Suami dipaksa ceraikan isteri yang sarat mengandung oleh ibu mertua.

Assalamualaikum. Hi warga KRT. Sila dropkan pendapat korang. Kalau nak detail insyaAllah next post aku akan cerita A-Z tapi jangan mintak lukis pulak. Aku ni baru berkahwin pada 2018 dan isteri sedang mengandung 6 bulan (anak pertama).

Tinggal dengan mak mertua (sebelum ni, sekarang dia di rumah mak dia, aku rumah mak aku). Hati ni dah takde rasa yang tinggal hanya rasa menyirap je dengan keluarga isteri dan isteri. Tapi aku kesian kan kat anak bakal lahir tu. Ape pendapat korang kalau dalam situasi aku

1)- dah 3 kali mertua aku cakap suruhh aku ceraikan anak dia dekat family aku. Dekat aku sekali tapi aku tak ceraikan. Sebab aku tanya bini aku “kau tanya hati kau, pikir pasal anak dalam perut tu. kau nak teruskan atau kau nak ikut cakap mak kau” dia still nak teruskan.

Tapi last faight ni dia sendiri yang mintak cerai taktahu lah termakan hasut mak dia / memang dia dah taknak. 2)- kaki kau sebelah dalam pintu pagar besi kalau tak stanby 10k. Tapi bini kau tak ambik tau langsung pasal kes kau. Bukan aku mintak duit die, aku cuma nak die support aku je sebab tengah down kan.

Sepatah haram takda. Yang die cakap nak berjalan sana sini. ( bukan kes berat yang dilarang disisi undang-undang ye ) 3)-masa tu transport pergi kerja aku rosak, masuk bengkel. So aku tanya bini aku ni “ada duit tak pakai tak? Nak pinjam sikit”.

Btw aku pon tak harap sangat pon, sebab aku nak tengok je dia macam mana susah senang sama2 ke sebaliknya sebab masa kes aku 10k tu dia takda ambik tau pon kannn. Die cakap takda duit, kakak die pinjam katenya. Padahal kakak die cakap takda pon.

Hahaha nampak kan permainan kat sane. 4)-family dia canang cerita kat orang yang aku tak balik rumah berbulan2. Family dia try hard betul nak burukkan aku tapi takda otak. Ape yang dia buat tu macam burukkan diri sendiri n anak die sendiri je. Dah tu kalau aku tak balik berbulan2 anak

dalam perut tu anak sapa? Kan kelakar tu. orang gila pon boleh berpikir HAHAHAHA. 5)- Dulu dia minta aku terima keluarga dia macam keluarga aku sendiri aku pon mintak benda yang sama jugak terima keluarga aku tapi dia tak suka family aku. Waduhekkk.

Tapi aku buat silap sebab anggap family dia macam family aku sendiri sampai aku cerita masa lampau aku. Yang dulu masa aku muda2 aku kaki club, kaki bal, main barang, main perempuan. Mak dia gunakan masa lampau aku untuk kenakan aku suruhh ceraikan anak dia.

Aku siap cakap “mak, saya dah anggap mak macam mak saya sendiri sebab tu saya cerita mase lampau saya kat mak. Saya tahu mak dengar macam-macam cerita pasal saya dari mulut orang. Tapi tak sangka orang yang saya percaya makan saya”

come on lahhhh. Takda manusia yang takda kisah silam. 6)- ada perkara yang tak boleh aku nak cerita apa yang ayah die dah cakap kat aku n family aku. Sebab ayah dia baru perg menghadap ilahi. Biarlah ayah dia pergi dengan tenang.

Minta semua sedekah Al-fatihah untuk ayahnya. Kalau Aku lepaskan dia dalam keadaan dia sekarang takut apa-apa jadi kat dia n kandungan pulak. Kalau tunggu dia bersalin rasa berdosa pulak. Bagi lah pendapat sikit. Hubungan aku ni dah tak boleh nak fix

sebab campur tangan keluarga. Btw bini aku tak reti masak tapi aku takda jadikan isu sebab aku reti masak. aku taknak jadikan isu bab masak ni. Kapal nak berlayar perlukan seorang nakhoda, tapi kalau 1 kapal ramai nakhoda, karam lah jawabnye.

Luahan kesedihan isteri tentang kecurangan suaminya.

