Resepi ayam pandan autentik dan ayam masak Thai viral yang sangat mengiurkan untuk juadah berbuka.

Murah sangat nak buat resepi Ayam Pandan ini dengan hanya menggunakan bahan-bahan asas dapur! Cakap je pasal makanan Thai selalu je orang sebut Ayam Pandan. Hidangan ini memang staple dan antara lauk yang paling popular di restoran-restoran Thai. Tetapi sebenarnya senang dan sangat murah untuk dibuat sendiri di rumah!

Dengan perapannya yang hanya menggunakan beberapa bahan asas dapur, seperti bawang merah, halia, sos tiram, kicap cair dan gula perang, hidangan ini bukan sahaja cukup berperisa, malah sangat murah untuk dihasilkan! Tonton video di bawah untuk pelajari cara membuat Ayam Pandan dengan ringkas sekali:

RESEPI PENUH

Bahan-bahan

Image via Seismik Makan. 500 gram fillet ayam (dipotong kiub)
. 1 biji bawang merah (dihiris nipis). 1 inci halia (dihiris nipis) . 2 ulas bawang putih (dihiris nipis). 2 sudu kecil akar daun ketumbar (dihiris nipis)
. 2 sudu kecil serbuk biji ketumbar . 2 sudu kecil gula perang . 2 sudu kecil lada putih . 2 sudu kecil sos tiram . 2 sudu kecil kicap cair . 1 sudu kecil minyak bijan . Daun Pandan secukupnya

Lidi kayu

Cara-Cara

1. Dalam mangkuk, gabungkan ayam bersama bawang merah, halia, bawang putih, akar daun ketumbar, serbuk biji ketumbar, gula perang, lada putih, sos tiram, kicap cair dan minyak bijan. Perap selama 30 minit.

Image via Seismik Makan . 2. Gulungkan ayam menggunakan daun pandan seperti dalam gambar yang telah di sediakan dibawah, dan cucuk gulungan dengan lidi kayu. 3. Stim ayam selama 10 minit ataupun sehingga separuh masak.

4. Goreng ayam sehingga bewarna keperangan.

Jangan lupa untuk tag #seismikmakan pada gambar-gambar masakan anda di media sosial!

Resepi Ayam Masak Thai Viral Sangat Mengiurkan! Menu Wajib Berbuka Puasa Nanti

Bila tiba saja bulan Ramadan pasti para ibu pening fikirkan juadah untuk disajikan kepada keluarga dan tetamu yang datang ke rumah. Kadang-kadang sudah jemu makan masakan Melayu. Apa kata jadikan masakan Thailand seperti dikongsi Aien Weyl yang mengiurkan ini sebagai juadah berbuka puasa pula. Makan ketika sahur pun boleh.

Ayam masak Thai

Bahan A (wajib) .10 ketul bahagian ayam yang telah digoreng. 1 biji bawang besar dipotong bulat. 2 batang serai dititik. Daun limau purut. Garam secukupnya. 2 sudu sos tiram. 2 sudu sos cili. Minyak. Sedikit air.Bahan B (kisar).3 ulas bawang merah. 5 ulas bawang putih. 5 biji cili merah. 3 biji cili hijau. 2 biji cili api

Cara memasak

Tumis serai yang dititik sehingga naik bau. Masukkan hirisan bawang dengan daun limau purut dan tumis sampai garing. Kemudian, masukkan Bahan B (kisar) gaul hingga sebati. Masukkan sos tiram, sos cili dan air. Gaul sebati dan akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Secubit garamuntuk rasa secukupnya.

Hasilnya…

Beginilah hasil masakan Ayam Masak Thai yang mengiurkan. Rasanya memang sedap bercampur rasa pedas original Thai dan sangat sesuai dinikmati semasa waktu berbuka puasa nanti. Selamat mencuba!

Sumber: Aien Weyl

Author: fafa