Sebak luahan kesedihan ibu ini kerana anaknya berusia 8 tahun hilang tanpa jejak.

Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi atau Zahir, 8, dilaporkan hilang sejak bulan lalu sehingga kini masih belum ditemui. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa dan juga ibu bapanya, namun tiada sebarang tanda-tanda yang boleh membantu mencari kanak-kanak itu. 

Bapanya, Mohd Fauzi, sudah menemui jalan buntu dan berharap jika benar anaknya diambil orang, pulangkanlah kembali. “Hari ke 27, tujuh ramadan. Ya Allah, jiwa aku hari-hari tidak tenang. Baran aku pun dah mula datang. Silap sedikit dah mula nak melenting. “Ya Allah, temukanlah anak aku.

Ya Allah, jika ada orang yang mengambilnya, gerakkanlah orang itu untuk pulangkan anak aku. Jika anak aku ghaib, nyatakanlah kembali,” tulisnya di laman fb semalam. Menurut Mohd Fauzi, dia telah cuba berubat secara kampung, bermacam andaian yang keluar. Malah ada yang kata anaknya berada berdekatan dengan rumah tetapi tidak diketahui lokasi sebenar. 

“Aku dah tak tahu nak buat macam mana. Berubat cara kampung, bermacam andaian yang keluar. Bermacam tuduhan yang aku kena yang kononnya menurun pun bila aku cerita kebenaran. Boleh pula tukar cerita lain. Pelik. “Kebanyakan yang kata cara perubatan kampung, anak aku ada

di kawasan berdekatan rumah sahaja tetapi tidak dapat diketahui lokasi sebenar. “Kejap orang bunian ambil, kejap orang lelaki, kejap orang perempuan, kejap cina, kejap indon, orang bangla pun ada. “Ya Allah, Kau kembalikanlah anak aku,” tulisnya. Doakanlah adik Zahir selamat dan kembali ke pangkuan keluarganya.

Sumber: Mohd Fauzi

Budak lelaki lapan tahun hilang selepas keluar rumah

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dipercayai hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Seri Dahlia, Bandar Seri Putra di sini petang semalam. Kanak-kanak itu dikenali sebagai Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, 8, dikatakan keluar dari rumahnya untuk bermain

kira-kira jam 8 pagi semalam. Bapa mangsa, Mohd Fauzi Abdul Ghaffar, 51, berkata, dia cuba mencari anaknya di sekitar kawasan perumahan, namun tidak jumpa. “Saya juga minta kawan-kawan dan saudara-mara tolong cari. Lepas tu saya buat laporan polis sekitar jam 12 malam semalam.

“Saya hanya nak anak saya ditemui semula,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian. Katanya, anak bongsu daripada lima beradik itu merupakan seorang yang patuh dan tidak pernah menimbulkan sebarang masalah. “Dia seorang anak yang baik, memang tak pernah buat sebarang masalah

kepada kami sekeluarga. “Saya tak minta apa-apa cuma harap sangat anak saya dapat ditemui semula, itu sahaja,” katanya. Sementara itu ibu mangsa, Sainih Sunding, 46, berkata, Muhammad Zahiruddin tidak pergi ke sekolah semalam dan keluar untuk bermain dengan rakan.

“Saya sedar dia hilang bila tak ada di tempat bermain dan sekitar rumah sewaktu saya pulang kerja,” katanya yang bekerja sebagai pencuci. Sainih berkata, jiran memaklumkannya yang Muhammad Zahiruddin telah ke kedai berhampiran pada waktu tengah hari dan kali terakhir dilihat

bermain dengan rakan di sekitar kawasan kejiranan itu. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diharap segera tampil di mana-mana balai polis berhampiran untuk beri keterangan tentang kanak-kanak yang hilang tersebut.

Sumber : Sinarharian

Author: fafa