Tahniah Zara Zya, selamat pengantin baru. Sering muat naik foto seperti majlis perkahwinan buat warganet tertanya tanya.

Lebih banyak gambar majlis pertunangan yang dikongsikan oleh Zara Zya dan tunangannya Hafreez Adam, semakin ramai pula warganet yang keliru dengan majlis mereka. Sebelum itu, Hafreez Adam pernah membuat satu kenyataan di Instagramnya bahawa lebih baik merahsiakan pertunangan, menghebahkan perkahwinan dan hanya berkongsi berita gembira dengan mereka yang tidak henti-henti mendoakan mereka.

“Minta maaf kerana tidak memaklumkan lebih awal kepada semua. Seperti yang kita tahu, adalah lebih baik untuk “merahsiakan pertunangan, hebahkan perkahwinan”. “But in our situation, kami cuma mahu berkongsi berita gembira ni, untuk mereka yang tak henti-henti mendoakan yang terbaik untuk kami,” tulisnya. Namun kini semakin kerap mereka berkongsi gambar-gambar daripada majlis pertunangan mereka.

“Alhamdulillah.. Dah kahwin,” tulis @the _eraidah. “Tahniah Zarazya… Selamat pengantin baru,” tulis @nurashikin_78.“Kahwin dah ke??? Bertuahnya,” tulis @yumiaunie_2413. “Ni nikah ke tunang,” tanya @salmi.harun5

“Tahniah… Ingatkan dah nikah… tunang rupanya,” komen @nurulakmarkaman. “Tahniah dah mendirikan masjid,” tulis @hicosmetic_byzara. @Tahniah Zara & suami,” komen @syafawani.wansalleh1993 Zara Zya dan Hafreez Adam selamat bertunang dalam satu majlis yang berlangsung secara tertutup pada 12 Oktober lalu.

Sumber : Gempak

Zara sudah dirisik Hafreez

PELAKON Zara Zya, 34, mengesahkan sudah dirisik keluarga kekasihnya yang juga pelakon Hafreez Adam pada 8 September lalu. Namun, kedua-dua mereka memilih untuk merahsiakan hal itu atas permintaan keluarga kedua belah pihak.

“Keluarga Hafreez sudah datang berjumpa keluarga saya untuk merisik pada 8 September lalu. “Semuanya berjalan lancar dan atas permintaan keluarga, kami terpaksa adakan secara tertutup dan tidak umumkan mengenainya,” katanya kepada Harian Metro.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin turut memaklumkan dia dan Hafreez akan bertunang sebelum melangsungkan majlis pernikahan. “Kalau ikut perancangan, Insya-Allah akan ada majlis pertunangan. Apa-apa, kami akan maklumkan kelak,” katanya. Zara dan Hafreez mula rapat dan bercinta pada 2017 ketika kedua-duanya membintangi drama bersiri Mona Lisa.

Zara Zya tangguh nikah

IMPIAN dan perancangan pasangan selebriti Zara Zya dan Hafreez Adam untuk menamatkan zaman solo tahun ini terpaksa ditangguhkan gara-gara jadual kerja terlalu padat. Zara ketika ditemui berkata, perancangan untuk berkahwin terpaksa ditunda ke tahun depan dan berharap segala perancangan menuju ke gerbang perkahwinan dipermudahkan.

“Kalau diikutkan memang kami merancang untuk bernikah tahun ini tetapi masing-masing sibuk dengan kerja. “Bagaimanapun, baru-baru ini Hafreez ada bertemu dengan keluarga saya untuk membincangkan beberapa perkara seperti majlis merisik sebelum majlis pernikahan.

“Majlis perkahwinan tidak akan berlangsung tahun ini. Kami enggan terburu-buru kerana soal nikah kahwin adalah satu tanggungjawab yang besar dan memerlukan persiapan rapi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk pelangsingan badan yang diasaskan olehnya bertempat di Hotel Majestic, di sini, semalam.

Menurut Zara, selepas impian untuk bernikah tahun ini tidak tercapai, dia dan Hafreez enggan meletakkan sasaran atau tarikh spesifik bagi hari bahagia mereka. “Bermula awal tahun ini saya sibuk dengan urusan perniagaan manakala Hafreez pula terikat dengan penggambaran drama 80 episod.

