Sweetnya, Hairul Azreen dengan Hanis Zalikha. Tak pernah terfikir dapat isteri secantik ayg, tiap malam sembang macam zaman bercinta.

Sudah mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering menjadi perhatian ramai. Meluahkan rasa syukur, Hairul gembira kerana hari ini merupakan ulang tahun kelahiran si isteri yang ke-29 tahun. Sekali gus, pelakon sasa itu memuji keperibadian Hanis sebagai seorang isteri dan ibu kepada dua cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

“Happy birthday to my wife, @haniszalikha. Tak sangka inilah wajah isteri saya, dari zaman kawan, bercinta, tunang dan sampai lah dah ada Yusuf dan Alisa , Haaaa ( Jibu ) tak pernah pun terfikir dapat isteri secantik ayang. Tiap tiap malam kita sembang macam zaman baru bercinta walhal dah hampir 5 tahun kita kahwin,

selalu beborak betulkan salah silap kita berdua, salah silap kita dengan keluarga , salah silap kita dengan kawan kawan , dengan kerjaya tak pernah jemu pandang dan sembang dengan ayang. Hehehe i tau la i yang paling manja selalu mengadu pasal shooting i nak buat itu i nak buat ini dan ayang setia mendengar pastu bagi pendapat yang terus i rasa nak peluk kuat kuat.

“HANIS ZALIKHA ayang lah buat i jadi kuat untuk berjaya. Ermmmm tak tau nak cakap apa lagi hehe rasa malu pulak tulis macam ni, tapi terima kasih jadi mak kepada anak anak kita, semoga ayang panjang umur dan InsyaAllah sama sama kita bawa Keluarga ke jannah dengan izin Allah,” tulisnya sambil disertakan foto peredaran masa sejak berkawan hingga dikurnia cahaya mata. 

Sementara itu di Insta Stories Hanis, dia terharu kerana Hairul antara orang pertama yang memebri ucapan hari jadinya. “First birthday wish at midnight,” tulis Hanis. 

Foto : Instagram Hairul Azreen/ Hanis Zalikha

Artikel lain: Itu cara saya bergurau dengan isteri, luah Hairul Azreen.

BIARPUN menerima kritikan hebat warganet pada minggu lalu gara-gara memuat naik sebuah video gurauan yang ditujukan buat isterinya, pelakon Hairul Azreen tidak merasakan apa yang dilakukan itu sebagai satu kesalahan. Menyifatkan ia hanyalah gurauan untuk isterinya Hanis Zalikha, hero filem Paskal ini memberitahu tidak mahu mengambil pusing dengan komen negatif netizen terhadapnya.

“Bagi saya video tersebut biasa sahaja dan ia hanyalah gurauan yang biasa lakukan dengan niat untuk menggembirakan isteri. Kebetulan ketika itu saya sibuk dengan penggambaran dan selama dua minggu tidak berada di rumah. Jadi saya bergurau begitu untuk luahkan rasa rindu pada dia dan anak.

“Bila dapat tahu ia tular dan mendapat kritikan, saya tak tahu nak respon macam mana. Saya hanya gelak sahaja kerana bagi saya ia memang tak ada apa-apa,” ujarnya. Hairul yang ditemui di majlis pelantikan Hanis sebagai duta Happikiddo, di Grand Hyatt Kuala Lumpur, pada Rabu, bagaimanapun mengakui tidak menyangka tindakan tersebut menjadi isu besar malah dianggap sensitif untuk sesetengah pihak.

“Apa yang boleh saya katakan, kita tak boleh gembirakan hati semua orang. Itu cara saya bergurau dengan isteri dan dia OK sahaja kerana dia tahu saya macam mana orangnya. Kami berdua memang tiada masalah pun tentang perkara itu dan saya tak faham bila orang kaitkan dengan maruah isteri dan sebagainya. Terpulanglah apa orang nak cakap, itu hak mereka.

“Apa yang saya tahu, saya jaga dan cuba bahagiakan anak isteri saya dengan sebaiknya. Saya yang cari duit untuk keluarga saya. Kalau warga internet yang bagi saya duit belanja, bolehlah saya ikut cakap mereka,” tegas Hairul. Malah Hairul dalam masa yang sama juga menafikan dirinya bersikap tidak matang hanya kerana video itu.

“Saya rasa orang-orang yang kenal saya secara personal, tahu saya ni macam mana orangnya. Saya memang suka bergurau dan memang itu sikap saya dari dulu. Kalau nak tengok saya serius, boleh tengok ketika saya berlakon dan buat kerja. Dalam situasi biasa, saya memang suka bergurau dengan semua orang yang dekat dengan saya.

Terdahulu sebelum itu, Hairul atau nama lengkapnya Hairul Azreen Idris, 31, telah memuat naik sebuah video gurauan yang ditujukan kepada isterinya di laman Twitter. Menerusi video tersebut, Hairul mengatakan mahu buat anak ketiga selepas dia selesai menjalani penggambaran filem terbaharu lakonannya, Wira.

“Ayang I buat pengambaran dulu, Ayang jaga anak kita ehh. I habis pengambaran, kita buat anak ketiga,” kata Hairul. Rata-rata yang menonton video tersebut meluahkan rasa kurang senang dengan gurauan itu yang dianggap sebagai sebagai tidak menghormati maruah isterinya, Hanis Zalikha, sebagai seorang wanita.

sumber: sinar harian

Author: pyka