Restoran mamak drive thru untuk kaki ponteng puasa. Elakkan diri daripada jejak tempat begini

Salah seorang pekerja restoran dilihat sedang membawa bungkusan plastik merah dipercayai berisi makanan untuk dihantar kepada planggan yang menanti di dalam kenderaan. MELAKA – Sebuah restoran mamak di negeri ini dikesan meraih keuntungan pada bulan Ramadan dengan

membekalkan makanan kepada kaki ponteng puasa dengan cara ‘drive thru’ pada siang hari. Individu yang memesan makanan hanya perlu menggunakan isyarat tangan dan berada di kenderaan masing-masing di sekitar restoran tersebut yang terletak di Peringgit Jaya,

di sini tanpa perlu turun dan mereka akan menerima layanan istimewa. Menerusi tinjauan Sinar Harian yang dilakukan dengan jarak kira-kira 30 meter dari restoran terbabit mendapati, tiada seorang pelanggan pun di dalam restoran itu tetapi kira-kira lima kakitangan pula sedang sibuk

menjalankan aktiviti membungkus makanan. Makanan yang dibungkus kemudiannya dihantar kepada pelanggan yang setia menunggu di luar persekitaran restoran terbabit. Ketika jam menunjukkan 11 pagi, beberapa individu bermotosikal dilihat berlegar dan berhenti di tepi restoran

terbabit dan kakitangan restoran akan mengambil tempahan dari jarak jauh malah ada juga yang tanpa rasa bersalah menghampiri pelanggan. Tiada seorang pelanggan pun di dalam restoran itu tetapi kira-kira lima kakitangan sedang sibuk menjalankan aktiviti membungkus makanan.

Tidak ketinggalan pelanggan yang menggunakan kereta dan lori, mereka hanya perlu bergerak perlahan melintasi restoran terbabit, dan kakitangan restoran itu akan menunjukkan arah tempat letak kereta, sebelum pergi mendapatkan tempahan.

Setelah tempahan siap, kakitangan restoran terbabit masing-masing akan menghantar pesanan yang diambil, berjalan kaki dengan membawa bungkusan plastik merah berisi nasi dan lauk-pauk. Sepanjang tinjauan yang dilakukan bermula jam 10.30 pagi itu,

keadaan di restoran terbabit tidak ubah bagaikan orang ramai membeli juadah di bazar Ramadan apabila pekerja restoran sibuk keluar masuk dengan membawa bungkusan makanan. Namun, anehnya keadaan itu di pagi hari. Individu yang memesan makanan hanya perlu menggunakan

isyarat tangan dan berada di kenderaan masing-masing. Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Rahimin Bani ketika dihubungi berkata, pihaknya kesal dengan sikap pengusaha restoran terbabit yang tidak menghormati

bulan Ramadan. Menurutnya, dengan pendedahan ini, ia sebagai teknik terbaharu yang dikenal pasti sebagai cara pengusaha restoran memberikan kemudahan membekalkan makanan kepada kaki ponteng puasa di siang hari sepanjang bulan Ramadan. “JAIM memandang serius perkara ini dan dengan beberapa bukti yang ada termasuk rakaman

gambar dan visual, pihak kami akan menyerahkan notis supaya pemilik premis hadir ke pejabat JAIM bagi membantu siasatan. “Kami juga akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa dengan menugaskan pegawai penguatkuasa yang akan memantau lokasi premis berkenaan,” katanya.

Kenal pasti ‘port’ ponteng puasa

JABATAN Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) mengenal pasti sekurang-kurangnya 20 lokasi panas kaki ponteng puasa. Penolong Pengarah Kanan Operasi Bahagian Penguat Kuasa JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, lokasi berkenaan membabitkan restoran,

warung tepi jalan dan gerai di kawasan kilang serta pusat snuker di seluruh negeri ini. “Kita melakukan pemantauan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dalam usaha membanteras individu tidak berpuasa dan makan secara terbuka.

“Seramai 30 pegawai dan anggota ditugaskan memantau kegiatan itu. Setakat ini, seorang lelaki tidak berpuasa dan makan di tempat terbuka dan seorang peniaga diambil tindakan,” katanya hari ini. Selain itu, Ahmad Zaki berkata, pihaknya turut mengesan dan memantau satu lokasi di

Port Dickson yang menjadi tumpuan geng plastik hitam membeli minuman dan makanan pada siang hari. “Memang kita menghadapi kesukaran mengambil tindakan terhadap geng plastik hitam ini kerana individu membeli makanan tidak boleh disabitkan dengan kesalahan tidak berpuasa kecuali jika mereka makan di restoran atau tempat terbuka,” katanya.

Katanya, individu yang ditahan tidak berpuasa boleh disabitkan mengikut Seksyen 114 (2) Enakmen Jenyh Syariah Negeri Sembilan 1992 yang memperuntukkan hukuman denda RM500 atau tiga bulan ditahan di pintu pagar besi, manakala Seksyen 114 (1) enakmen sama dikenakan kepada peniaga bersubahat.

