Suami terkilan kerana isteri terlebih berdikari dan memonopolikan rumahtangga

Assalamualaikum semua. Memikirkan tiada tempat nak luah dan ianya agak personal, so aku pilih untuk confess kat sini dengan harapan, lega sikit bebanan jiwa tanpa dikenali. Aku merupakan seorang isteri bekerja, usia hujung 20an, punya anak dan alhamdulillah kehidupan kami suami isteri sederhana.

Dalam keluarga, aku merupakan anak bongsu. Aku orang kampung. Walaupun aku si bongsu, tapi dalam family semua dilayan sama rata oleh mak ayah. Kerja-kerja berat, aku dah biasa. Dari membaja di kebun getah, membantu membuat rumah sehinggalah kerja-kerja yang orang lelaki buat. Kami di-train untuk hadap hidup susah dengan tenang.

Dan ya, itu membuat aku berdikari (terima kasih mak dan ayah) dan seterusnya menimbulkan masalah pula antara aku dan suami. Suami aku baik. Dia juga orang kampung tapi sifat kami berbeza. Jika dibandingkan kami, aku jauh lebih kasar dan outspoken. Manakala dia pula sangat lembut dalam tutur kata (bukan macam pondan tu) dan perbuatan.

Tangan dia pun lebih lembut dari aku hahaha. Aku syukur dapat suami begitu, tak pernah berkasar dengan aku. Kira kami ni saling melengkapi la sepatutnya. Anak kami pun lebih menyayangi suami aku sebab ayah dia tak pernah marah dia katanya. Aku jarang-jarang meminta pertolongan suami.

Bila minta pun, kadang-kadang dia tangguh, busy katanya, tak sempat nak penuhi apa yang aku minta. Jadi aku buat sendiri. Bukan eksyen, cuma bila rasa boleh buat sendiri tanpa menyusahkan orang lain, why not selesaikan sendiri. Contoh hal-hal kecil dalam rumah la, macam tukar mentol lampu, menyimen tepi-tepi longkang yang pecah, alihkan peti ais, hal-hal macam tu la. Bagi aku, tu basic je dalam hidup.

Waktu mengandung dulu juga, aku sendirian menguruskan diri dan kandungan. Ada aku ajak suami, tapi dia busy. So takpelah. Benda boleh settle, buat apa nak gaduh-gaduh. Aku pergi checkup almost every month sendirian. Cuma bila nak scan je dia turut serta, mungkin itu lebih exciting bagi dia. Aku okay.

Waktu dia nak balik kampung pun, walaupun aku mabuk-mabuk tak larat, dia tetap nak balik juga dan tinggalkan aku sendirian. Tapi tak mengapa, asal dia puas hati. Jadi aku jaga diri sendiri. Walaupun kadang-kadang aku menangis sendiri sebab rasa tak dipeduli, biasa la orang mengandung kan mood tak tentu, tapi aku tanggung je sendiri tanpa dia pujuk atau apa-apa pun. Semua berlalu seperti tak ada apa yang berlaku.

Kadang-kadang aku tinggal dirumah dengan anak je sebab dia nak pergi event keluarga. Yela, aku bekerja. Ada masa cuti kadang aku nak rehat juga. Habiskan masa dengan anak. Lepak-lepak kat rumah. Kemas-kemas rumah. Dan itu buat aku tak ikut dia sekali. Terkadang seat dah penuh sebab dia merancang dengan family dia je,

Tak de plan dan tempat untuk aku sekali. Sadisnya hidup aku hahaha. Tapi aku okay, walaupun rasa tersisih. Takpela janji anak ada teman aku. Setelah beberapa tahun berkahwin, baru-baru ini suami aku ada mengatakan yang aku ni ‘overshadow’ dia. Dalam rumah, aku boleh dikatakan memonopoli semua. Like I’am a king dalam keluarga kecil kami.

Kemana aku nak pergi, aku drive sendiri dengan izin dia. Bawa anak ke klinik, beli barang dapur dengan duit suami, carikan kontraktor baiki rumah, almost everything aku buat. Percutian kami pun aku yang rancang dan buat keputusan. Ha tak lama nak raya, baju raya kami semua aku jugak yang pilih colour dan beli. Hmm, sebenarnya aku penat juga. Tapi..

Waktu dia suarakan rasa tak puas hati dia tu, aku menangis, dalam hati. Aku buat semua tu ikhlas untuk keluarga. Aku tak minta dia balas apa-apa pun. Tapi tak sangka dia ingat aku nak belakangkan dia walaupun selama ni memang tak pernah aku belakangkan dia. Aku cuba nak bincang dengan dia pasal itu ini dalam rumah,

Tapi semua berakhir dengan dia sibuk, atau ada event keluarga dia atau tak sempat atau dia suruh aku buat. Tapi bila aku buat, jadi tak puas hati sebab macam aku pulak suami dan dia isteri. Errr. Aku rasa bersalah. Tak tahu nak perbetulkan macam mana. Penjelasan pun aku tak bagi, aku cuma minta maaf.

Aku takut apa aku cakap akan menyakitkan hati dia. Aku dahla banyak dosa. Kang bertambah lagi. Suami aku bukan teruk sangat, dia tolong aku uruskan anak kami, kadang dia tolong juga buat itu ini. Banyak sisi baik dia yang kalau aku cerita jadi storybook kami laki bini la pulak. Tolong readers semua bagi pandangan. Mungkin aku boleh ambil dan cuba aplikasikan. Salam Ramadhan untuk semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih bererti. – Supermoon

Sumber : IIUMC

Author: Iqbal