Resepi kek belacan unik Sarawak dari bidadari

Kenapa ya diberi nama kek belacan? Jangan risau, tiada belacan yang digunakan dalam membuat kek ini. Namun, warna kek yang kehitaman dan teksturnya yang padat membuat ia tampak seperti belacan sehingga dipanggil kek belacan. Rasanya sama macam kek biasa. Ia diperbuat daripada susu, gula dan koko.

Kek ini tidak berongga dan gebu macam kek tepung biasa. Malah kek belacan lebih padat dengan tekstur yang lembut. Walaupun bahan yang digunakan boleh tahan banyaknya, tapi prosedur membuatnya mudah sahaja. Kami tuliskan resepi kek belacan mudah yang dikongsikan oleh ‎Mas Cotek‎ di Fb di bawah ini. Selamat mencuba.

Resepi Kek Belacan

Bahan-bahan : 2 ketul butter Anchor, 10 biji telur, 3 sudu besar ovalatte, 2 cawan tepung hongkong, 1 ½ tin kecil susu, 1 ½ tin kecil seri kaya, 1 tin kecil nestle cream, ¾ cawan horlick, 2 sudu besar serbuk koko, ½ cawan browning sugar, 1 sudu teh esen vanilla.

Browning sugar/gula karamel :

1 ¼ cawan gula pasir, 2/3 cawan air panas, Panaskan gula hingga cair dan kepirangan. Masukkan air. Kacau sebati. Cara-cara :Pukul mentega, ovalatte dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji-sebiji. Masukkan susu, kaya, Horlicks, serbuk koko, esen vanilla, nestle cream dan browning sugar. Sebatikan. Masukkan tepung dan sebatikan lagi. Imej via fb. Kukus adunan selama 4 jam. Imej via Fb . Nota : Lebih sedap guna browning sugar yang khas untuk kek sarawak.

7 Resepi Kek Paling Banyak Share Dan Viral 2019

Nak masak kek? Tapi tak tahu resepi kek yang menarik? Jom cuba resepi kek yang viral di Fb ini. Mudah betul cara membuat kek bukan? Kalau agak-agak teringin, cubalah buat sendiri di rumah. Bahan yang digunakan tak banyak, langkahnya juga cukup ringkas.

Kalau beli satu potong kek sampai 10 ringgit. Apalagi kalau kek mahal boleh habis setengah duit gaji konon. Jika keluarga anda, teringin makan kek, baik anda buat sendiri di rumah. Boleh buat sesuai selera, juga lebih berbaloi anak-anak boleh makan sepuasnya.

Selagi ada mood masak kek, cuba saja buat sebelum mood itu hilang. Seperti 7 resepi kek yang kami sediakan untuk anda ini. Resepi kek yang mendapat perkongsian sangat ramai di Fb ini sangat sayang sekali jika anda lewatkan. Pelbagai macam resepi kek kami adakan untuk anda.

Daripada kek yang sederhana sehingga kek yang mewah sedap dan cantik tentunya. Selepas ini, anda tak perlu bersusah-payah beli di kedai lagi. Siapa yang sudah mencuba sendiri di rumah dengan resepi ini, bolehlah kongsikan hasilnya kepada rakan-rakan lain. Semoga bermanfaat kepada semua pembaca di luar sana.

Resepi Kek Pisang Lazat Memikat

Kek pisang ini sangat simple, kurang manis dan pisang terasa 100%. Sesuai sangat untuk minum petang layan kopi atau teh O. Sebagaimana resepi kek pisang hasil perkongsian Noor Hamizah Ngatiman‎ di Fb ini. Adapun beberapa tips untuk dapat kek pisang yang gebu dan lembut ialah : Gunakan 100% minyak jagung. Hanya gunakan pisang berangan untuk dapatkan bau yang wangi.

Pisang yang dilecek biarkan seketika 10-15 minit sebelum dimixer. Ini untuk dapatkan warna kek yang lebih gelap dan menampakkan jalur-jalur pada kek nanti. Bakar hingga garing bahagian atas dan tepi kek. Lagi sedap. Kek Pisang yang cantik ialah apabila masak ia sedikit pecah atau merekah dibahagian atasnya.

