Rosyam Nor akui malas buat filem tak laku, bisnes pasar raya lebih untung

Menurut Rosyam, dia juga lebih berminat menumpukan perniagaan pasar raya ST Rosyam Mart yang viral tahun lalu sehingga dirinya dikecam sebagai ‘barua’. Tidak mahu mengambil risiko yang tidak menguntungkan, pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor tidak berminat untuk menerbitkan sebarang filem di bawah syarikat miliknya, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd buat masa sekarang.

Rosyam memberitahu rezeki dan tuah perniagaannya bukan dalam dunia perfileman justeru memilih untuk memberi tumpuan menghasilkan drama serta bisnes peruncitan. “Ramai tanya, tak nak buat filem ke? Saya memang tak ada rancangan nak buat filem sebab saya tak ada luck buat filem, tak laku… lagipun buat filem kena lebih fokus dan ambil masa lama.

“Jadi lebih baik saya fokus hasilkan drama dan perniagaan peruncitan. Sebab tu malas nak buat filem, kita buat yang mana menguntungkan sahaja. “Lakonan saya masih teruskan dan jika ada tawaran sesuai saya pasti tak menolak. Insyaallah tak lama lagi filem lakonan saya motif dan j revolusi 2 akan menemui penonton,” jelas rosyam kepada mstar.

Disebabkan kecaman yang mengaitkan dengan isu hangat itu, Rosyam malu berhadapan dengan rakan kongsi iaitu Sri Ternak Group Sdn Bhd semasa isu terbabit kerap diperkatakan peminat tahun lepas. Bercakap mengenai perniagaan ST Rosyam Mart, pelakon filem KL Gangster 2 ini memberitahu pasar raya itu menerima sambutan hebat pelanggan sejak ia tular tahun lalu. “Lepas viral dengan macam macam tuduhan, mengaitkan saya dengan pelbagai fitnah dan isu. Saya fikirkan bisnes ini akan terganggu, tapi rupanya makin ramai orang datang” – Rosyam.

Sumber : Tehpanas

Seiiring dengan kemajuan negara kita, teknologi juga semakin canggih dari hari ke hari. Terdapat pelbagai jenis teknologi yang mana jika digunakan sebaik mungkin memberikan kelebihan dan kemudahan kepada kita lebih-lebih lagi dalam dunia perniagaan sekarang ini. Dalam duni perniagaan sekarang memang ramai yang menggunakan pelbagai kemudahan teknologi bagi membolehkan mereka membuat jualan dengan lebih mudah dan berkos rendah. Jom kita lihat apa lagi kelebihan berniaga secara online ni.

Sumber : monyet hijau

1. MODAL YANG RENDAH 

Berbanding membuka kedai fizikal yang memerlukan anda membayar ratusan atau ribuan ringgit untuk menyewa kedai, modal awal yang diperlukan untuk berniaga secara dalam talian jauh lebih murah. Keperluan asas yang diperlukan adalah capaian internet. Sekiranya anda ingin memasarkan produk, untuk peringkat awa boleh gunakan medium percuma seperti pemasaran melalui blog dan laman sosial. Boleh juga mulakan dengan mana-mana perniagaan menjadi sebagai ahli pengedar yang tidak memerlukan modal seperti dropship.

2. SEGMEN PASARAN LEBIH LUAS

Dengan capaian internet, anda boleh mendapat segmen pelanggan yang dijual. Sebagai contoh, walaupun permulaaan bisnes anda sebagai penjual produk kosmetik yang mulanya hanya spesifik kepada pengguna di satu kawasan sahaja tapi dengan adanya capaian internet dan teknologi seperti fb ataupun instagram membolehkan anda membuat pengiklanan di situ. Keadaan ini sekaligus dapat meluaskan pelanggan anda yang tidak hanya terhad kepada rakyat seluruh Malaysia sahaja malah mungkin juga pelanggan daripada antarabangsa.

3. KURANG RISIKO

Antara kerisauan peniaga yang membuka kedai fizikal adalah ketidakmampuan untuk mendapatkan keuntungan yang mencukupi untuk membayar sewa. Dengan meniaga secara online, anda tidak perlu menyewa kedai lagi. Untuk membuat pemasaran secara dalam talian, anda boleh membuat pemasaran dengan menggunakan cara berbayar seperti pengiklanan melalui Facebook Ads, Google Adwords atau beberapa medium lain. Medium pengiklanan ini juga fleksibel di mana ianya bergantung kepada modal dan kemampuan anda sahaja.

4. MASA YANG FLEKSIBEL

Sekiranya anda membuka kedai, selalunya anda terpaksa membuka kedai pada waktu pagi dan tutup pada lewat petang atau malam. Sekiranya andalah yang menjaga kedai tersebut, maka masa anda terikat dengan dengan waktu perniagaan anda. Berniaga secara online memberi anda masa yang fleksibel. Sebab itulah ianya menjadi pilihan bagi suri rumah yang ingin menjana pendapatan dengan menjual secara dalam talian. Sambil menjaga anak, sambil buat duit.

5. BEBAS BERADA DI MANA-MANA

Dengan berniaga secara online ini, di mana-mana anda pergi pun masih boleh menjalankan perniagaan.  Anda tidak perlu berada di sesuatu tempat dalam masa yang lama. Cukup dengan gajet yang bagus dan capaian internet, anda boleh menguruskan perniagaan anda di mana-mana anda berada!

Author: Iqbal