“Tanpa kami sedar, masa berlalu dengan cepat dan sudah memasuki pertengahan tahun. Jadi, bagaimana nak merealisasikan hasrat berkahwin dalam tahun ini.“Oleh itu, saya tidak mahu memberikan tarikh kerana enggan menimbulkan salah faham. Nanti, ada yang mengeluarkan spekulasi dan andaian kurang enak sekali gus timbul fitnah.“Kata-kata itu ibarat doa, jadi saya mahu yang baik-baik buat saya dan Adam,” katanya.

Zara Zya tunggu Hafreez buka mulut

“JIKA nak diikutkan saya memang mahu kahwin cepat kerana bimbang dugaan dalam perhubungan. “Kami memang ada perancangan ke fasa perkahwinan tetapi lebih baik perkara itu keluar daripada mulut pihak lelaki,” kata pelakon popular Zara Zya, 34, ketika mengulas perancangan untuk berkahwin dengan kekasihnya pelakon Hafreez Adam, 29, ketika ini.

Menurut Zara, dia juga akan mengumumkan berita baik itu bila tiba masanya nanti. Katanya, sebenarnya, dari tahun lalu lagi orang sudah mula bercakap dan teruja dengan cerita mereka mahu berkahwin, sedangkan ramai lagi pasangan lain yang bercinta.

“Saya pula sebaliknya tidak berani mahu bercerita sama ada kami mahu berkahwin pada tahun ini atau tahun depan selagi perkara ini belum dapat kepastian lagi. “Kalau perkara ini sudah pasti, baru saya umumkan pada semua,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas perbezaan umur mereka, kata Zara, ia bukan halangan untuk berkahwin. “Hubungan kami serius dalam tempoh dua tahun menjalinkan hubungan. “Setakat ini, hubungan kami juga berjalan lancar dan masih dalam tempoh mengenali hati budi lagi,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, buat masa ini, dia dan Hafreez sibuk memberi fokus pada karier seni masing-masing. “Saya memang kuat bekerja dan sibuk dengan penggambaran drama serta bisnes. “Begitu juga Hafreez sibuk dengan karier seninya. Doakan yang baik buat kami,” katanya.

Cincin hadiah hari jadi saja

“BELUM lamar pun. Ia cuma hadiah hari jadi saja. Cincin itu pun bukan sebagai tanda apa-apa,” kata pelakon Hafreez Adam mengenai pemberian cincin kepada kekasihnya yang juga pelakon, Zara Zya seperti dimuat naik di Instagram semalam.

Hafreez, 28, atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan berkata, hadiah itu sengaja diberikan lewat dari tarikh hari jadi Zara yang ke-33 iaitu pada 22 Oktober lalu. Menurut Hafreez, cincin itu juga sempena genap setahun hubungan percintaan mereka.

“Ia bukan cincin merisik, bertunang atau apa pun. Ia sempena hari jadi Zara pada 22 Oktober lalu. Tetapi, saya sengaja bagi lambat supaya dia tak boleh nak jangka. “Makan malam semalam pun dia tak tahu saya akan buat kejutan untuknya. Dia ingat makan malam biasa, cuma saya suruh dia pakai cantik-cantik.

“Hadiah ini saya anggap pemberian yang cukup istimewa apatah lagi bulan ini genap setahun perhubungan kami. Jadi, tak salah kalau saya nak belanja lebih sikit untuk orang tersayang,” katanya kepada Harian Metro. Ditanya mengenai hubungan mereka, Hafreez yang juga pelakon drama Monalisa berkata, dia sudah bersedia untuk membawa hubungan mereka ke fasa serius iaitu berkahwin.

Bagaimanapun, Hafreez tidak mahu terburu-buru kerana perlu mengambil kira jadual kerja kekasihnya. “Saya sudah berjumpa keluarga Zara. Malah, bapanya pernah cakap kalau betul nak kahwin hantar rombongan dan ikut adat.

“Bahagian saya pula, kalau boleh nak terus nikah. Tetapi, dalam soal ini saya tak boleh pentingkan diri sendiri. Saya kena tanya pandangan kedua belah pihak. “Saya dan Zara selalu juga bercakap soal ini. Cuma, buat masa sekarang, jadual Zara sibuk hingga Februari tahun depan. Jadi, mustahil untuk buat majlis dalam masa terdekat,” katanya.

Sumber: myMetro

Author: pyka