Tak sangka nenek ini dah capai umur 107 tahun. Terkejut rupa rupanya ini punca dan rahsia dia mampu hidup sampai sekarang

Selain daripada kesihatan yang baik, umur yang panjang juga dianggap sebagai salah satu nikmat yang perlu dihargai oleh semua orang. Seseorang yang dikurniakan anugerah tersebut sepatutnya bersyukur atas nikmat ini kerana masih lagi diberi peluang untuk kekal hidup di atas muka bumi ini.

Begitulah yang dinikmati oleh seorang warga tua yang berusia 107 tahun dan masih dianugerahkan dengan kesihatan yang baik. Louise Signore yang berumur 107 tahun pada tahun ini lahir di Manhattan pada tahun 1912 iaitu tahun yang penuh dengan perubahan dan inovasi.

Apa yang menarik mengenai wanita tua ini adalah pada usia ratusan tahun itu, dia tidak menggunakan tongkat mahupun kerusi roda untuk bergerak ke mana-mana. Perkara ini membuktikan bahawa warga tua ini masih mempunyai kesihatan dan kekuatan tubuh badan yang baik.

Menurut rakannya, Aisha Parillon, wanita tua itu mempunyai hubungan yang baik dengan jiran disekelilingnya. Saya fikir hubungannya dengan jiran-jiran dalam komuniti dan rakan-rakan membantu untuk memastikan dia kekal seperti sekarang.

Apabila ditanya mengenai rahsia kesihatan yang baik dan umur yang panjang, Louise mengatakan bahawa dia tidak berkahwin. Saya fikir umur saya mencecah umur 107 tahun adalah disebabkan saya tidak pernah berkahwin. Saya fikir itu rahsia disebalik umur yang panjang ini.

Dakwanya, kehidupan tanpa perkahwinan boleh menyebabkan kehidupannya lebih baik dan mencapai umur yang panjang. Dia juga tidak perlu menguruskan rumah tangga malahan boleh memberikan tumpuan terhadap penjagaan kesihatan dan tubuh badannya.

Berikutan mempunyai kesihatan tubuh yang baik, wanita ini juga tidak mengambil sebarang ubat tapi hanya perlu mengamalkan pil antihipertensi. Dia juga mengamalkan pemakanan yang sihat terutamanya makanan Itali yang tiada soda dan kek. Jom amalkan permakanan sihat.

Sumber: CBS New York via Siakap Keli

Author: pyka