Tak sangka ini kebaikan kalau suami suka cium isteri. Kena amalkan kalau nak rumahtangga bahagia

Asam garam dalam rumah tangga pasti akan ada ujiannya. Pasti semua suami dan isteri pernah merasainya. Tapi, janganlah pula bila bergaduh sehingga benda yang kecil pun diperbesarkan. Kalau boleh buatlah benda-benda baik kepada isteri dan janganlah pula sehingga menyakiti isterimu.

Sebelum tidur, peluk dan ciumlah pasanganmu. Tidak semestinya di mulut tetapi di dahi, atau di pipi. Mungkin ini antara tips yang boleh membantu buat anda dan pasangan. Semoga ianya bermanfaat.v 1. Lafazkan ‘I love you’. Kalau nak cakap ‘Saya sayang awak’ pun boleh.

2. Renung wajahnya, seolah-olah itu hari terakhir anda melihat wajahnya dan belailah rambutnya dengan penuh kasih sayang. 3. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

4. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula… 5. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

6. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran. 7. Tidurlah dalam keadaan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan, dada atau bahu anda. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat. Tidak semestinya semua itu perlu berakhir dengan hubungan intim.

Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.

Kredit : Carakita

Author: pyka