Rita Rudaini sudah mula rasa anak makin jauh dengannya

Pelakon Rita Rudaini runsing memikirkan sikap anak lelakinya yang dilihat semakin mahu menjauhkan diri daripadanya. Paling ketara, apabila anaknya itu tidak mahu berkongsi apa yang berlaku ketika pulang dari sekolah dalam keadaan lukaluka ringan.

Sebaliknya, anaknya itu lebih selesa untuk merahsiakan apa yang berlaku serta memerap di dalam bilik. Namun, jangan salah faham kerana itu semua berlaku dalam drama terbaharu Geng Mak Mak apabila Rita membawakan watak sebagai Kak D iaitu ibu kepada anak yang berusia 17 tahun.

Kak D berkongsi masalah yang dihadapinya bersama kawan-kawannya dan mereka semua memberikan idea untuk membantu. Namun hampir kesemua idea mereka tidak menjadi sehinggalah satu perkara berlaku dan ia memberikan kesedaran kepada Kak D dan anaknya yang bernama Aman.

Berjaya atau tidak Kak D untuk memahami jiawa remaja anaknya? Saksikan Geng Mak Mak di www.gengmakmak.com.my serta turut akan ditayangkan di Astro Ria bermula 16 April setiap hari Selasa, Khamis dan Ahad jam 6.30 petang dan 11.30 malam.

Geng Mak Mak turut dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Sazzy Falak, Elvina Mohamad, Nad Zainal dan Fatin Afeefa. “Up Status Ni Dak-Dak Wechat Je Main, Nak Tunjuk Satu Dunia Tak Salah” – Rita Rudaini Tujukan Dekat Siapa Tu?

Pelakon Rita Rudaini mengakui kesal dengan sesetengah pihak yang mengunakan media sosial untuk meluahkan perasaan mereka. Menerusi entri di Instagram (IG), Rita menjelaskan perbuatan tersebut tidak akan dapat menyelesaikan sebarang masalah.

“Kalau tak puas hati dengan orang mesti nak UP status kan. Tak faham jenis macam ni. “Status tak boleh tolong apa-apa pun. Tak boleh selesaikan masalah pun. Orang yang benar dan berani takkan up status. “Jumpa depan dan sudahkan. Kalau kata ‘lebih baik diam’.

Diam jelah tak payah up status ke apa ke kan? “Nak up status tapi kena batang hidung sendiri. Up status ni dak-dak wechat je main, nak tunjuk satu dunia tak salah,” tulisnya. Rata-rata berharap agar Rita dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya dengan baik. Namun Rita tidak mendedahkan status itu ditujukan kepada siapa dan punca sebenar dia memuat naik status tersebut di media sosial.

Sumber : Gempak

Author: fafa