Kali ni memang tak boleh sorok dah. Syida Melvin tampil dedahkan sesuatu buat warganet terkejut.

Pelakon baru Syida Melvin mendedahkan dia sedang hamil lima bulan. Menurut Syida, dia tidak mampu untuk berahsia lagi kerana perutnya makin hari makin membesar. “Masya-Allah, Masya-Allah. Bismillahirahmanirahim kami sudah bersedia untuk berkongsi berita gembira ini dengan semua orang.

“Alhamdulillah, ramai orang dok main teka teki di setiap posting Syida, setiap story Syida. “Asyik tanya ‘eh Syida pregnant ke? Eh tu macam baby bump jeee’ hahaha! “Power lah hampa ni. Kali ni perut memang dah tak boleh sorok lagi dah sebab dah besaq,” tulisnya.

Tambah adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu, dia mendedahkan tidak mengalami sebarang ‘morning sickness’ pada trimester pertama. “Alhamdulillah Syida tak ada morning sickness, cuma alah bau bauan macam perfume dan benda-benda wangi je lah (5 bulan dah tak pakai perfume)

“Syida mintak hampa doakan semuanya selamat okay? Nanti Syida share lagi ini bayi lelaki atau perempuan,” tulisnya lagi. Syida berkongsi berita gembira tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya. Menerusi perkongsian tersebut, Syida mengenakan pakaian berwarna kuning yang memperlihatkan bentuk ‘baby bump’ di tubuhnya.

Entri tersebut mendapat perhatian rakan artis serta peminat yang rata-rata turut mengucapkan tahniah. Syida dan suaminya yang merupakan anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid, Mohamad Syafiq Azim Shaheen berkahwin pada 19 Januari lalu.

Pasangan ini telah diraikan dalam lima majlis resepsi yang diadakan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Sebelum ini, Syida selamat bertunang dengan Syafiq pada Jun tahun lalu. Dalam perkembangan lain, saksikan Syida berkongsi mengenai kisah suka duka kehidupannya dalam episod penuh program terbaru berjudul Curhat menerusi platform digital Gempak di Facebook Gempak, Instagram dan YouTube bermula 17 Oktober ini. 

Curhat merupakan kisah inspirasi selebriti mengenai kehidupan mereka, kecekalan, ketabahan dan usaha yang dilakukan mereka sehingga mampu berada ditahap sekarang. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber  : GEMPAK

Artikel Lain: Produk keluaran dituduh ada bahan merkuri, akhirnya Syatilla Melvin tampil buka mulut buat warganet tergamam.

Pelakon Syatilla Melvin berang apabila terdapat seorang pengguna laman sosial menfitnah produk keluarannya di Twitter. Kata Syatilla atau lebih mesra dipanggil Tilla, dia inginkan bukti yang kukuh untuk membuktikan dakwaan wanita tersebut.

Tilla juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika wanita terbabit tidak tampil memohon maaf serta menarik balik segala tuduhan yang telah dilemparkan. “Okay aku rasa dia main dengan silap orang. Siapa kenal perempuan ni? Hang silap besar sebab hang mention nama aku kat public dan fitnah periuk nasi aku!! 

“Aku nak hang respon dan minta maaf dalam masa terdekat! Bagi bukti yang kukuh sekali! Jangan tunjuk sangat yang akal hang bubuh kat lutut! Sebelum aku sagat muka hang kat jalan dan saman, hang tolong respon. Aku akan besarkan benda ni kalau hang tak mai minta maaf dan tarik semua benda! Followers Tilla, tolong aku buat kerja sat cari mangkuk ni,” tulis Tilla.

Selepas satu jam dikongsikan di entri Instagram (IG) miliknya, wanita tersebut tampil memohon maaf atas tindakan tidak matang yang dilakukannya. “Pada hari yang sama saya menulis tweet tentang produk Samtilla yang mempunyai merkuri dalam produk mereka, saya sangat menyesal. 

“Saya dengan rendah hati meminta maaf kepada Samtilla kerana memfitnah produknya tanpa sebarang bukti sebelum ini. Saya menarik balik kenyataan saya tentang produknya sekali lagi saya benar-benar memohon maaf atas tindakan saya yang tidak matang,” tulisnya.

“Terlajak perahu boleh undoq balik, terlajak londeh kain, muka dapat malu.. social media teramat bahaya. Dlm 1min, 1dunia boleh tahu semua! saya terima permohonan maaf dia yg telah menfitnah saya.semoga takkan berulang lagi, mohon allah luaskan lagi rezeki @kekasih_hq #takotmukakenasagatlettew” Tulis Tilla di laman instagramnya.

