Ruhainies tampil dedahkan ada dikalangan artis yang mahu mencuba nasib ganggu kekasihnya. Tak sangka ini respon padu dari Ruhainies.

Sudah hampir tiga tahun menyulam cinta dengan jejaka yang dikenali sebagai Mr E, Ruhainies mengakui ada dugaan yang perlu dihadapi sama seperti pasangan bercinta yang lain. Malah, Ruhainies mendedahkan ada sahaja wanita yang cuba menganggu kekasihnya, malah ada juga dikalangan artis yang mahu mencuba nasib. Bagaimanapun, Ruhainies berkata dia tetap positif dan percaya pada takdir Allah.

“Buat saya lebih keliru, dalam kalangan artis pun ada yang mencuba nasib. Apabila jumpa depan mata, pijak semut pun tak ada apa. Belakang saya, mereka galak mencuba. Konsep saya mudah saja, kalau yakin boleh dapat, cubalah,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Ruhainies berkata dia tidak terburu-buru untuk berkahwin kerana ingin memberi laluan kepada kakaknya, Risteena untuk berumah tangga terlebih dahulu. “Saya nak tunggu kakak dulu dan kalau boleh tak mahu melangkah bendul. Namun, kalau ditakdirkan saya berkahwin dulu sebelum kakak, saya okey.

“Kekasih saya pun ada bercakap dengan saya, kalau boleh nak mempercepatkan supaya kami dapat hidup bersama. Bagaimanapun, seboleh mungkin saya nak bertunang dulu. Lagipun, saya masih muda,” katanya.

Sumber: Rotikaya

Teman lelaki Ruhainies suap nasi kandar dalam Ferrari, warganet naik menyampah manja tak bertempat

Posting yang dimuat naik Ruhainies pada 3 September lalu di akuan twitter miliknya @NurRuhainies. KETIKA hangat dilamun cinta, apa sahaja yang terdaya pasti akan dilakukan bagi menarik perhatian pasangan kekasih masing-masing. Begitu juga halnya dengan teman lelaki kepada pelakon

Ruhainies apabila sanggup membawa sepinggan nasi kandar masuk ke dalam kereta bagi memenuhi hasrat teman wanitanya itu yang enggan makan di dalam kedai. “Saya lapar tetapi tak nak makan kat kedai sebab saya selekeh. Akhirnya, dia memesan nasi kandar dan membawa masuk pinggan ke dalam kereta untuk suapkan saya.

“Oh tuhan, kadang-kadang dia sangat kelakar. Macam mana saya tidak jatuh cinta dengan lelaki ini,” kata pelakon kelahiran Pulau Pinang itu. Ruhainies atau nama sebenar Nur Ruhainies Farehah berkongsi momen berkenaan bersama sekeping gambar di Twitter.

Warganet dan Ruhainies berbalas komen di Twitter. Namun warganet tidak senang hati dengan cara pasangan itu menunjukkan rasa sayang antara satu sama lain kerana disifatkan terlalu berlebihan. “Jarang perempuan tak menyusahkan lelaki, tak fasal kena bawa nasi tu dalam kereta.

“Boleh je bungkuskan? Gedik tahap master ni,” tulis beberapa warganet. Selain kritikan yang mempertikaikan kewajaran membawa masuk pinggan ke dalam kereta, ada juga beberapa warganet yang melihat perkongsian Ruhainies itu dalam perspektif berbeza.

Ada antara mereka lebih tertarik dengan model kereta yang dipandu teman lelaki misteri Ruhainies itu. “Makan nasi kandar dalam Ferrari. Dia pakai (pandu) Ferrari tu, kau tak nampak ke? “Jarang tak sayang kalau dah pakai Ferrari,” sindir beberapa warganet lain.

Warganet juga tertarik dengan model kereta yang dipandu teman lelaki Ruhainies. Ruhainies nampak tidak duduk diam selepas menerima pelbagai kecaman kerana menyifatkan warganet sering mencemburui kebahagian yang cuba dikongsi.

“Ramainya yang bitter. Sakit hati sangat ke tu… Pertama, bersihkan hati anda. Kedua, lelaki yang bitter tu, anda layan teman wanita atau isteri anda macam mana? Nak tahu juga. “Ketiga, perempuan yang bitter, asalkan saya tak makan dengan teman lelaki anda.

Keempat, saya tak makan dalam kereta anda. Kelima, tak pernah buat kerja bukan bukan dengan pasangan anda ke?” tanya Ruhainies. Bukan itu sahaja, Ruhainies turut menempelak warganet yang mendakwa dia dan teman lelakinya berkelakuan seperti orang tidak berakal apabila membawa masuk pinggan nasi kandar ke dalam kereta.

“Jika anda sangat bodoh, tolong simpan sedikit. Jangan guna semua. Saya boleh makan di mana-mana sahaja saya mahu. “Tepi tasik ke, tepi laut ke, dalam kereta saya ke, dalam kereta dia ke. Asalkan saya tak makan dalam kereta anda. Tak pernah lagi lihat orang keracunan makanan jika makan dalam kereta,” kata Ruhainies.

