Si comel ini meminta sedekah makanan kepada seluruh jiran2 kerana dibuang keluarganya sendiri.

Seekor kucing berwarna putih ditemui sedang berjalan di luar rumah kejiranan, kucing itu pada awalnya adalah milik bekas jirannya. Namun jirannya telah berpindah dan tinggalkan kucing itu sendirian. Kerana lapar dan tak tahu cari makanan kucing ini telah berjalan di kawasan kejiranan dan cuba menyapa jirannya yang tinggal disekeliling untuk mendapatkan makanan.

Jiran yang tinggal di sekeliling rumah agak terkejut apabila mendapati kucing itu berdiri dihadapan rumahnya serta tak berganjak. Namun, tersentuh apabila melihat kucing itu bersendirian setelah dibuang oleh keluarga lamanya. Pemilik kucing ini telah menjual rumahnya dan berpindah ke tempat lain,

Tinggalkan kucing bernama Ragdoll itu sendirian. Ragdoll mula berjalan merewang di jalanan, pergi rumah ke rumah untuk meminta perlindungan  dan makanan namun nasibnya tidak berapa baik sehingga lah dia bertemu dengan seorang wanita berhati mulia yang tak sanggup melihat dia hidup bersendirian di jalanan.

Dia telah hidup bersendirian di luar semenjak dibuang. Kehidupan di virginia ini agak sukar sebenarnya untuk seekor kucing kerana cuaca yang tersangat sejuk terutama ketika musim sejuk. Suami wanita ini alergi dengan kucing, dia terpaksa menyimpan ragdoll kedalam garage sebagai rumah sementaranya. Walaupun begitu dia disediakan dengan katil, lampu pemanas, air dan makanan.

Ragdoll menjadi tersangat manja dengan wanita itu. Melihat pada wajahnya dia sangat gembira dengan kehidupannya kini, dia sangat suka tinggal di dalam rumah yang berbumbung dan lantai yang hangat berbanding hidup di jalanan yang sejuk tanpa bumbung.

Pemilik Tinggalkan Kucing Di Rumah Dan Lari Ke Singapura

“KAMI sekeluarga terpaksa bertekaak dengan pasangan terbabit kerana keadaan sekitar rumah berbau busuk dengan bulu dan najis haiwan yang tidak dicuci,” kata jiran rumah yang menemukan lapan kucing yang tidak bernyawa di Bandar Mahkota Cheras, Kuala Lumpur, 25 Mac lalu.

Menurut Nagajothi Subramaniam, 50, rumah itu disewa lelaki dan wanita pada Disember tahun lalu dengan menjadikan kediaman itu sebagai pusat jagaan kucing serta anjing sejak Januari lalu. Katanya, pasangan terbabit memaklumkan sudah mendapat izin daripada pemilik rumah untuk

menjadikannya sebagai pusat jagaan haiwan. “Beberapa hari sebelum perayaan Tahun Baru Cina, rumah itu dikunjungi ramai orang yang menghantar kucing serta anjing mereka hingga kediaman itu dipenuhi kira-kira 30 anjing yang diletakkan di tingkat bawah,

manakala kucing pula diletakkan di tingkat atas. “Jumlah anjing yang begitu banyak menyebabkan keadaan bising dengan bunyi salakan. Selain itu, sekitar rumah juga berbau busuk kerana najis tidak dicuci serta bulu haiwan berkenaan bersepah.

“Keadaan kotor itu menyebabkan saya dan anak-anak pernah bertekak dengan pasangan terbabit, namun tidak diendahkan mereka,” katanya ketika ditemui, di rumahnya di Bandar Mahkota Cheras, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu,

sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn terpaksa memotong mangga pagar dan pintu utama rumah berkenaan yang didapati tiada penghuni. Pemeriksaan di dalam rumah berkenaan menemui lapan kucing tidak bernyawa dan tiga lagi

kucing masih hidup, namun dalam keadaan lemah sebelum diberi makan dan minum oleh anggota bertugas. Nagajothi berkata, seminggu selepas perayaan Tahun Baru Cina, jumlah haiwan di rumah terbabit berkurangan selepas diambil pemilik masing-masing.

“Pada hujung Februari lalu, saya menyedari rumah itu kosong dan berkunci. Difahamkan pasangan terbabit sudah keluar dari rumah terbabit kononnya untuk mencari pekerjaan lain di luar negara. “Selepas rumah itu kosong, saya ada mendengar bunyi kucing di dalam rumah terbabit,

namun tidak mengesyaki apa-apa yang buruk. Bagaimanapun, anak lelaki saya berusia 27 tahun memaklumkan terhidu bau busuk dari rumah berkenaan sebelum menghubungi pihak polis pada 25 Mac lalu untuk tindakan lanjut,”

katanya yang juga suri rumah. Katanya, dia tidak menyangka pasangan terbabit tergamak tinggalkan kucing itu tanpa sebarang penjaga selain tidak diberikan makanan dan minuman hingga menyebabkan ia tersiksa dan merana akibat kelaparan.

“Sekiranya benar mereka mahu ke luar negara atas urusan kerja, pasangan itu sepatutnya menyerahkan semula kucing terbabit kepada pemilik atau memastikan ada individu yang menjaganya sepanjang tempoh tiada di rumah,” katanya.

