Suami enggan lepaskan Lufya. Akhirnya setelah lama bermain dengan teka teki ini tindakan yang mahkamah akan ambil.

KEMELUT rumah tangga pelakon Lufya Omar terus berpanjangan apabila suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum enggan melepaskan isterinya itu. Sehubungan itu Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Petaling Jaya memerintahkan pasangan itu melantik ahli jawatankuasa pendamai (JKP) dalam kes perpisahan berkenaan.

Sehubungan itu Hakim Syarie Shukran Yusof menetapkan 10 Disember depan untuk kedua-dua pihak melantik wakil JKP mereka. Sebelum ini Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 34, selaku plaintif memfailkan permohonan perpisahan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Lufya bersama anaknya, Laana Haura yang kini berusia dua tahun.

Pada prosiding yang berlangsung pada Isnin, Lufya yang juga bintang Akademi Fantasi diwakili peguam syarie Fadhlina Siddiq manakala Dr Che Muhammad Hafiz diwakili peguam Muhammad Hilmi Musa. Lufya ketika ditemui di luar mahkamah meluahkan rasa pelik apabila suaminya enggan meneruskan perpisahan.

“Pelik, sebelum ini Hafiz sudah hebohkan dia dah lepaskan saya melalui Whatsapp namun tiba-tiba hari ini dia enggan meneruskan prosiding tersebut,” katanya kepada mStar. Sementara itu Dr Che Muhammad Hafiz juga enggan mengulas mengenai keputusannya untuk menolak permohonan perpisahan yang difailkan Lufya.

“Saya tak dapat ulas lebih lanjut mengenai keputusan hari ini, saya hanya mengikut nasihat daripada pihak peguam. Jawatankuasa pendamai  pun saya tak dapat dedahkan buat masa kini,” katanya. Lufya dan Dr Che Muhammad Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Laana Haura yang kini berusia dua tahun.

Artikel sebelum : “Gantung tak bertali? Kena tanya dia sendiri” – Suami Lufya hairan dituduh dayus, ada sebab tak hadir mahkamah

SUAMI kepada pelakon Lufya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz menafikan dakwaan kononnya dia menganiaya isteri dan anaknya dengan mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Tegas Dr Che Hafiz, biarnya mengakui sudah tidak tinggal sebumbung bersama Lufya, namun dia tetap memberi nafkah terhadap anak mereka, Laana Haura yang kini berusia dua tahun.

“Dakwaan tentang gantung tak bertali dan tidak menjalankan tanggungjawab… itu kena tanya dia sendiri. Sebab untuk pengetahuan semua, saya sudah menjalankan tanggungjawab terhadap anak kami. “Tidak pernah lagi saya mengabaikan anak kami seperti yang didakwa. Cuma, kalau ada yang dia keluar pergi mana-mana tu, saya tidak tahu sebab kami tidak lagi tinggal sebumbung,” katanya kepada mStar.

Dr Che Hafiz berkata dia tetap memberi nafkah terhadap anak mereka, Laana Haura yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu Dr Che Hafiz enggan memberi sebarang kenyataan lanjut mengenai kegagalannya hadir pada prosiding sebutan permohonan berpisahan di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya pada Rabu.

“Saya tidak mahu mengulas mengenai isu tidak hadir ke mahkamah hari ini sebab saya sudah berurusan dan memaklumkan perkara itu kepada pihak mahkamah melalui surat,” katanya. Lufya selaku plaintif memfailkan permohonan perpisahan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 terhadap suaminya pada bulan lalu.

Susulan ketiadaan Dr Che Hafiz, mahkamah menetapkan tarikh baharu iaitu pada 18 November depan bagi kedua-dua pihak hadir dan memaklumkan prosiding boleh diteruskan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam.

Kemelut rumah tangga pasangan ini mula menjadi perhatian warganet apabila Lufya mendedahkan sikap suaminya yang mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga di Instagram. Lufya juga ada mendakwa suaminya itu telah melakukan penganiayaan terhadap dirinya dan berikutan itu, Dr Che Hafiz bertindak membuat laporan polis. Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

SUMBER : Mstar

Author: pyka