Bagi membalas tindakan Ruhainies yang sering dilihat cepat melatah dengan kata-kata warganet , seorang pengguna Twitter tampil menyuarakan pendapatnya. “Warganet boleh cakap apa sahaja yang mereka mahu. Jadi, kalau anda bitter dengan semua  komen warganet , awak hanya perlu jauhkan diri anda daripada apa-apa media sosial. Hanya memberi pendapat. Maaf,” katanya.

Sumber mstar

Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Ruhainies

Nama penuhnya, Nur Ruhainies Farehah binti Zainul Ilyas. Kelahiran Kepala Batas, Pulau Pinang pada 27 Julai 1992. Berusia 27 tahun. Kediamannya di Kuala Lumpur. Anak kepada pasangan Zainul Ilyas Zainul Abidin (bapa) dan Che Bunga Salleh (ibu). Anak ketiga daripada lima beradik.

Adik kepada pelakon Risteena Munim. Bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Pengurusan Pelancongan. Merupakan pelakon dan model yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2014. Mula mendapat perhatian menerusi drama ‘Hello, Mr. Perfect!’ sebagai watak Alya Adriana dan Nurul Ain.

Antara lain, beliau pernah membintangi drama Si Montel, Menantu Ting Tong, Bagaikan Kelip-Kelip, Jejak Karmila, Menantu Bilal dan Cinta Lemon Madu. Juga telefilem Sopeah Jin, Karlisa, Pujaan Malaya, Bdah Motor, Luna Elvira, Cikgu Dina Pakai Prada, Jatuh Cinta Buta, Katakan Tidak Pada Cinta, Cik Misi, Oops Terlajak Nikah dan Mtlahnak.

Bakal muncul dalam filem Musyrik arahan sutradara Arjin Uppal. Fakta menarik mengenai Ruhainies wajahnya dikatakan mirip pelakon Nora Danish. Suka belajar memasak. Berkebolehan menyediakan juadah ayam masak merah, sup sayur, udang kunyit, sotong masak kunyit, sotong goreng tepung, nasi goreng dan banyak lagi.

Mengakui sukar menangis kecuali ketika menonton filem hindustan! Antara tabiat buruknya ialah cepat moody, cepat marah, merajuk walaupun tidak berlanjutan lama. Juga tidak suka orang yang bercakap kasar. Pantang jika lelaki tidak tahu menjaga kebersihan serta tidak berpakaian kemas.Juga bencikan lelaki yang tak setia terhadap teman wanitanya. Tidak pandai meluahkan kata-kata cinta terhadap yang tercinta, kecuali hanya mampu memberi isyarat dengan harapan si dia menyedarinya.

Teman lelaki ‘anak emak’ – Ruhainies

“ALHAMDULILLAH hubungan saya dengan bakal ibu mentua baik-baik saja dan tiada sebarang masalah,” kata pelakon Ruhainies yang mengakui teman lelakinya dikenali Mr E seorang ‘anak emak’. Kata Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 27, bercinta dengan lelaki yang akrab dengan ibu ada kelebihan dan kekurangan, namun dia beruntung kerana teman lelakinya itu memberikan kasih sayang sama rata.

“Tidak dinafikan kekasih seorang ‘anak emak’ dan saya okey saja. Saya tahu dia selalu keluar berdua dengan ibunya. “Bagi saya lelaki yang rapat dengan ibu dia perlu tahu tanggungjawab dan peranan. Dia perlu tahu apabila sudah berkahwin nanti keutamaan turut diberikan kepada isteri.

“Sepanjang kami berkawan hampir dua tahun ini, saya juga sering mengingatkan dia untuk membawa ibunya berjalan jika kami sering menghabiskan masa bersama,” katanya. Menurutnya, ibu Mr E tidak pernah mengongkong hubungan mereka sebaliknya sangat memahami.

“Ibunya tidak pernah menghalang Mr E yang sering pulang ke Malaysia untuk bertemu saya memandangkan dia mempunyai perniagaan di London.“Kadangkala ibunya juga selalu mengajak saya keluar berjalan dan meluangkan waktu bersama,” katanya.

Sementara itu, sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-27 pada 27 Julai ini, Ruhainies akhirnya mendedahkan nama kekasihnya. “Saya tidak boleh kongsikan nama penuhnya lagi. Cukup sekadar dikenali sebagai Mr E Johan.

Saya tidak mahu dedahkan nama penuhnya lagi kerana bimbang akan mengganggu privasinya. “Seboleh-bolehnya saya nak dia jalani kehidupan seperti insan biasa. Doakan semoga hubungan kami berkekalan dan dipercepatkan jodoh,” katanya yang belum menetapkan sebarang tarikh untuk berkahwin.

Author: pyka