Tilla bersama adik beradiknya, Syafiqa, Syifa dan Syida Melvin menjalankan perniagaan kosmetik yang diberi nama Kekasih. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber:Gempak

Seronoknya dapat anak perempuan

PELAKON Syatilla Melvin yang kini hamil anak kedua bakal melahirkan bayi perempuan pada April ini. Syatilla, 28, atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin berkata, dia bersyukur dan teruja apabila dimaklumkan doktor mengenai perkara itu.

“Ini satu lagi khabar gembira buat saya dan suami. Saya berdoa semoga segalanya dipermudahkan hingga bersalin nanti. Memandangkan anak sulung adalah lelaki, jadi selepas ini kami ada sepasang cahaya mata. Sejak disahkan hamil, saya selalu cakap dengan suami alangkah seronok jika dikurniakan anak perempuan.

“Apa pun, saya tak nak terlalu teruja. Paling penting, bayi dalam kandungan sihat dan sempurna apabila dilahirkan nanti,” katanya isteri pelakon popular Shaheizy Sam itu. Berkongsi mengenai keadaannya, Syatilla berkata, dia kini lebih banyak berehat di rumah.

Selain itu, Syatilla juga mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada berlakon.“Pada awal kehamilan saya sempat menjalani penggambaran drama Selafaz Cinta. Itu pun sebab saya sudah persetujui lebih awal kerana belum disahkan hamil.

“Selepas semuanya selesai, saya ambil keputusan untuk berehat. Saya memang tak terbabit dalam mana-mana projek dan banyak duduk di rumah saja. Kalau keluar pun hanya pergi menghadiri mana-mana acara. Namun, ia bergantung pada keadaan.

“Dalam usia kandungan hampir enam bulan, memang cepat letih. Kalau boleh nak duduk saja,” katanya.Sebelum disahkan hamil, Syatilla pernah mengalami kegvguran pada Julai tahun lalu. Syatilla dan Sam berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Sheriv Samheizy yang kini berusia setahun lapan bulan.

Sam nak diet

SHAHEIZY Sam mengakui mula terasa kesan daripada berat badannya yang naik mendadak mencecah 80.9 kilogram. Menurut pelakon filem Polis Evo ini, dia akan kembali menurunkan berat badannya bermula bulan depan.“Bila berat badan naik sampai sebegini rupa, saya sudah mula rasa tak sihat. Apabila batuk sikit, kepala sudah mula rasa migrain. Jika berjalan atau naik tangga, saya mula rasa mengah.

“Paling ketara apabila saya sudah mula rasa sakit lutut memandangkan kaki saya memang kecil,” katanya. Sam, 37, berkata, berat badannya mula naik apabila dia berehat daripada kerjaya lakonan. “Saya sekarang memang sedang bercuti daripada sebarang kerja lakonan. Jadi, apabila banyak masa rehat, selera makan pun bertambah. Dalam almari pakaian saya, 90 peratus baju lama memang dah tak muat.

“Jadi, bulan depan insya-Allah, saya akan mula bersenam semula dan cuba untuk turunkan berat badan,” katanya.Sam turut mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya di Instagram yang mengingatkannya supaya menjaga kesihatan.

“Terima kasih kepada mereka yang ingatkan saya supaya menjaga kesihatan. Saya setuju dengan pendapat mereka kerana banyak kesan buruk sekiranya kolesterol berlebihan dan sebagainya, lebih-lebih lagi pada usia saya sekarang.

“Sebelum ini, saya pernah turunkan berat badan dan insya-Allah, dalam masa dua atau tiga bulan saya akan bekerja keras untuk dapatkan berat badan ideal semula. Pada usia sekarang, penampilan bukanlah perkara utama, tapi lebih kepada faktor kesihatan yang menjadi keutamaan saya,” katanya.

Sam turut mengajak peminatnya untuk turut serta menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan.“Sebelum ini, ketika badan saya dalam keadaan fit dan sedang menjalani penggambaran Polis Evo, ada orang bercakap, dia ada duit, bolehlah jaga badan dan ambil jurulatih kecergasan. Padahal, ramai juga orang kaya yang tak jaga badan dan sakit.

“Jadi, sekarang apabila sudah gemuk, mereka cakap macam-macam pula. Jadi, saya nak ajak peminat yang berbadan besar dan ingin menurunkan berat badan untuk bersama-sama dengan saya, cabar diri kita.Kalau saya boleh turunkan berat badan, anda juga mesti boleh. Yang penting, mahu atau tidak,” katanya. Sumber: myMetro

Author: pyka