Suami tak kaya dan pakai kereta myvi. Tapi tak pernah lupa tanggungjawab di kampung.

Suami aku tak kaya. Rumah masih menyewa. Kereta pun pakai myvi je. Tapi bila balik kampung, dia lah yang bersungguh-sungguh buat itu ini.
Adik beradik yang lain ada. Boleh dikatakan, semuanya lebih senang dari kami. Tapi tulah, nak kata pun tak kena.

Diorang buat tak tahu je. Busy dengan hal masing-masing. Semalam, sebelum salam, saya berani kan diri tanya dia. Saya cakap kenapa abang nak buat semua tu? Beli air minuman (rumah mak takda coway), beli beras, beli barang-barang basah, beli juadah berbuka, pergi buang sampah,

basuh toilet, basuh pinggan..sedangkan adik beradik abang yang lain mana? tak collect duit pun? tak buat apa-apa pun? Dia diam je. Saya tahu, pertanyaan saya tu mungkin agak kasar tapi saya taknak adik-beradik dia ambil kesempatan atas kelurusan diri dia.

Lama dia diam. Lepas tu dia pandang saya dan dia jawab “Abang tak kaya. Balik pun sekali sekala. Nak bagi banyak-banyak, memang abang tak mampu. Apa yang abang ada ni lah. Tulang empat kerat yang masih ada kudrat” “Abang tahu, awak mesti pelik dengan adik beradik abang kan?

Entahlah. Abang nak betulkan pun, nak tegur, semuanya dah besar panjang. Abang tak mampu. Biarlah abang betulkan diri abang sendiri, buat apa yang mampu, biar raya ni semua gembira.. biarpun abang letih sikit” Saya dengar je apa dia cakap.

Saya akui dia memang seorang yang baik. Mudah minta tolong. Tak banyak membantah. “Lagipun, abang kesiankan mak. Masa abang bersihkan bilik mak semalam, abang kutip rambut-rambut dia yang gugur. Banyak. Semuanya dah putih.”

“Abang masuk toilet mak. Abang nampak gigi palsu mak. Rupa-rupanya mak dah pakai gigi palsu. Abang tak tahu pun” Percakapan dia dah mula sangkut-sangkut. Bicara dia mengandungi sebak. “Kalau abang tak boleh bagi mak duit banyak, biarlah mak rasa senang dengan kehadiran abang.

Redha dengan abang. Tu pun dah cukup” Saya menangis. Saya tak tahu nak kata apa. Saya pegang tangan dia. Saya salam dan saya kucup. Saya minta maaf atas soalan saya tadi tu. Masa dakap dia, dia cakap abang harap anak-anak kita nanti pun akan buat benda yang sama kat awak. Jaga awak. Hormati awak. Sayang awak, macam abang buat kat mak. Ya Allah. Ampuni saya dan rahmatilah dia. * Diadaptasi dari sebuah kisah benar.

‘Surat Cinta’ Buat Anak Yang Berat Hati Nak Jaga Mak Ayah Sudah Tua. Masalah dalaman sesebuah keluarga diuji dengan giliran siapa nak menjaga orang tua uzur yang kadang tinggalkan parut dalam hubungan adik beradik disebabkan saling tunding jari sampai dendam itu pun

diwarisi. Kalau bukan kerana takut kepada Allah ramai yang patah semangat mengambil tanggungjawab berat ini. Tapi sebab sentiasa teringat dengan anc aman keras terhadap anak yang derhaka membuat kita sentiasa bermuhasabah:

“Jika salah seorang di antara keduanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya (sebarang perkataan kasar) Uh.. dan janganlah kamu menengking dan menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (Surah al-Isra’ ayat: 23)

Cabaran-cabaran yang biasa dihadapi anak-anak yang menjaga ibu bapa dan mertua adalah: GILIRAN JAGA. Ada kalanya ibu bapa hanya mahu tinggal di rumah anak yang dirasakan lebih ‘kaya masa’ daripada kaya harta bukan kerana ibu bapa kita pilih kasih tapi normal bagi orang yang

dahagakan kasih sayang dan perhatian. Tolonglah anak-anak… bukan bermakna yang kaya tak baik melayan ibu bapanya bahkan sesetengah keadaan orang tua suka memuji anak-anaknya yang berduit kerana mereka lebih bermurah hati menolong keluarga.

