 Petua Halau Tikus Paling Berkesan. Cubalah!

PETUA HALAU TIKUS

Tikus adalah salah satu agen penyakit dan perosak kebanyakkan suri rumah menghadapinya. Bukan itu sahaja, malah melihatnya juga sudah menggelikan. Jadi bagaimanakah caranya untuk menghalau haiwan perosak ini? Silap hari bulan kalau tidak dicegah boleh membawa bahaya pada nyawa..

1. DAUN PANDAN.Daun pandan bertindak sebagai agen pewangi semula jadi untuk kediaman anda. Tikus juga tidak menyukai daun pandan. Selain itu juga, anda boleh jimat dengan tidak membeli pewangi kediaman yang mahal.2. DAUN SEMAMBU.Letakkan daun semambu di laluan tikus. Ianya juga boleh merawat demam.

3. DAUN DURIAN BELANDA

Caranya letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu dilalui tikus atau sarang tikus. Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali di tempat yang sering menjadi laluan tikus. Letakkan juga di dalam almari pakaian. Insya-Allah, tikus tidak akan datang lagi.

4. JERING.Letak jering dengan tangkai-tangkainya sekali dekat dapur. Biarkan di dapur sampai kering. 5. SERBUK LADA HITAM .Taburkan serbuk lada hitam di tempat ada tikus atau laluan tikus itu. 6. BUAH PONG-PONG

Buah Pong-Pong juga boleh digunakan untuk menghalau tikus. Letakkan pada kawasan yang disyaki ada tikus. Insya-Allah tikus tidak akan datang lagi. Bagi yang pertama kali dengar nama buah Pong-Pong, boleh dapatkan maklumat lanjut dari Wikipedia. Amaran: Buah Pong-Pong adalah beracun. Jangan dimakan.

7. BUAH MENGKUDU .Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potong mengkudu itu menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia di dalam mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat dapat menghalau tikus.

8. MINYAK PUDINA.Sapukan minyak pudina pada kain dan letakkan pada di tempat yang sering menjadi laluan tikus. Insya-Allah tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menyukai bau pudina yang kuat dan bau pudina sangat menyengat bagi tikus. 9. KAPUR BARUS

Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat. Cuma petua halau tikus menggunakan kapur barus agak tidak sesuai bagi yang ada anak kecil. Takut anak-anak ingat itu adalah gula-gula!

10. CAT BADAN TIKUS.Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan. Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malah turut membuatkan tikus-tikus lain berasa takut untuk mengganggu kediaman anda.

11. KULIT DURIAN.Letakan beberapa potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus. Bau kulit durian yang menusuk hidung dan berduri pastinya akan membuatkan tikus gerun untuk datang ke rumah anda.

12. BELA KUCING.Petua halau tikus ini hanyalah untuk orang yang sukakan kucing. Peliharalah kucing di rumah anda, pastinya tikus akan takut untuk datang ke rumah anda. Kucing adalah musuh utama tikus. Cuma jangan bela kucing mahal yang cuma pandai tengok tikus lalu sahaja. 13. BUAH KEPOMPONG .Letakkan beberapa biji buah kepompong muda atau masak di sarang tikus.

14. PERANGKAP TIKUS .Letakkan perangkap tikus (perangkap jaring atau gam tikus) di laluan yang sering dilalui tikus. 15. TUTUP SEMUA LALUAN MASUK TIKUS.Tutup semua laluan yang membolehkan tikus masuk ke rumah. Pasangkan jaring atau tutup terus laluan masuk. Jangan sampai ada sedikit ruang kerana tikus boleh melepasi ruang sempit itu.

16. GUNA SERAI WANGI.Petua halau tikus yang terakhir ialah dengan menggunakan serai wangi. Ada banyak produk serai wangi di pasaran dalam bentuk semburan. Ia efektif bukan sahaja untuk tikus, malah untuk haiwan perosak dan serangga yang lain.

17. LANTIK SYARIKAT PENGENDALI HAIWAN PEROSAK (PEST CONTROL). Kalau ada modal lebih, cari penyedia servis yang benar-benar berkebolehan membantu kita menyelesaikan masalah ini. Ada jenis orang yang geli untuk pegang tikus yang dah tak bernyawa. Maka, syarikat seperti ini boleh membantu. Jika ragu-ragu, rujuk portal rasmi Kementerian Pertanian Malaysia untuk senarai syarikat pengendali haiwan dan makhluk perosak yang berdaftar.

AKHIR KATA

Demikian beberapa tips atau petua halau tikus dari kami. Selain itu juga, kebersihan rumah juga perlu dijaga kerana sisa-sisa makanan boleh mengundang tikus. Sentiasa membuang sampah pada waktu awal pagi dan malam supaya tikus tidak mencari sisa makanan di dalam rumah. Sentiasalah mengawasi tahap kebersihan di sekitar kawasan perumahan, dan penduduk boleh bekerjasama untuk bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan. Akhir kata, kebersihan menjamin kesihatan.

Author: fafa