Sebak melihat kesusahan lima beranak ini terpaksa tinggal di bangsal buruk.

Haida Abdullah bersama suami dan tiga anaknya menjadikan bangsal buruk sebagai tempat tinggal mereka lebih setahun lalu di Kampung Bukit Gajah, Jalan Kawasan Industri, Gua Musang, Kelantan. GUA MUSANG – Kesempitan hidup memaksa lima beranak menjadikan bangsal buruk di

Bukit Gajah, Jalan Kawasan Industri di sini, sebagai tempat berteduh daripada cuaca hujan dan panas lebih setahun lalu. Haida Abdullah, 32, dan suaminya, Auseng Ngoh, 35, terpaksa menjadikan bangsal daif beratap zink bocor, berdinding separuh zink yang ditutup bersama kain serta

kanvas dan berlantaikan papan kayu reput. Pasangan itu bersama anak mereka, Muhammad Hafiz Haikal, 12, Nur Asyikin, 11, dan Muhammad Syawal Fitri, 7, juga terpaksa menjalani hidup dalam keadaan serba kekurangan tanpa bekalan elektrik dan air.

Haida berkata, mereka sekeluarga terpaksa tinggal di bangsal usang yang dibina suaminya selepas tidak mampu tinggal di rumah sewa kerana pendapatan suami tidak menentu setiap bulan. Ujarnya, suami hanya mengambil upah menoreh getah dengan pendapatan sekitar RM500 sebulan.

“Kami mempunyai tiga anak yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Gua Musang (SKGM) berumur antara tujuh hingga 12 tahun dan pendapatan sekadar cukup untuk keperluan  dapur serta perbelanjaan anak sekolah. “Walaupun kehidupan kami miskin dan serba kekurangan,

tetapi kami mengutamakan pendidikan anak apabila menghantar mereka ke sekolah untuk menuntut ilmu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. Cerita Haida lagi, dia juga terpaksa memberi bekal nasi yang dimasak sendiri untuk tiga anaknya untuk dibawa ke sekolah kerana tidak mampu

menyediakan wang belanja setiap hari. Katanya, dia juga terpaksa bangun awal pagi untuk membawa tiga anak ke sungai untuk mandi kerana bangsalnya tidak mempunyai bilik air dan bekalan air. “Setiap malam kami juga mengajar tiga anak membaca dan menulis sambil diterangi lampu

suluh kecil kerana tidak mempunyai kemudahan bekalan elektrik. Lebih menyedihkan apabila hujan kerana terpaksa tidur dalam keadaan basah kerana atap bocor. “Sebelum ini kami pernah beberapa kali memohon bantuan rumah daripada kerajaan, namun tiada maklum balas.

Kami berharap pihak kerajaan membuat pertimbangan semula berhubung perkara itu,” katanya. Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Malayan Banking Berhad (Maybank) milik Haida bernombor 153047919139 atau hubunginya di talian 0109197154. K! ONLINE

Dalam Rezeki Kita, Ada Rezeki Orang Lain

Assalamualaikum & salam sejahtera. Terima kasih kepada IIUM Confession kerana sudi menyiarkan apa yang bakal saya share ni. ” Dalam rezeki kita terselit rezeki orang lain”. Pernah dengar tak ayat camni? Saya seorang anak perempuan berusia 28 tahun yang bekerja jauh daripada keluarga.

Bekerja di sebuah syarikat yang boleh dikatakan GAH jugak. Alhamdulillah. Menyewa dengan 2 orang lagi rakan serumah yang masih membujang macam saya. Salah seorang kawan saya sentiasa mengeluh ( kalau kami borak2 mesti dia akan terkeluar ayat macam ni) ”

untung la sapa yang kerja gaji besar, tak payah fikir masalah duit. Mesti boleh beli apa yang nak, dan buat macam2″. Bila saya dengar ayat macam ni saya terus senyum. Saya tak mahu membalas apa2 sebab takut dia terasa. Kalau nak dibandingkan gaji saya 3 kali ganda gaji dia.

Tapi saya tak pernah bercakap soal gaji. Tapi kat sini saya cuma nak cakap jangan anggap semua orang yang kerja gaji besar, semua gaji dapat kat dia dan dia boleh buat sesuka hati. Taklah… Saya share pengalaman sendiri, walaupun gaji saya hampir mencecah 4k setiap bulan

( kiranya da banyak la bagi orang yang tak kawin lagi macam saya), tapi banyak komitment yang ada. Rezeki tu dibahagi bahagikan. Sebulan kalau kira hanya berapa ratus je dapat kat saya. Tapi alhamdulillah duit sentiasa cukup. Tiap2 bulan bila dapat saja gaji benda pertama yang saya buat

bank in kat emak kat kampung dan asingkan siap2 perbelanjaan rumah emak kat kampung. Lepas tu tolak semua hutang2 yang ada contohnya umah sewa, bil2, kereta, ptptn, prudential, kutu. Lepas tu asingkan duit perbelanjaan untuk kucing peliharaan, duit sedekah bulan tu, duit simpan.

Last2 tinggal la duit untuk makan, minyak dan keperluan sendiri. Kadang2 duit tu tinggal ciput je dalam rm300 untuk sebulan untuk perbelanjaan sendiri. Tapi walaupun duit ciput saya tetap berusaha supaya duit cukup sampai ke gaji seterusnya. Bagaimana? kadang2 puasa, kadang2 ikat perut, jangan keluar ke tempat yang boleh menghabiskan duit seperti keluar gi mall & so on. See…

Dalam rezeki kita ada terselit rezeki orang lain. Gaji saya bukan untuk saya sorang saja, tapi untuk ramai orang jugak. Tapi takpela semua orang ada jalan hidup masing2. Terserah kepada kita untuk bersyukur atau merungut. Semoga rezeki yang kita dapat sentiasa diberkati dan sentiasa mencukupi. Inshaallah. Sekian perkongsian saya yang tak seberapa ni. Renung renungkanlah!

Author: fafa