Gadis ini minta warganet carikan jodoh. Umur dah cecah 27 tahun, banyak aplikasi dah cuba tapi tak jumpa jodoh lagi.

Gadis cantik yang berumur 27 tahun ini, muatnaik kata-kata ingin mencari jodoh tatkala umurnya sudah mencecah 27 tahun. Malah, Olen yang bekerja sebagai guru, akui sudah muat naik dan menggunakan pelbagai aplikasi cari jodoh namun ianya masih belum terhasil. Kemudian, semalam, gadis ini meluahkan keinginnya untuk menamatkan zaman bujangnya di laman media sosial Twitter dan berharap bakal bertemu jodoh dengan bakal suami.

Ini kata-kata Olen yang menggunakan nama akaun Twitter @gulaaaaaaa: “Hai. Umur saya dah 27. Saya nak kahwin, tapi saya tak jumpa jodoh lagi ni. Macam-macam apps dah install tapi tak jumpa juga. Harap-harap lepas ni jumpalah. Thanks” Tweet itu lantas menarik perhatian para warga internet dan mendapat share serta retweet yang amat banyak, seklaigus membuatkan nya menjadi viral sekelip mata.

Malah Olen turut mengaku mahu merancangan kahwin pada tahun depan dan mengimpikan untuk mempunyai empat orang anak. Apabila tweet itu menjadi viral, dilihat ramai lelaki mencuba nasib untuk mendekati gadis jelita berkenaan. Ramai juga yang tampil memberi komen dan mendoakan agar olen dipertemukan jodoh.

Menjawab tuduhan bahawa dia hanya mahu publisiti, Olen memberitahu dia sebenarnya tiada niat langsung menjadi viral “Saya tak berniat nak cari publisiti ke apa. Janganlah kata itu ini, dah stop retweet ” Apa kata pengguna media sosial ”Kau bukan tak jumpa jodoh.. kau cuma tak jumpa jodoh yang sesuai je. Handsome dan berduit itu pasti.” katanya.

”Aku dah banyak kali pm dia, dia baca jer. Tak penah reply lepastu update status macam tu, kau rasa ??” kata seorang lain warganet. ”Elok pekerjaan, seorang guru” kata seorang lagi. ”Cikgu tak sepatutnya macam ni, terdesak sangat ke? Ramai yang tak kahwin lagi. chill, penting rasa malu dalam diri kita. i ok je ada jodoh on takda relax.. jangan nampak terdesak la##donekomen#” kata seorang warganet.

”Kalau nak cari doctor banyak pensyarah dah kebas, yang tingal lagi pion dengan operator kilang jer, sangup ke? Bukannya tak cantik.” kata warganet. ”Dia belum berjumpa Lelaki sejati yang pakai kereta Proton Wira lagi.. Sikit hari lagi dia akan berjumpa lelaki idaman Proton Wira yang akan menjadi suami beliau.” ujar warganet itu.

”Ok lah tu muda lagi yang aku ni dah 43 mereput tak kawin kawin lagi” kata seorang warganet yang senasib dengannya. ”Nanti Abang Sajat dah sehat keluar dari wad hosptal, Cuba lah jumpa ibu nya. Inshaallah.” ujar warganet yang kenankan dengan usahawan kosmetik. ”Aku yang hodoh pun memilih apatah lagi yang cantik cenggini. ok la dik muda lagi. hakak dah 31 tahun taw. haaaa.” kata warganet.

Semoga gadis ini bertemu jodoh yang dicari-cari. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: lepat pisang

Artikel lain: 6 Sebab Kenapa Jodoh ‘Berat’ Dan Lambat Sampai

Rezeki, ajal maut dan jodoh semuanya di tangan Tuhan. Tidak ada satu pun yang kita boleh nafikan tentang ketentuan ini. Tapi bila jodoh lambat sampai, semua dah kelam kabut tak tentu arah fikir yang bukan-bukan. Kenapa orang tak nak dekat aku? Buruk sangat ke aku ni?

Walaupun tidak semua, namun ada segelintir individu yang masih single berfikiran seperti ini. Sebenarnya, terdapat beberapa faktor mengapa jodoh seseorang itu ‘berat’ dan lambat sampai. Jom kita semak sebab-sebab apa yang mungkin membuatkan jodoh korang ‘berat’.

1. Usaha belum sempurna. Walaupun dah cuba berusaha, tapi usaha yang dilakukan belum cukup sempurna. Contohnya, kita telah berusaha mencari jodoh, tetapi berhenti pada usaha yang ke 99. Sedangkan mungkin Allah hendak memberikan kita jodoh dalam usaha yang ke 100. So, korang faham tak? Maksudnya jangan pernah berhenti berusaha untuk mencari jodoh. Setiap orang ada jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah. Cepat atau lambat, semuanya terserah kepadaNYa.

2. Terlalu memilih. Nak yang cantik, handsome, kulit putih atau paling kurang pun tinggi lampai. Taste tak nak kalah. Hiks! Macam mana jodoh nak lekat kalau memilih sangat? 3. Tidak berdoa. Bila dah usaha, jangan lupa untuk berdoa juga. Kalau solat pun malas, apa lagi nak berdoa. Dekatkan diri kepada agama dan ikut segala suruhanNya. Dengan berdoa, insyaAllah semua masalah dapat diselesaikan.

4. Tiada daya penarik. Diri kita umpama magnet kepada pasangan mahupun orang lain. Jadi, korang perlu meningkatkan power magnet tersebut dengan bersikap lebih positif dan tidak mempunyai perasaan hasad dengki terhadap orang lain. Banyakkan istighfar kerana amalan ini dapat menyucikan hati daripada segala ‘kekotoran’.

5. Tidak dapat restu ibu bapa. Mungkin mak ayah korang belum bersedia untuk melepaskan anak mereka. Ibu mana yang tidak mahu melihat anaknya berkahwin, tetapi dalam hati masih tidak benar-benar mahu melepaskan anaknya. Ini merupakan salah satu masalah besar juga. Namun, jangan kerana sebab ini korang hilang kehormatan pada orang tua sendiri!

6. Yang baik selalunya datang lambat. Pernah dengar kan statement ni? Klise kan? Tapi korang kena percaya bila orang-orang tua selalu cakap, jodoh yang baik datang lambat sebab seseorang yang mementingkan kesempurnaan akan mencari dan terus mencari.

Apa kata korang cuba muhasabah diri dan perbaiki diri untuk jadi lebih baik. InsyaAllah bila kita sudah menjadi individu yang lebih baik, mungkin pada waktu itulah baru kita betul-betul bersedia untuk berumah-tangga.

Sumber: remaja

Author: pyka