Bukan pula menidakkan kasih anak yang tak berapa kaya harta, biasanya anak yang kaya hati paling disayangi. Hanya malang bagi anak yang sudahlah tak kaya harta hatinya pun miskin, tak beradab pula dengan orang tua! Sudahlah tak mahu menjaga ibu bapa atau mentua dengan

alasan kerja di pejabat membebankan semasa cuti pun tak rasa berdosa pergi melancong, lalu bila lagi mahu menjaga ibu? Padahal Allah lebih suka seorang hamba menangguhkan jihad semata-mata mahu menjaga ibu bapa, inikan mahu bercuti saja tanpa ingat tanggungjawabnya?

Rasulullah s.a.w bersabda: Abdullah bin Umar berkata: Saya telah bertanya kepada nabi s.a.w: “Apakah perbuatan yang dicintai Allah? Lalu baginda s.a.w bersabda: Solat pada waktunya. Kemudian apa? Tanya saya lagi. Baginda bersabda: berbakti kepada ibu bapa. Saya bertanya: Apalagi? Baginda s.a.w bersabda: Berjihad di jalan Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

MAMPU ATAU TIDAK

Masalah pilihan dan pergiliran hendaklah mengikut kemampuan dan kata sepakat bersama, janganlah sampai lepas tangan tak pedulikan ibu bapa dan mentua yang uzur disebabkan berasa saudaranya lebih mampu daripada kita. Jika nak seribu daya, tak nak seribu dalih! Allah Maha mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati.

LAYAN EMOSI 

Kalau tak mampu dari segi harta, cuba mampukan diri meluangkan masa atau menyumbangkan tenaga menjaga mereka, cara itu tak semestinya memerlukan perbelanjaan besar. Cuba isi kekosongan hati ibu dan ayah dengan gurauan dan pandai-pandailah mengambil hati saudara kita yang sudah bersusah payah menjaga mereka.

Jangan disalah tafsir kadang-kadang ibu bapa mengadu tentang layanan buruk yang diterima, jangan sesekali kita terbawa emosi tanpa usul periksa, bukan disebabkan tak percaya dengan aduan ibu bapa kita tapi mungkin mereka menyalah tafsir layanan anak menantu yang tinggal sebumbung itu.

Ya, hati memang mudah terluka, sedih dan terasa jika usia dan hormon semakin berubah. Kita perlu belajar psikologi orang tua yang tak sama dengan orang muda, oleh itu kesabaran amat bernilai dalam hubungan kekeluargaan sebegini.

IBU BAPA ATAU MENTUA?

Perkara paling sulit dilalui seorang anak adalah apabila terpaksa menghadapi dilema, siapa yang sepatutnya ditaati dan diikut apakah ibu bapa atau mentua? Di sebalik isu ‘menyebelahi siapa’ eloklah disuburkan suasana rundingan yang saling menghormati antara ibu bapa dan mentua.

Tak mustahil jika semua sepakat duduk dalam meja rundingan yang tiada siapa dilebihkan dari yang lain lama kelamaan proses adaptasi antara ibu bapa dan mertua akan berjalan dengan mudah. Tak bermakna segala yang orang tua cakap adalah betul dan tak boleh disanggah sama sekali,

bahkan agama kita mengajar untuk memberi setiap orang  haknya, agama kita bukan otoritet! Hanya saja cara penyampaian yang mesti dielokkan sehalus mungkin dalam meluahkan bangkangan terhadap suatu isu yang melibatkan orang tua dan mentua.

Selagi mana orang tua dan mentua menjadi prioriti utama selayaknya anda mendapat penjagaan yang sempurna dari Allah SWT. Menjaga mereka adalah ibadat yang kedudukannya nombor dua terbaik selepas tauhid dan memelihara mereka diutamakan daripada jihad di jalan Allah. Adakah kita masih memberi alasan tak munasabah di hadapan Allah nanti?

Sumber : Karangkraf

Author: fafa