Sangat beruntung kalau dapat pasangan ank kedua. Ketahuilah ank kedua ni lembut hati tapi dalam diam tersimpan ketegasan. Rupanya ini ciri yang ada pada mereka.

Sangat beruntung siapa yang memilih anak kedua sebagai pasangan hidup ini. Rata-rata anak kedua ini mempunyai keperibadian yang sangat baik dan juga penuh dengan kelembutan. Orang kata senang je nak jaga mereka ini, tak banyak ragam dan juga memeningkan kepala.

Anak kedua ini sering kali dikaitkan dengan kelembutan. Ya, mereka ini sangat lembut hati terhadap orang yang mereka sayangi. Bukan itu sahaja, mereka ini juga bijak jaga hati orang yang dia sayang. Aduh… mesti seorang yang sweet dan romantik anak kedua ini.

Ada orang mungkin tak nak pilih anak kedua atau ketiga tetapi inginkan anak pertama kerana dikatakan seorang yang mempunyai kepimpinan yang bagus. Setiap mereka ini mempunyai keunikan yang tersendiri sama seperti anak kedua ini.

Buat anda yang sedang bercinta dengan anak kedua ini tentu sangat menyenangkan dan begitu tenang hubungan anda bukan. Mana tidaknya mereka ini jenis cool sahaja, semua perkara dilakukan dalam tenang dan santai. Bahkan kalau ada masalah pun mudah sahaja nak diselesaikan, betul tak?

Buat mereka yang sedang hangat bercinta dengan anak kedua ini, jom kenali mereka ini lebih dekat. Apa yang membuatkan mereka ini lebih unik dari yang lain. Wow! Ramai yang tak tahu, anak kedua ini merupakan pendengar yang baik. Bukan sahaja dengar tetapi mempunyai respon yang baik dalam luahan hati anda. Haaa… mana nak cari pasangan macam ini, yang selalu mendengar luahan hati anda tanpa mengabaikan anda.

Paling bestnya mereka ini adalah seorang yang berfikiran terbuka. Jadi nak terima perkara-perkara baru bukan satu masalah buat mereka. Tapi kena juga dengan batasnya, bukan semua perkara mereka boleh terima. Kalau salah tetap salah, tapi kalau yang baik tentu sahaja mendapat sokongan yang baik darinya.

Sikap penyayangnya terhadap pasangan dan juga ahli keluarga sangat jelas. Mana tidaknya, jika sakit ataupun terlibat dalam masalah, mereka ini yang datang hulurkan bantuan. Sentiasa mudah bimbang dan pasti ingin menjaga orang yang disayangi dengan baik adalah keutamaan bagi dirinya.

Lebih menariknya, anak kedua ini lebih mudah untuk memahami seseorang. Mereka ini sentiasa cuba meletakkan perasaan yang sama seperti yang anda rasai. Mereka ini begitu mudah untuk dibawa bincang walaupun dalam hal-hal yang agak serius. Ini kerana, sikap bertolak ansur dan memahami begitu kuat dalam diri.

Paling seronok dan ramai yang suka adalah sikap mengalah dengan orang yang dia sayangi bukanlah satu perkara yang asing lagi dengan anak kedua ini. Nampak tak yang ego mereka ini tidak tinggi menggunung pun, tetapi ego mereka ini kalah dengan orang yang mereka sayangi.

Untung sangat dapat anak kedua sebagai pasangan hidup ini. Cuba kenali anak kedua ini, mereka ini penuh dengan kasih sayang dan kelembutan orangnya. Tidak kiralah dengan seseorang yang mereka kenal ataupun tidak. Untung sangat jika dapat pasangan sebegini.

7 sifat unik anak kedua yang tak ada pada adik beradik lain

Sifat anak kedua biasanya sangat berbeza dengan anak sulung atau anak bongsu. Anak sulung selalunya mendapat perhatian ibu bapa dan yang bongsu selalu dimanjakan. Kerana ini, anak kedua selalu rasa seperti diabaikan.

Catherina Salmon, seorang profesor psikologi di Universiti Redland, California Utara dan rakan sekerjanya telah menjalankan kajian terhadap sifat anak kedua selama lebih 20 tahun. Selepas meneliti ribuan kanak-kanak yang lahir sebagai anak kedua atau anak tengah, terdapat tujuh sifat anak kedua yang menonjol dan membuatkan mereka lebih unik berbanding anak sulung dan anak bongsu. Jom kita lihat apakah 7 sifat unik tersebut!

7 sifat anak kedua yang unik dan menonjol

1. Tidak terlalu bergantung kepada ibu bapa. Dalam kajian tahun 1998 yang melibatkan 400 orang pelajar, mereka disoal tentang siapa yang mereka akan minta pertolongan jika mereka memerlukan bantuan. Kebanyakan dari mereka akan menjawab kawan. Ini kerana, mereka kurang menghabiskan masa bersama ibu bapa mereka jika dibandingkan dengan anak sulung atau anak bongsu.

2. Sahabat yang baik. Anak kedua sudah biasa menghadapi pelbagai karakter orang. Ini disebabkan oleh interaksi mereka dengan adik-beradik mereka.

3. Kemahiran sosial yang baik Selain mudah bergaul, anak kedua juga sering berusaha untuk menjaga hubungan baik dengan orang sekelilingnya. Kerana ini, orang sekelilingnya sering rasa selesa berdekatan dengan mereka. Mereka juga memiliki kemahiran sosial yang lebih baik berbanding anak sulung atau bongsu.

4. Kuat menghadapi tekanan. Anak kedua biasa menghadapi jangkaan dari ibu bapa dan adik beradik. Mereka juga lebih berdikari dan boleh membela diri sendiri dalam pergaulan tanpa memerlukan bantuan keluarga.

5. Open minded dan suka mencuba sesuatu yang baru. Oleh sebab mempunyai adik beradik dan tak menjadi tumpuan harapan ibu bapa, anak kedua terpaksa berdikari sejak awal. Ini membuatkan mereka suka mencuba perkara baru dan berfikiran terbuka.

6. Memahami. Menurut Catherine Salmon, apabila anak kedua dewasa, mereka akan memahami kelebihan dari ibu bapa yang tak memberikannya perhatian yang berlebihan. Ini membuka ruang untuk mereka menjadi berdikari. Kaji selidik mendapati, anak kedua adalah antara orang yang paling bahagia dalam cinta jika dibandingkan dengan anak pertama atau anak bongsu kerana mereka menghargai kepentingan sesebuah hubungan.

7. Pandai berunding. Kerana dah dilatih untuk berunding oleh ibu bapa, anak kedua akan membesar menjadi orang yang pandai berunding. Kerana ini mereka sesuai bekerja sebagai diplomat, guru, ahli politik, pelakon, pengacara atau pekerja sosial. Keperibadian mereka yang mudah bergaul dan pandai menyesuaikan diri membuatkan mereka selalu berjaya dalam bidang yang menuntut mereka untuk berinteraksi dengan manusia.

Author: Editor