Tak sangka ini punca ank perempuan selalunya mesti ikut muka mak. Lagi dekat lagi panas ini tips untuk jadi bff mak

Memang tiada fakta kukuh mengiyakannya. Tetapi, ada banyak kebetulan yang berlaku kepada beberapa orang yang anak perempuan yang mirip wajah ibunya akan tidak serasi dengan ibu… Kredit foto: IG zielajalil. Jom ikuti perkongsian dibawah. kalau betul tu mungkin hanya kebetulan. Untuk sekadar perkongsian bersama. jangan ambil serius yeee.

Kak Long Ikut Muka Mama Memang Selalu Bertelagah

Cerita Adik, antara tiga beradik mereka, Kak Long paling ikut muka Mama. Adik dan Angah ikut muka Babah. Alhamdulillah, Adik memang rapat dengan Mama, selalu berkongsi minat dan cerita. Mama bukan tidak sayang Kak Long dan begitu juga Kak Long, sayang sangat kepada Mama, namun setiap hari ada sahaja yang ingin mereka telagahkan.

Kadang-kadang bendanya remeh sahaja tetapi daripada yang kecil itu menjadi besar sehinggakan ada kala tidak bertegur seharian. Apabila ditanya kepada Kak Long kenapa suka sangat cari pasal dengan Mama? Ini jawapan Kak Long, Mama memang selalu ‘berbulu’ dengan Kak Long kerana Kak Long suka membantah kata-kata Mama. Dikata pula Adik kaki ampu Mama sebab itu Mama sayang Adik.

Geleng kepala Adik. Sehinggakan sekarang sudah dewasa pun, Kak Long masih begitu. Ada sahaja yang dia tidak puas hati dengan Mama dan Mama pun seperti tidak mahu beralah. Babah pun sudah malas nak campur. Kata Abah, sampai Abah tutup mata nantilah mereka akan terus bertelagah.

Namun, jauh di sudut hati mereka, Adik tahu yang Kak Long dan Mama akan sentiasa merindui jika lama tidak berjumpa. Mereka tidaklah asyik sahaja bergaduh. Ada juga masa-masanya mereka berbaik dan lebih istimewa kalau mereka saling usik-mengusik dan ketawa bersama. Bak kata Babah, mereka umpama anjing dengan kucing.

Letih bergaduh, mereka tidur dan berbaiklah dalam mimpi nanti. Apa pun, sejak Mama kurang sihat ni, Kak Longlah yang banyak menjenguk Mama kerana Kak Long duduk berdekatan rumah Mama. Kak Longlah yang tengokkan ubat Mama, bawa Mama check up walaupun cerita Babah, “Macam tengok drama Cina kalau sesi Kak Long paksa Mama makan ubat. Bising!” Hahaha…

Ibu Dah Tiada, Kalau Rindu Tengok Muka Kak Ida

Cerita Kak Su pula. Dalam adik-beradiknya yang berlima itu, Kak Ida (anak nombor tiga) paling mirip dengan wajah Ibu yang dah pergi menghadap Ilahi. Ibu sudah lima tahun pergi, lapan tahun selepas Ayah dijemput Illahi. Inilah bagusnya apabila ada anak perempuan yang ikut muka Mak, dapatlah adik-beradik melepas rindu menatap wajah Mak

dengan melihat wajah kakak yang seiras Mak yang sudah tiada. Apabila ditanya hubungan Kak Ida dengan Ibu? Kata Kak Su, memang tidak dinafikan antara ramai-ramai anak Ibu, Kak Ida memang selalu ada masalah dengan Ibu. Kak Ida bukanlah anak bermasalah tetapi sering menjadi orang kemarahan Ibu.

Kalau adik menangis, Kak Ida yang kena. Kalau nasi lambat masak, Kak Ida juga dipekiknya. Pernah ketika Kak Ida mahu melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM) , Ibu membantah. Ibu suruh belajar dekat-dekat rumah sahaja. Alasan Ibu, nanti Kak Ida berubah jadi ‘nakal’. Hakikatnya, kami tahu Ibu sayangkan Kak Ida.

Kak Ida umpama tangan kanan Ibu yang sentiasa menghulur bantuan. Namun, jarang sekali mereka mengungkapkan sayang itu. Begitulah antara cerita anak perempuan yang mirip wajah ibu. Ada sahaja ‘drama’ yang tidak disengajakan. Apa pun alasananya, seharusnya anak perempuan menjadi teman rapat kepada ibu. Kredit foto: IG nouruldepp. Terima sahajalah bagaimana layanan mereka kerana martabat mereka yang tidak boleh kita nafikan.

Author: pyka