Bahan-bahan :

1 1/2 cawan tepung gandum, 1/2 sk soda bikarbonat, 1 sudu kecil baking powder, 4-5 biji pisang berangan, 1 cawan minyak jagung mazola, 3/4 cawan gula halus, 2 biji telur gred B, Sedikit esen vanilla

Cara Membuat :

Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. Pisang dilecek lembut. Mixer minyak mazola, gula halus, telur dan esen vanilla hingga kembang/putih. Jika sudah kembang, masukkan pisang tadi. Gaul rata. Kaup balik tepung. Sudah siap, seterusnya alas loyang kertas. Gris tepi loyang. Bakar selama 30 minit suhu 170’C. Bahagian atas gelap turunkan suhu 150’C. Bakar 10 minit lagi hingga masak.

Resepi Kek Marjerin Pelangi

Jika anak anda request teringin makan kek kuning-kuning saja tak mau belang-belang, tak mau corak-corak. Cuba hidangkan kek marjerin pelangi saja. Habis itu darimana datang nama pelangi nya? Apapun jom tengok saja resepi kek marjerin pelangi daripada Jue Shahir‎ di Fb. Lembut dan sedap.

Bahan-bahan :

1 cawan gula halus, 1 cawan marjerin pelangi, 1 cawan tepung gandum, 1 sudu kecil baking powder, 3 biji telur, 1 sudu kecil esen vanilla. Cara Membuat :Pukul gula dengan marjerin sehingga jadi putih dan sebati. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul bagi rata kemudian masukkan tepung, esen vanilla dan baking powder. Pukul sampai sebati kemudian masukkan dalam loyang. Bakar suhu 160°C selama 35 minit (ikut oven masing-masing).

Resepi Kek Marble Sponge

Kek yang tak lapuk dek zaman. Tempahan kek ini dapat tempat No 1 di hati orang ramai. Sesuai namanya ‘sponge’ kek ini rasanya juga lebih ringan dan lembut. Boleh buat menu minum petang. Jom tengok resepi perkongsian daripada ‎Nurul Aidiha‎ di Fb.

Bahan-bahan :

3/4 cawan tepung gandum , 1 1/2 sudu teh baking powder, 1/3 cawan susu tepung(apa2 brand), 1/2 cawan gula kastor, 1/4 cawan susu cair/susu segar, 3 biji telur gred A, 1 sudu besar membukit ovalete, 1 sudu teh esen vanilla, 3 sudu besar minyak jagung/minyak masak, 1 sudu besar serbuk koko

Cara-cara :

Satukan dan ayak bahan bertanda, Panaskan oven dengan suhu 160’C selama 10 minit. Satukan semua bahan kecuali minyak jagung/minyak masak dan serbuk koko, Mix kan sampai gebu dan bertanduk. (Bila adunan diangkat ke atas, adunan tak jatuh)

Masukkan minyak jagung/minyak masak. Kacau sebati guna spatula sahaja. Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian letak serbuk koko. Kacau sebati guna spatula atau sudu. Satu adunan lagi biarkan dengan warna asal. Kalau nak letak pewarna pun boleh. Terpulang kreativiti masing-masing.

Masukkan adunan dalam loyang saiz 8 inci secara berselang seling sehingga habis. Boleh juga putarkan di atas permukaan adunan dengan lidi perlahan-lahan. Lapik loyang dengan kertas minyak terlebih dahulu. Bakar dalam oven dengan suhu 160’C selama 35-42 minit bergantung suhu oven masing.

Lepas siap bakar, terus keluarkan dan terbalikkan di atas redai selama 5 minit. Tunggu sejuk sedikit, boleh lah keluarkan kek dari loyang. Sedia untuk di makan. (Tips nak rasa coklat yang sedap. Letak 1/2 sudu kecil capuccino paste/flavor. Tak letak pun tak apa. Ikut selera memasing).

Sumber : Bidadari

Author: fafa