Tak kisah lelaki atau perempuan, Zoey terima sesiapa saja yang nak sewa dia untuk jadi kekasih yang penyayang dan sukakan pelukan

Menerusi entri terbaru di Instagram, pelakon Zoey Rahman ada tawar diri menjadi ‘kekasih’ untuk disewa. Maklumnya, ia terbuka untuk lelaki ataupun perempuan. Malah menerusi ruangan kapsyen, Zoey turut menjelaskan dirinya mampu menjadi kekasih yang setia, penyayang dan sukakan pelukan. Namun, memerlukan perhatian setiap masa.

7:07 saya nak buat servis boyfriend for rent.“ Pros: loyal, love to talk with elderly (i bet your mother gonna love me or maybe ur father), open minded, loves hug. “Cons: overly clingy, might want your attention all the time, im Capricorn. $100 sahaja. Lelaki perempuan tak kisah,” tulisnya.

Terhibur dengan perkongsian ini, warganet tinggalkan pelbagai reaksi dan berharap agar perkhidmatan ini ditawarkan secara realiti. Bagaimanapun, pengacara yang popular menerusi rancangan kanak-kanak Gerak Geri Gasing ini hanya berseloroh dan bergurau dengan pengikut Instagramnya. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Instagram Zoey Rahman via MH

Zoey Rahman lali dituduh ‘buat’ muka

Zoey langsung tidak terkesan apabila dituduh membuat sesuatu pada wajahnya. Bertemu dengan pelakon dan pengacara, Zoey Rahman pada sidang akhbar Mood Republik Raya 2019 baru-baru ini, terasa sedikit ganjil kerana hampir tidak mengenali wajah lelaki berusia 34 tahun itu.

rata-rata rakan media yang hadir berpendapat wajahnya berbeza daripada kebiasaan. Zoey atau nama sebenarnya, Mohd. Hairey Azhar Abd. Rahman ketika diajukan soalan tentang sama ada dia melakukan ‘sesuatu’ terhadap wajahnya untuk tampak lebih berbeza,

dia nampaknya lebih selesa untuk tidak mengiyakan atau menidakkan perkara tersebut. Katanya, dia terima dengan hati yang terbuka andai orang ramai menuduhnya melakukan suntikan di wajah atau pembedahan plastik, namun bagi dirinya, lebih baik tidak memberikan komen lanjut tentang perkara itu.

Kosmo!: Apakah komen Zoey apabila ramai yang mendakwa anda melakukan sesuatu pada wajah kerana kelihatan begitu berbeza? Zoey Rahman: Tuduhan tersebut sudah saya terima sejak lama dahulu dan sedikit pun tidak terguris dengan hal itu. Saya tidak mahu mengiyakan atau menidakkan tuduhan itu (buat muka). Terpulang kepada orang di luar untuk tuduh saya buat muka atau memancungkan hidung.

Itu hak mereka. Apa yang saya tahu, ini badan dan muka saya, jadi saya berhak untuk lakukan perkara yang tidak memudaratkan kesihatan dan melanggar hukum syarak. Cucuk vitamin C, saya kira sudah biasa buat semua orang. Saya juga menggunakan produk keluaran sendiri iaitu Mikaseries untuk kelihatan seperti sekarang.

Jadi, adakah anda mengaku telah melakukan sesuatu pada wajah? Saya tidak mahu bercerita lebih tentang perkara itu. Itu hal peribadi yang saya rasa lebih baik disimpan sendiri. Bagaimanapun pada zaman sekarang ini, kalau ada duit sesiapa sahaja boleh buat apa yang mereka suka dengan rupa paras masing-masing.

Buat muka sudah seperti menjadi trend fesyen dalam kalangan masyarakat bukan sahaja di luar negara, malah orang kita sendiri. Sebagai seorang lelaki, saya sangat mengutamakan penjagaan wajah dan keterampilan diri. Kalau tidak bagus dalam menjaga hal itu, orang pun sukar untuk dekat. Jika ingin pergi temuduga pekerjaan baharu pun, kita perlu kelihatan segak dan berkeyakinan.

Baiklah, bagaimana pula dengan perkembangan kerjaya lakonan anda? Alhamdulillah, saya baru sahaja habis penggambaran untuk drama Suamiku Mr. Blind tayangan Hypptv. Dalam pada itu, projek drama untuk Astro Ria berjudul Puteri Yang Ditukarkan bakal menyusul tidak lama lagi. Lakonan masih berjalan seperti biasa, tetapi bidang perniagaan kini menjadi fokus utama saya.

