Suka berfikiran negatif punca ditinggalkan pasangan

Berfikiran negatif itu sememangnya perlu, tetapi jika terlalu negatif sehingga membuatkan orang sekeliling menjadi bosan, itu yang akan merugikan anda. Dalam beberapa hal yang memerlukan anda berfikiran negatif ialah seperti, baru berkenalan dengan orang baru. Sememangnya ianya perlu kerana kita tidak boleh terus percaya dengan orang yang baru dikenali.

Berfikiran negatif seperti itu perlu dan digalakkan. Dalam sesuatu hubungan, kepercayaan itu adalah sangat penting. Bukanlah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pasangan, waspada itu juga perlu bagi melindungi sesebuah hubungan. Tetapi jangan sampai keterlaluan kerana ianya mampu memusnahkan hubungan anda.

1. Suka menuduh

Akibat terlalu ragu dan berfikiran negatif kepada pasangan, anda mula suka menuduh melulu. Pada awal perkenalan mungkin pasangan anda dapat menerima dan memahami sikap anda, tetapi lama kelamaan mereka rasa bosan dan rimas.

2. Suka merajuk

Selalunya wanita yang suka merajuk dan inginkan perhatian. Selain suka menuduh tanpa usul periksa, mereka sering merajuk inginkan perhatian. Bukan tidak boleh merajuk, tetapi jika terlalu kerap, kemungkinan pasangan sudah lali dan tidak tahu bagaimana mahu memujuk anda lagi. Akhirnya dia biarkan dan anda makan hati.

3. Kuat mengongkong

Pasangan anda juga perlukan ‘me time’ dan perlukan ruang bersama rakan-rakan. Jangan terlalu mengongkong dan jangan berfikiran negatif apabila dia keluar dengan rakan-rakannya. Baik lelaki mahupun wanita, jangan suka berfikiran negatif dan menuduh pasangan berfoya-foya di luar. Oleh kerana sering dituduh, mereka rasa tercabar dan benar-benar mencari teman baru.

Author: fafa