Salam krt.. tq post kan luahan aku..ni fake fb. Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya.. Walau aku tau banyak yang tak sempurna.. Terima kasih jadi kan Aku isteri dan ibu kepada anak2 mu. Aku luah kan segala yang aku rasa di sini.

kerana kau sendiri tahu aku tiada teman malah kawan baik pun. Tahun 2018 bermakna sudah masok 12 tahun kita melayari bahtera rumah tangga dan sudah 14 tahun kite kenal antara satu sama lain. tapi cinta dan sayang kite tak kuat dan tak utuh. sehingga wujud orang ketiga.

di mana kau menyintai orang lain selepas aku. Yeaaa betul aku sangat2 tersiksa bile mengetahui segalanya. aku kecewa. aku putus harapan. hati aku hancur tersangat la hancur seperti kaca terhempas. berderai derai walau aku cube kutip dan kau membantu untuk camtumkannya semula

tapi ianya tidak akan seperti asal sebab telah retak seribu. Tidak tau bagaimana aku nak meluahkan lagi apa yang aku rasa. hanya ada batu besar yang sedang menghimpap ku. dan aku tak mampu nak menanggungnya. Di mana la kata setia kata sayang dan janji2 kau dulu…

Hanya menyintai aku. Tapi aku terleka dengan segalanya.. Maafkan aku kerana tidak menjaga hati mu. Merana aku sendiri harus menjaga hati aku. aku merajuk pujuk sendiri hati aku. setiap kali aku bagitahu aku ingin di pujuk. tapi kau cakap kau tak reti untuk itu semua.

yaaa suamiku. aku tau kau tak romantik tapi hati aku sebagai seorang wanita. setiap wanita ingin di pujuk, di rayu, di belai.. tapi aku tak lalui semua itu. ya dari kita kahwin sampai la sekarang. dulu becinta kau selalu amik berat akan perihal aku. selalu bagi kate romantis.

tapi bile anak daa 3 semua tu hilang. hilang macam hati aku. aku selalu pujuk hati aku mengatakan kau memang daa begitu tetapi rupanya ada orang lain di hati kau. Yaa aku akui aku ada salah dan benda ni jadi pun ada hikmahnya kalau perkara lain mungkin aku boleh terima tapi pasal

WANITA maaf aku tak mampu. aku tak mampu nak hadap semuanya. ya aku wanita yang dambakan kasih sayang suami. tapi semua itu tak ada. kau hanya perlukan aku bila perlu. kau dambakan aku bila perlu. ucapan sayang dari kau hanya bila waktu kita bersama..

Di waktu hari biasa tiada ungkapan sayang pun. Yea aku tau kau tak romantik tapi rupanya ucapan itu daa ditujukan kepada orang lain. hanya aku yang ternanti nanti ucapan itu. SUAMI KU. kau minta aku menjaga hati kau. tapi adakah kau manjaga hati aku.

mengambil berat perihal hati ku sewaktu kau tabur cinta pada yang lain. ada kau ingat aku sewaktu kau bersamanya. ada kau fikir apa akan jadi dan ada kau fikir apa yang aku rasa. sedangkan aku di rumah sesetia isteri dalam menjaga kebajikan anak2 mu.

Suami ku aku hargai setiap penat lelah mu supaya keiginanku dan anak2 dapat d sempurnakan. Tetapi apabila kau mencari sendiri kebahagian dan kseronokan d luar apa la yang aku rasa…Suami ku kau suami yang hebat dalam merencana hidup mu sehingga kan aku mempercayai mu lebih dari

100% ya betul lebih dari segala nya aku mempercayai mu. kau berikan aku kata supaya bagi kau masa 6 bulan untuk kau buat bussines bagi berjaya. yaa aku percaya tapi rupanya kau ada yang lain waktu tu. kau kaburkan aku dengan kebaikan kau supaya aku tak mengesyaki apa2 tapi suami ku ALLAH tu tak tidur.

ALLAH MAHA mengetahui walau sehebat mana kau rancangkan dan sembunyi kan akhirnya aku ketahuan. Dan sewaktu tu aku bagai tidak berpijak di bumi nyata. ketahuan selepas kita bersama penuh dengan kasih sayang apa yang aku rasa? Suami ku.. aku lepaskan kau kerana aku nak kau bahagia. aku redho kan segalanya bukan aku membenci tapi hati aku sangat TERLUKA..

Sumber : KRT

Author: fafa