Perniagaan produk seluar dalam Mikawear Boxer sedikit mencetuskan kontroversi, apa komen anda? Pertama sekali, saya mohon maaf kalau ada dalam kalangan orang di luar sana yang terguris atau terasa hati dengan penggunaan model Mikawear Boxer yang dianggap tidak sensitif terhadap masyarakat.

Saya menjual pakaian dalam lelaki dan memang menjadi tugas model-model menggayakan produk menonjolkkan produk keluaran syarikat saya. Jual seluar dalam mustahil pakai seluar ketat. Terpulang kalau orang ingin terus mencaci, tetapi saya hanya mencari rezeki untuk kelangsungan hidup.

Bagaimana dengan penglibatan anda untuk Mood Republik tahun ini?Tahun ini lain sedikit kerana saya bakal menjual baju Melayu iaitu Teruna by Zoey Rahman. Terdapat 10 warna yang berbeza untuk dijual di Mood Republik tahun ini. Sebanyak 10,000 pasang yang sudah disiapkan dan menunggu untuk dijual di festival terbesar Aidilfitri tahun ini. Dalam pada itu, produk lain seperti Boy De Mikaseries, Mikawear akan turut dijual di festival yang sama.

Sumber kosmo

Siti Nordiana, Zoey Rahman bergegas lari ketika berlaku gegaran

Siti Nordiana dan Zoey Rahman ketika di Jepun. PENYANYI Siti Nordiana berkongsi detik cemas dan panik ketika gegaran berlaku di Sapporo, Jepun pada pukul 9.22 malam, Khamis (waktu tempatan). Siti Nordiana, 35, atau lebih mesra dipanggil Nana berkata dia kelam kabut apabila menerima mesej penggera kecemasan serta dapat rasai gegaran yang kuat dan terus bergegas untuk turun ke bawah apartmen.

Menurut penyanyi lagu Hatiku Milikmu, kejadian itu berlaku ketika dia sedang bermain telefon bimbit dan bernasib baik masih berpakaian lengkap dengan bertudung. “Kejadian tu berlaku ketika saya tengah bermain telefon bimbit dan tiba- iba dapat mesej bunyi penggera

kecemasan. Semua orang dapat mesej yang sama. Waktu tu juga tiba-tiba rasa gegaran yang kuat. “Memang kelam kabut sebab pertama kali saya lalui benda ni. Memang terus capai apa beg dan barang penting. Nasib baik masa tu saya masih berpakaian lengkap dengan bertudung.

“Terus turun ke bawah. Masa nak tekan lift tu dah panik sebab tak boleh buka tapi beberapa saat kemudian baru boleh dan semua orang sudah berada di bawah apartmen,” katanya kepada mStar Online. Nana yang baru sahaja tiba ke Malaysia kira-kira pukul 5 petang, Jumaat bercuti bersama syarikat penerbangan AirAsia ke negara tersebut sejak Isnin lalu.

Menurut Nana, apa yang berlaku merupakan pengalaman yang sangat menakutkan memandangkan dia tidak pernah lagi melalui detik cemas seperti itu. “Pengalaman yang sangat menakutkan. Tak pernah hadapi benda ni. Selepas kejadian gegaran itu, saya naik ke bilik dan tidur dengan

berpakaian lengkap iaitu menutup aurat sebab berjaga-jaga takut gegaran tu berulang kembali,” ujarnya. Dalam pada itu, pelakon Zoey Rahman yang turut serta dalam percutian bersama Nana memberitahu dia berasa gementar apabila gegaran berlaku selama 10 saat dan menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.

Menurut Zoey, kejadian tersebut merupakan pengalaman keduanya selepas pernah merasai gegaran di Jakarta pada tahun lalu. “Masa tu memang gementar juga dan semua jadi huru-hara. Memang panik sebab saya pernah lalui benda yang sama masa di Jakarta tahun lalu. “Ketika gegaran tu berlaku, saya tengah kemas-kemas barang untuk pulang ke Malaysia pada pagi keesokan. Alhamdulillah semuanya selamat,” katanya.

Sumber mstar

Author: Iqbal