Suami kerap lafaz cerai bila gaduh. Suatu hari kantoi suami kaki perempuan setelah sah jatuh talak 3.

assallamuallaikum.. warga KRT. aku bukan lah penulis yang baik.. aku nk share jalan cerita perit yang aku rasa.. yang dulu nya aku rasa aku salah rupanya allah maha berkuasa dia tunjuk kan aku semua nya dalam masa terdekat.. macam ni.. aku dan suami dah kenal hampir 11tahun..

kami kahwin usia muda.. pernikahan kami dah 7tahun.. kami dikurnia kan 4 cahaya mata.. (sumpah masa typing tengah sebak tahan airmata.. ) dari awal pernikahan kami aku dah diduga dgn bermacam2 ragam suami.. Aku bukan lah baik mana..

tapi aku slalu cuba jadi yang terbaik.. lepas 2 tahun perkahwinan suami aku kaki ambil barang terlarang.. dia dulunya pengedar kecil2 juga. aku buta… aku diam.. ditabur duit haram.. dalam keadaan ekonomi kami yang tak mnentu.. aku tak pandang dosa pahala..

sampai 1tahap semua jadi tak betul.. laki aku bukan kaki pukul sangat.. tapi dia suka menghina caci maki aku.. dan aku tak lah baik sangat yang tadah setiap cacian dia… dia suka lafaz cerai pada aku.. sesuka hati dia.. sampai dia anggap tu 1 permainan..dia tak peduli lagi hukum tu semua..

asal marah lafaz asal marah lafaz.. sampai 1tahap aku dengan suami kerap bertelagah.. aku rasa hubungan kami dah tak betul… aku rujuk pada pejabat agama.. selesai naik turun mahkamah dan telah diputuskan jatuh talak 3 ke atas aku.. suami mula menyesal..

semenjak aku dengan suami da ditkdir kan tak boleh bersama aku mula mengenali insan lain..yang hadir sebagai penasihat.. jtuh hati atas keikhlasan dia.. bekas suami dpt tahu hubungan aku dengn insan tu.. dia mula tak trima cakap aku mnduakan cinta dia.. dia cakap walau sejhat2 dia..

dia tak prnah curang.. dan mndua kan cinta dia.. guys.. aku rasa bersalah. Dalam masa yang singkat aku trima kehdiran orang lain tup2 allah maha berkuasa aku dapat tahu masa kami suami isteri suami curang banyak kali.. dia dengan membe dia keki betine ramai2 sebab betina tu nak pil tapi tak ada duit nk bayar..

then laki aku suruh langsai hutang dengan cara mcam tu (membe dia sebelah umah aku membe dia pon da kawen, dorang buat project sbelah rumah aku je) sekian lama aku dibodoh2 kan suami nak pergi sebelah main game nak pergi sebelah nak pekene binatang tu aku percaya n percaya) ..

korang rasa aku ptut rasa apa?? ya’allah.. patut lagi ke aku rasa bersalah? mungkin sebab ni lah allah bagi takdir hidup aku macam ni. dia penagih aku terima.. dia tak kerja aku terima.. ni yang aku dapat? ya’allah… lepas dia sentuh betine luar bini dia dekat rumah ni dia sentuh rasa tak bersalah?

ape patut aku rasa yaallah.. dan aku termakan pujuk rayu dia… aku mengandung kan anak dia sekarang.. tapi status kitorang takkan boleh bersama lagi walau di suruh bersatu pun aku tak akan nak lah hidup semula dengan dia.. dan aku dapat tahu perangai dia macam tu dalam keadaan aku mengandung dan dah ditalak 3??

ya’allah.. ujian apa yaallah. apa ujian aku ya’allah. perit.. dia yang berlagak baik sekarang berlagak sempurna dimata keluarga aku.. tapi dusta.. kenapa aku baru tahu sekarang? dulu dibodoh2 kan… sekarang maseh lagi dibodoh2 kan.. aku down sangat… aku pandang anak2 je kalau ada benda bodoh terlintas dalam kepala aku ni..!

Saya nak cerita tentang rumah tangga saya. Saya dan suami bercinta 8 tahun dan berkahwin 11 tahun tak kan lah tak sayang tapi saya dan dia memang tak ada perancangan untuk bersama semula Saya tak nak la meruntuhkan rumahtangga orang lain.

Assalammualaikum warga KRT yang mulia dan baik hati. Saya inginkan pendapat dan pandangan warga KRT tentang masalah saya ini. Saya seorang single mother. Mempunyai 3 orang anak. Saya bekerja dalam sektor awam. Untuk makluman warga KRT saya telah berpisah dengan bekas suami pada September tahun lepas.

Hubungan kami setakat ini baik dan saya telah menerima ketentuan penceraian ini. Bekas suami telah berkahwin lain. Masalahnya kenapa saya kerap bermimpi bekas suami. Terlalu kerap, sampaikan saya jadi sedih setiap kali saya bangun tidur.

Saya dah boleh move on dan dia pun dah bahagia, tapi kenapa ye dia selalu muncul dalam mimpi saya?. Apa petandanya atau sekadar mainan tidur?. Saya dah amalkan bacaan-bacaan sebelum tidur dan setiap malam memang tak pernah lupa. Mungkin ada yang kata saya masih menyayanginya.

Ye, sayang tu masih ada. Kami bercinta 8 tahun dan berkahwin 11 tahun tak kan lah tak sayang tapi saya dan dia memang tak ada perancangan untuk bersama semula. Saya tak nak la meruntuhkan rumahtangga orang lain walaupun dulu rumahtangga saya hancur disebabkan oleh orang ketiga, isteri dia sekarang.

Saya masih rasional dan tak kan pernah untuk mengambil hak orang lain. Saya dah pernah rasa hancurnya hati perempuan seperti saya dan saya tak kan menyakiti hati kaum sejenis saya juga. Saya bahagia dengan hidup saya dan anak-anak sekarang. Tapi tu lah.

Kenapa saya boleh kerap bermimpikan bekas suami?. Pengakhiran mimpinya pun dia akan tinggalkan saya. Ending mimpi tu yang sedih-sedih. Warga KRT yang budiman, boleh bagi pendapat dan pandangan. Selamat berpuasa. Sayang kamu semua.

Sumber : KRT

Author: fafa