Sumber: HARIAN METRO

Lelaki Ini Beli Kucing RM 8 Ribu Lalu Biakkan Dan Jual

SEBENARNYA selain pekerjaan yang memberikan pendapatan tetap, banyak lagi kerja sambilan di rumah yang boleh menjana duit. Contohnya, sebagai penterjemah, menjahit pakaian, mengeluarkan produk makanan, membuat produk penjagaan diri berasaskan bahan-bahan semula jadi dan membuat aksesori.

Pekerjaan sambilan yang dilakukan sebagai hobi ini juga menjanjikan pulangan lumayan dan boleh digunakan bagi membayar bil bulanan. Beruntunglah bagi mereka yang memiliki kemahiran atau kepandaian yang boleh digunakan bagi mencari pendapatan. Pokok pangkalnya rajin dan jangan berputus asa.

Mungkin apa yang dilakukan oleh Azrul Izwan Ibrahim, 29, ini agak berbeza dan tidak ramai yang melakukannya, namun melalui hobi ini dia dapat mengembangkan lagi perniagaannya yang lain. Menurut anak bongsu daripada lima beradik ini,

minat untuk menyayangi kucing telah dipupuk oleh kakaknya yang membela beberapa ekor kucing. Azrul yang ketika itu baru berumur sembilan tahun, terikut-ikut membela seekor kucing jalanan berwarna putih yang sengaja dibiarkan bebas di luar rumah.

Suatu hari kucing tersebut telah pergi kerana keracunan dan dia cukup sedih dengan kejadian itu. Semasa melanjutkan pengajian ke universiti, sekali lagi dia bertemu dengan seorang rakan yang juga berminat dengan kucing. Rakannya itu telah memperkenal tentang baka-baka kucing dunia.

“Saya sangat meminati kucing pedigri British Short Hair kerana karekter, jenis dan bulunya. Kucing jenis ini berasal dari England dan merupakan kucing jalanan. “Mengikut sejarah yang saya baca, kucing ini sudah wujud sejak zaman Fira un dan kemudiannya telah dibawa ke England.

Ia merupakan salah satu kucing yang paling cerdik di dunia dan Fira un memeliharanya bagi menangkap tikus. “Bulunya padat dan tebal, merupakan antara kucing kedua terbesar di dunia. Ia dikategorikan dalam kucing baka besar yang tegap dan kompak.

“Mulanya saya beli seekor sahaja daripada seorang pembiak kucing kerana niat asal hanya nak jadikan haiwan peliharaan. “Bagaimanapun, saya jadi terlalu obses dengan kucing jenis ini sehingga sanggup terbang ke Paris dan London bagi mencari lagi,” kata anak muda lulusan Ijazah Sarjana Muda

Rekaan Grafik dan Multimedia dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor ini. Oleh kerana minatnya terhadap kucing British Short Hair ini semakin mendalam, anak kelahiran Jitra, Kedah, ini banyak membuat kajian dan sanggup mengimport seekor kucing jantan dari

Jerman pada harga Euro 1,800 (RM8,560) kerana dia sudah pun mempunyai seekor kucing betina. Ketika itu, dia tidak pernah terfikir hendak ‘mengahwinkan’ kucing-kucing tersebut bagi mendapatkan anak dan kemudian dijual.

Dia, yang kebetulan mempunyai hobi mengambil gambar, telah memuat naik gambar kucing-kucing ke Fb. Ramai kawan dan peminat kucing bertanya serta menyuarakan untuk membeli anak-anak kucing tersebut. “Waktu itu, saya masih bimbang untuk menjualnya.

Saya kemudian menyertai Kelab Kucing Malaysia dan dilatih bagaimana hendak membiak kucing. Daripada kucing yang saya kahwinkan, saya mendapat empat ekor anak kucing. “Saya siarkan di Fb dan mencari bakal pemilik anak kucing ini yang benar-benar mampu menjaga.

“Seekor berharga RM5,000 dan saya jual dua ekor. Daripada duit tersebut, saya beli lagi seekor supaya dapat dikahwinkan dengan kucing lain. Sehingga kini, saya sudah menjual sebanyak 12 ekor kucing British Short Hair dan sudah memperoleh sebanyak RM60,000.

“Di rumah pula, saya memiliki sebanyak 18 ekor kucing,” katanya yang berkongsi menjaga dan membiakkan kucing bersama rakan, Dr. Mohd Safwan Che Jamil, 30. Melalui pendapatan daripada hobinya itu, Azrul memulakan perniagaan lain seperti kosmetik dan berkongsi bisnes butik

pakaian Cindai bersama kakaknya. Namun, sekarang dia sudah memperlahan hobinya itu dan sangat berhati-hati dengan pembeli kucing, kerana tidak mahu haiwan tersebut dianiaya. Marah sikap manusia aniaya kucing. Baru-baru ini tular mengenai tiga lelaki yang siksa seekor kucing bunting dengan memasukkan haiwan tersebut ke dalam mesin

pengering pakaian. Azrul berpendapat, perbuatan itu sungguh tidak berperikemanusiaan, tidak waras, kejam dan pelakunya harus dihukum berat. Dia juga, pernah memarahi kanak-kanak yang menyepak kucing semasa makan bersama keluarga di warung.

Dia juga pernah melihat video pengan iayaan kucing yang sangat mengerikan. Jika anda berminat hendak membeli kucing British Short Hair Azrul yang comel-comel anda boleh melayari Facebook Malaya Marquess Cattery.

Sumber: Utusan

Author: fafa