Seorang lelaki sorokkan kucing dalam seluarnya namun kantoi apabila diperiksa imigresen

Empat ekor anak kucing hidup ditemui dalam seluar seorang lelaki Singapura ketika diperiksa penguatkuasa Imigresen dan Pemeriksaan (ICA). Dalam kejadian Rabu lalu, lelaki berusia 45 tahun itu berada dalam sebuah kereta dengan nombor pendaftaran Singapura di Pusat Pemeriksaan Tuas apabila pegawai bertugas terdengar bunyi mencurigakan dari dalam

seluar lelaki itu, menurut ICA dalam entri di Facebook pada Sabtu. Kes itu kemudiannya dirujuk ke Penguatkuasa Makanan Pertanian dan Veterinar Singapura (AVA). Dalam entri seterusnya, AVA memaklumkan kesemua anak kucing itu berada di bawah jagaan mereka dan siasatan sedang dijalankan

“Haiwan yang diseludup tidak diketahui status kesihatannya dan boleh membawa pelbagai penyakit berjangkit, seperti rabies,” kata AVA dalam entri itu. AVA turut menegaskan pengimportan mana-mana haiwan atau burung hidup ke Singapura tanpa lesen adalah haram dan boleh dikenakan denda maksimum sehingga S$10,000 (RM30,000) atau ditahan sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

Sumber: ASTRO AWANI

Bomba Garu Kepala Kerana Pelik Macam Mana Kucing Boleh Berada Bawa JEJAMBAT

ANAK kucing yang terperangkap di atas jejambat Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) setinggi sembilan meter di Taman Datuk Senu, Kuala Lumpur diselamatkan anggota bomba, Ahad lalu. Difahamkan, anak kucing berkenaan sudah tiga hari terperangkap di atas jejambat berkenaan dan

disedari seorang penduduk yang kemudian meminta bantuan bomba untuk menyelamatkannya. Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, Fadil Hesam Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1.05 tengah hari dan tiba di lokasi pada jam 1.19 tengah hari.

Katanya, sebaik sampai, pihaknya mengesan anak kucing yang terperangkap di atas jejambat setinggi sembilan meter. “Kedudukan anak kucing yang terperangkap itu memang agak tinggi dan kami terpaksa menggunakan tangga yang dipasang di atas jentera bomba bagi

menyelamatkannya.“Pasukan bomba berjaya menyelamatkan kucing berkenaan 20 minit kemudian selepas berjaya mengesan lokasi sebenar ia terperangkap,” katanya ketika dihubungi, semalam. Menurut Fadil, pihaknya berasa pelik bagaimana anak kucing

berkenaan boleh terperangkap di atas jejambat itu kerana tiada laluan untuk naik ke situ. Katanya, selepas diselamatkan anak kucing itu diserahkan kepada pemanggil berkenaan yang berminat untuk membelanya.

Sumber: HARIAN METRO

Walaupun Kucing Ini Tak Sempurna, Saya Tak Akan Jual Dia Kerana Sayang Padanya

“SAYA tidak akan jual walaupun ada yang letak harga tinggi. Tak sanggup rasanya nak jual,” kata Khairul Hizam Shaharuddin, 51 mengenai kucing betina peliharaannya, Kenet yang dilahirkan dengan saiz kepala lebih besar daripada badan.

Gambar Kenet tular selepas ia dimuat naik di Facebook (FB) oleh kumpulan komuniti kucing, Rabu lalu sehingga dikongsi lebih 4,000 pengguna FB. Ada yang mendakwa Kenet kucing Sin drom Down. Menceritakan kisah Kenet yang berusia tujuh bulan itu, Khairul berkata kucing itu dilahirkan pada

26 September tahun lalu. Menurut Khairul, Kenet dilahirkan bersama empat lagi kucing dan ketika itu saiz badan Kenet adalah paling kecil berbanding adik beradiknya yang lain. Menurutnya, beberapa minggu kemudian, ibu Kenet mula berkelakuan pelik apabila menjauhkan diri

daripada kucing terbabit. “Namun selepas diperiksa, kami mendapati saiz kepala Kenet kelihatan tidak seimbang. Kepalanya agak besar berbanding saiz badannya yang kecil. “Kami sekeluarga kemudian terus membawanya ke klinik haiwan di Sungai Buloh dan doktor kemudian memaklumkan

sebahagian kepala Kenet tidak mempunyai tempurung. Terdapat tiga bahagian di atas kepalanya yang tidak dilindungi dengan tempurung dan jika ditekan ia terasa agak lembik,” katanya. Menurutnya, selain itu, masalah ketiadaan tempurung itu juga menyebabkan sebahagian saraf di

badan Kenet turut bermasalah. “Masalah urat saraf pada Kenet menyebabkan kedua-dua kaki belakangnya tidak dapat bergerak secara normal. Oleh itu dakwaan Kenet kucing Sin drom Down yang perkatakan di laman sosial adalah tidak tepat,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut, Khairul berkata, doktor kemudian menyarankan supaya Kenet diberi susu khas sehingga usianya empat bulan. “Alhamdulillah selepas berikhtiar, kepala Kenet semakin normal. Namun kepalanya masih kelihatan besar jika dibandingkan dengan kucing normal lain yang mempunyai saiz badan yang sama,” katanya.

Menurutnya, tidak terlintas dalam fikirannya untuk menyerahkan kucing terbabit kepada individu lain, malah kasih sayangnya kepada Kenet semakin utuh. “Kalau jual lagilah saya tidak sanggup. Namun jika ada yang mahu melawat​ tiada masalah, rumah saya sentiasa terbuka untuk tetamu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kuang, Rawang, hari ini.

Sumber: HARIAN METRO

Author: fafa