Siti Sarah bersyukur, ank dapat top 2 pertandingan hafazan. Ramai puji cara pasangan ini mendidik ank.

Anak merupakan satu anugerah yang besar dikurniakan oleh Tuhan kepada pasangan suami isteri yang telah berkahwin. Semua ibu idamkan anaknya jadi manusia yang bijak pandai. Tentu sahaja ada amalan yang kita mesti buat dalam usaha mendidik anak menjadi anak yang bijak.

Selain memberikan rangsangan positif, menyediakan peralatan belajar yang terbaik dan memberi anak makanan berkhasiat yang baik untuk otak, ibu ayah juga mesti sentiasa berdoa kepada Tuhan untuk membantu usaha mendidik anak yang bijak. Ada pelbagai doa yang boleh kita amalkan tapi tak salah kalau kita ikut amalan doa yang sudah sekian lama dipraktiskan oleh seorang ibu ini.

Atas keizinan dari Allah, hajatnya untuk mendapat anak yang bijak dimakbulkan oleh Allah asbab dia istiqomah mengamalkan doa tersebut. Penyanyi Siti Sarah melahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Uwais Al-Qarni mendapat tempat kedua dalam pertandingan hafazan.

Sarah berkongsi berita gembira itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya hari ini. Menurut Sarah, dia berasa bangga dan gembira dengan pencapaian anak kesayangannya itu. “Alhamdulillah syukur Ya Allah… Dapat top 2 hafazan. Moga Uwais menjadi anak yang soleh. I love you sayang,” tvlisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada Uwais. “Alhamdulillah, syukur semoga Uwais menjadi anak yang soleh. Amin,” tulis @_anoi_ “Alhamdulillah, tahniah untuk Uwais… Tahniah juga untuk ibu Uwais @sitisarahraissuddin dan bapa Uwais @shuibsepahtu,” puji @sanissaanis

“Alhamdulillah… Terbukti hebat didikan Sarah dan Shuib,” komen @citra_matahari. Terdahulu, Sarah yang mendirikan rumah tangga bersama Shuib pada tahun 2011 telah dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq matin. Anak adalah manusia yang bernilai kepada ibu bapa.

Justeru ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan sebagai panduan dan jalan menjadikan anak berilmu. Apa yang penting adalah kejayaan ibu bapa melahirkan anak yang beriman dan beramal soleh. Anak adalah penyambung zuriat dan keturunan.

Ibu bapa perlu memastikan anak membesar dan terdidik dengan keimanan dan ketakwaan agar anak menjadi manusia berguna dunia dan akhirat. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Gempak

Artikel lain: Siti Sarah nafi dah bergelar jutawan

SARAH dan suami masih berusaha keras serta merangka pelbagai strategi pemasaran bagi memastikan perniagaan berjalan lancar. PENYANYI Siti Sarah menafikan dirinya kini bergelar jutawan selepas perniagaan diusahakan bersama suaminya yang juga pelawak Shuib semakin laris.

Sarah ketika dihubungi mengakui terkejut dengan berita itu sebaliknya berharap supaya gelaran yang diberikan itu menjadi kenyataan. “Siapa cakap saya kini bergelar jutawan? Ya Allah, kalau betul Alhamdulillah saya memang teringin nak bergelar jutawan. Tapi berita ini tak betul.

“Saya dan suami masih berusaha keras serta merangka pelbagai strategi pemasaran bagi memastikan setiap perniagaan yang kami usahakan berjalan dengan baik,” katanya. Menurutnya, dia mengakui persaingan dalam perniagaan amat sengit membabitkan produk kosmetik dan kesihatan, namun dia dan suami tidak akan berputus asa.

“Dalam perniagaan pasti ada pasang surut, namun sebagai ahli perniagaan kami perlu memastikan produk yang dikeluarkan berkualiti dan relevan dengan permintaan sekarang. Walaupun persaingan semakin sengit tapi ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus mengeluarkan produk dan berniaga. Bagi saya setiap selebriti perlu tampil dengan satu perniagaan demi kelangsungan masa depan dan sumber pendapatan sampingan,” katanya.

Sumber: harian metro

Biodata Siti Sarah, Penyanyi Lagu Semakin

Pemilik nama penuh Siti Sarah binti Raisuddin. Popular dengan nama Siti Sarah, Siti Sarah Raisuddin dan Sarah Raisuddin. Lahir pada 15 September 1984 di Ipoh, Perak, Malaysia. Kini berusia 35 tahun (2019). Kediamannya terletak di Kuala Lumpur. Bapanya, Raisuddin Hamzah merupakan penyanyi era 1980-an.

Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2002. Merupakan penyanyi dan pelakon. Memperjuangkan genre muzik Pop, Pop Rock, Balada dan R&B. Bakatnya dicungkil daripada pertandingan Bintang RTM 2001 di mana beliau terpilih sebagai antara finalis akhir. Seawal karier, Sarah sudah merangkul banyak trofi daripada pelbagai anugerah seperti “Artis Baru Terbaik”,

“Album Pop Terbaik” dan “Album Terbaik” di Anugerah Industri Muzik (AIM 2003) dan “Artis Baru Wanita Terbaik” di Anugerah Planet Muzik 2003 (APM2003). Juga pernah bertanding dalam rancangan realiti nyanyian, One in a Million musim kedua yang menawarkan pembiayaan kerjaya muzik bernilai RM1,000,000 sebagai ganjaran kepada pemenang, namun hanya mampu berpuas hati di kedudukan ketiga.

Tidak ketinggalan, penyertaannya dalam World Championship of Performance Arts (WCOPA) sebagai wakil negara, membawa pulang sebanyak 3 emas kepada Malaysia. Sekian lama menyepi, Sarah kembali menyemarakkan dunia seni menerusi pembabitan dalam program realiti TV popular, Gegar Vaganza musim ketiga.

Beliau berada di kedudukan kedua, tewas di tangan penyanyi Azharina Azhar yang ditabalkan sebagai juara. Antara lagu-lagu hits yang pernah dirakamkannya seperti Kesetiaan, Ku Teruskan, Ke Hujung Dunia, Pesan Mamaku, Saat Hilang Cintamu, Jangan Kau Mimpi, Tinggalkan Diriku, Mimpi Pun Sama, Bersamamu,

Cinta Itu Nyawa (duet bersama Shuib), Semakin dan banyak lagi. Beliau mendirikan rumah tangga dengan pelawak Shahmira Muhamad (Shuib Sepahtu) pada 26 Februari 2011 dan sehingga kini beroleh tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Sumber: iluminasi

Author: pyka