Suami buat perangai sewaktu isteri pregnant 2 bulan. Hanya wanita saja yang faham sensetif nya seorang ibu mengandung.

Assalamualaikum harap hide fb saya min. saya dah berkahwin dah bakal menimang cahaya mata yang ke 4. perkahwinan saya di atur keluarga. mula-mula perkahwinan bahagia dan takdirkan saya bunting pelamin. kalau ikutkan saya makan ubat perancang dan tak mahu anak dah tapi

apa yang boleh saya katakan. takdir dan rezeki dari Allah. Puas saya bersabar demi anak-anak. saya tahu saya tak cantik bukan idaman hati suami sebab suami boleh kata ada rupa. saya tak sangka suami tak pernah sayangkan saya. saya bertahan demi anak-anak sehingga sekarang.

saya sangat stress dan saya tak pernah luahkan perasaan saya sebab nak jage aib suami. dah agak lama kami tidak tidur sekatil die hanya akan ke katil hanya bila nak benda tu je. lepas tu hilang tinggalkan saya sorang-sorang maka tidolah saya hingga ke subuh katanya panas.

Saya tidur bukan peluk dia pun. tapi boleh die cakap panaslah rimas lah. Okay takpe saya malas nak pikir. sekarang saya baru pregnant dalam 2 bulan lebih hanya wanita je tahu sensetif nya seorang ibu mengandung macam mana. 3 hari lepas saya terlupa nak buatkan air untuk dia bersahur

masa tu dia dah selesai makan saya temankan anak masa tu makan dia suruh saya buat kan air saya hanya mintak perangatkan air nanti saya buatkan tiba-tiba die marah cakap saya derhaka ini suami awak kena dengar cakap saya. ya Allah luluh hati saya tengah suap nasi saya campak

pinggan dan terus bangun buat air yang die nak. sambil tu air mata dah tak dapat dibendung lagi. anak tengok je saya menangis. 2 hari kami tak bertegur. setiap kali kami bergaduh tak pernah sekali pun die datang pujuk dan minta maaf. Dulu pernah saya kena herdik die cakap saya bod oh dan

ba bi saya simpan je tak nak cerita pada sesiapa demi nak jaga aib die. Hari ni die ajak pergi shopping baju raya anak-anak. Belumm sampai 5 minit kami berborak cerita pasal raya. tiba-tiba keluar cerita turn rumah mak mertua. saya cakap okay nanti hari berlemang dan raya pertama saya

duduk di rumah mak dia memandangkan adik beradik dia semua belah mertua saya berkorban. raya kedua saya nak balik ke rumah mak saya. mak saya tak sehat dan tak boleh berjalan harapkan adik dan kakak ipar je selalu siapkan persedian untuk raya.

Saya sedih sebagai anak jarang dapat membantu ibu sendiri kerana lebihkan mak mertua. die tengking saya dalam kereta aku suami kau kena ikut cakap suami. kalau suami tak izinkan tak boleh pergi dia cakap. dengarlah apa ustaz cakap isteri kena dengar cakap suami sebab tu

perempuan banyak masuk nereka die cakap. Saya hanya dapat balas ye lelaki masuk syurga sebab kuasa di tangan suami lepas tu saya hanya dapat mengalirkan air mata je. ya Allah dalam dugaan bulan puasa dan dalam saya mengandung ni saya dah tak dapat bendung lagi kesedihan sepanjang

dalam kereta saya menangis je depan anak-anak.. Dalam keadaan penat saya memasak mengemas rumah die hanya tengok telipon dan tengokk tv je. Saya redha dengan takdir saya. Bila saya marah-marah dia cakap saya derhaka. siapa dia nak tentukan saya masuk syurga dan nerakee?

Salam bawang ranger dan warga krt , Macam biasa , min hide fb kawan aku ya . Macam ni , aku ni masih seorang isteri dan ada anak 3 , dah besar semua anak anak aku. Umur pun dah cecah 40 tahun. Laki aku ni jenis baran. min . Tapi dia tak pukul orang ,

Dia suka hempuk hempuk barang kalau anak salah dia tak pukul anak tapi dia baling semua benda yang ada sekeliling dia . Aku ni jenis suka beli barang rumah min , hias rumah cantik cantik , tapi habis barang rumah aku dia baling . Pintu bilik dah banyak kali tukar ,

asal mengamuk ja dia ambik tukul ketuk pintu bilik habis berlubang. Malu lah aku orang datang rumah pintu lubang lubang , orang tanya takkan aku nak jawab laki aku buat min , nanti orang fikir bukan bukan pasal dia pulak . Dia pulak jenis keluar rumah berbulan bulan baru balik min ,

dia selalu call aku tapi call pun sebab nak mintak duit ja , aku ni berniaga min , kalau dia balik , habis barang kedai aku dia angkut kata nak buat bekal . kalau anak anak call pun tak angkat sebab takut anak anak mintak duit min , siap pesan jangan call phone jatuh kat laut.

Kalau balik rumah pun dia asyik mintak duit kalau tak bagi asyik angin satu badan, penat aku nak fikir . anak anak aku pernah sembang kat dapur sesama dorang , apa perasaan bila abah balik , memasing jawab rasa macam orang asing tidur kat rumah , jadi tak selesa .

Sampai macam tu anak anak aku min , aku ni dekat ruang tamu keluar air mata min dengar anak anak sembang dah rasa asing dengan bapak dorang . Bapak dorang tu laki aku min . Aku ni hidup susah hujan panas semua dengan anak anak aku ja , masa kami susah dulu pergi kerja jalan kaki ,

sedara laki aku takda sorang pun yang tunjuk muka min , walaupun sebelah rumah , selama aku hidup susah dulu , Rm7 saja dorang sumbangkan , aku tak hamak duit dorang min , aku belum kebulur lagi. Tapi aku ingat min setiap satu yang dorang buat dekat kami anak beranak ,

aku ingat sampai akhir nafas aku. Anak aku mulutut muntah tepi jalan sebab tak sihat , dorang tengok ikut tingkap ja min , pengsan tepi tu , jiran lain datang tolong , dorang tengok dekat tingkap saja min , aku ni ipar dorang , bukan musuh . Macam mana anak aku pergi sekolah naik moto buruk basah lencun .

Menangis tengok orang lain bapak hantar pakai kereta buruk pun takpa . Tumpah air mata aku bila anak aku cerita maacam tu . Aku ni hidup dah berpuluh tahun min sabar dengan perangai dia . Dah berpuluh kali janji , berpuluh kali aku bagi peluang min , sampai tahun ni aku ada bgitau anak sulung aku , lepas raya nak mintak cerai . Dorang dah besar , boleh pilih nak tinggal dengan siapa ,

Aku jadi malu bila anak sulung aku cakap ” usia macam mama ni orang dah tak cari pejabat agama , orang cari akhirat . Takkan mama nak turun naik makhamah lagi ” tapi aku dah tak larat min nak biar gan tung tak bertali macam ni , nak jadi hamba macam ni. Apa pendapat semua ? Terima kasih

Sumber : KRT

Author: fafa