Tak sangka ini sebabnya ramai pengantin lelaki suka pakai kaca mata hitam. Bukan kerana bajet handsome.

Memakai kaca mata hitam sewaktu bersanding bukan perbuatan suka-suka. Cuma biasalah, dalam masyarakat kita, memakai kaca mata hitam atau sunglasses selalu menyebabkan mempelai dilabel sebagai ‘poyo’ atau terlampau gemuruh. Kenapa?

Tahukah kita, dalam satu kajian yang dilakukan oleh Dr Wilson, Psikologis dari University of London, memakai kaca mata hitam boleh meningkatkan keyakinan diri dan juga keyakinan untuk berdepan dengan orang.

Cermin mata hitam membuatkan seseorang itu berasa dalam kawalan dan dapat melihat lebih banyak daripada merasakan dirinya dilihat. Ini adalah logik buat seorang mempelai. Bersanding di hadapan orang ramai. Diperhatikan dan dinilai menyebabkan pengantin rasa kurang selesa.

Apabila memakai kaca mata hitam, aksesori ini selain memberi gaya, ia membuatkan pengantin lebih tenang dan selesa berada di singgahsana. Ada orang yang memerlukannya. So don’t judge! Checklist jawapan lain kalau ada kawan-kawan tanya kenapa pakai cermin mata hitam ketika bersanding:

1. Selain unik dan kreatif berkaca mata hitam, kau hanya nak be yourself. Ok apa! Memanglah tetamu tak nampak mata, tapi senyuman lebar sampai telinga tu confirm diorang tau kau tengah bahagia. 2. Mata sensitif, taknak rosakkan gambar.

Ketika beraraklah selalu terjadinya perkara ini. Matahari terlampau terik, jenuh mata terkelip-kelip. Apabila mata lari fokus, mulalah timbul gambar dengan wajah yang pelik-pelik. Tapi kan, this thing selalu happen pada lelaki, kenapa ya?

3. Cermin mata ada daya penarik kan. Memang sukar diterima alasan ini. Tapi itulah antara perkara yang disebut oleh Dr Wilson dalam kajiannya. Memakainya boleh jadi penarik untuk berlainan jantina. 4. Normal sudah terlalu boring! Jadi kenalah berani untuk nampak berbeza.

Mengenakan cermin mata hitam akan memberi gaya bold and trendy kepada pengantin. Kaca polarisednya pula dapat kurangkan silau. 5. Sebab ada kat hantaran, so kau guna. Ini pun satu alasan brilliant. . Jadi kenapa tidak dijadikan hantaran. Kemudian guna.

Kalau diikutkan secara logik, Raja Sehari berhak untuk memilih untuk memakai atau tidak cermin mata hitam. Ini adalah hari anda, jadi be bold and different. Cuma time salam orang tua tu, bawa-bawalah buka cermin mata.

Sumber : Pesona Pengantin

Author: pyka