PUASA pada bulan Ramadan merupakan salah satu daripada lima rukun Islam yang diwajibkan kepada seluruh umat Nabi Muhamad. Takrif puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula terbit fajar

sehingga terbenam matahari berserta niat. Justeru, mereka yang tinggalkannya dengan sengaja atau mempersendakannya akan mendapat siksaan yang pedih di akhirat kelak. Bagaimanapun, masih terdapat segelintir umat Islam yang ingkar dan secara terang-terangan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(b) Enakmen Kesalahan Jenyh Syariah 1997.

Mereka dengan tanpa rasa bersalah sewenang-wenangnya makan, minum, menghisap rokok atau seumpamanya secara terbuka atau di tempat awam pada waktu berpuasa di bulan Ramadan. Hal ini telah menimbulkan kemarahan umat Islam kerana golongan ini dikatakan memberi gambaran yang kurang baik kepada bukan Muslim.

Amanah

Pendakwah Da’i Luqman atau nama sebenarnya, Luqmanul Hakim Joohari berkata, tindakan segelintir umat Islam yang tidak berpuasa sama ada secara sembunyi mahupun terang-terangan dianggap mengkhianati tanggungjawab Allah yang telah diamanahkan kepada mereka.

“Apabila seseorang yang mengaku muslim tinggalkan berpuasa dengan sengaja tanpa alasan yang kukuh maka dia telah kufur. “Orang yang tidak berpuasa kerana malas atau lalai dengan tetap meyakini hukum wajibnya maka ia telah melakukan dosa besar dan kebinasaan kerana tidak

melaksanakan salah satu rukun Islam dan kewajipan yang penting sebagai orang Islam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini. Da’i Luqman berkata, seseorang yang lemah imannya mudah tunduk dengan tuntutan hawa nafsu sehingga dirinya ingkar dengan perintah Allah.

“Golongan ini tidak takut kepada Allah kerana sudah terbiasa tidak melakukan ibadah wajib yang lain seperti solat. “Kehidupan yang dikelilingi ahli keluarga dan rakan-rakan yang tidak berpuasa juga mendorong mereka untuk turut melakukan hal yang sama,” katanya.

Justeru, mereka yang tidak berpuasa dengan sengaja perlu bertaubat dan berusaha melawan hawa nafsu. Setiap kali terasa lapar atau dahaga, kurangkan berkomunikasi sebaliknya perbanyakkan aktiviti yang bermanfaat seperti membaca al-Quran dan menunaikan solat sunat.

“Mereka juga sepatutnya bijak merancang aktiviti seharian supaya sibuk dan tidak sempat untuk memikirkan soal makan,” katanya. Sementara itu, Pencetus Ummah (PU) musim ketiga, Mohd. Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau mesra disapa PU Amin berkata, mereka yang sengaja tinggalkan puasa akan menerima hukuman yang amat berat bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat. Menurut PU Amin, tindakan berkenaan memberi kesan secara tidak langsung kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling.

Implikasi

“Setiap kewajipan yang diperintahkan Allah adalah untuk memuliakan diri kita sendiri tetapi sekiranya ingkar ia akan membuatkan hati menjadi gelap dan menyumbang kepada kehidupan yang tidak harmoni. “Selain itu, mereka tidak akan mendapat keistimewaan seperti yang dijanjikan Allah

kepada orang yang berpuasa dan itu adalah kerugian yang paling besar,” ujarnya. Malah, PU Amin memberitahu, ia turut memberi kesan kepada kesihatan seseorang apabila tubuh badan tidak dapat melakukan proses pembersihan kotoran.

“Sebenarnya puasa merangsang beberapa perubahan yang melibatkan metabolisme badan dan perubahan ini membantu ke arah pembersihan toksin dan pembaikan dalam badan. “Namun begitu, mereka yang tidak berpuasa akan menyebabkan organ-organ dalam badan tidak dapat

berehat dan menjadi faktor wujudnya pelbagai penyakit,” ujarnya. PU Amin berkata, budaya tidak berpuasa yang semakin menjadi-jadi merosakkan masyarakat itu sendiri. Jelasnya, masyarakat sekeliling mengetahui wujudnya sesetengah pihak yang tidak berpuasa di sekeliling

mereka tetapi takut untuk menegur dan mengambil sikap berdiam diri. Oleh itu PU Amin berkata, apabila wujudnya sikap sebegini menyebabkan komuniti masyarakat itu akan terus berpecah belah. Dalam pada itu PU Amin menasihatkan umat Islam mengambil tanggungjawab untuk

menegur sesama sendiri sekiranya ada dalam kalangan mereka yang sengaja enggan berpuasa. Hal ini menurutnya agama bukanlah hak individu perseorangan tetapi perlu dilaksanakan secara bersama kerana setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab.

Author: fafa