Tanda2 kucing peliharaan anda akan pergi buat selamanya.

Tanda-Tanda Kucing Peliharaan Akan Pergi Buat Selamanya. 1. Kucing Menjadi Lemah. Seekor kucing yang akan pergi biasa akan baring dan tidur satu hari suntuk. Ia seolah-olah malas untuk menggerakkan badan, dan akhirnya tubuh akan mengeras dan kaku.

2. Kucing Akan Diam (Tidak Bersuara) . Kucing yang sakit biasanya tenaga akan hilang dan lemah, begitu juga dengan suaranya. Menurut pakar ada juga kucing yang mengeluarkan suara sebelum pemergian, mungkin disebabkan rasa sakit yang dialaminya.

3. Suhu Badan & Denyut Jantung Menurun. Buat pengatahuan anda, Kebanyakkan kucing memiliki suhu 36 darjah dan ia akan menurun bila hampir dengan pemergian, denyut jantungnya pun juga semakin lemah. Denyut jantung kucing akan berdenyut tidak teratur sebelum ia pergi.

4. Perubahan Perwatakan. Kebanyakan kucing tidak suka dipegang dan di belai, ia juga akan jadi pemarah ataupun murung. Menurut pencinta kucing, ada juga sesetengah kes kucing yang bersifat independent atau sering keluar rumah, pada saat pemergian mereka akan berada di rumah untuk mendapatkan perhatian tuannya sebelum pergi.

5. Kucing Akan Bersembunyi. Kucing yang sudah tahu yang mereka akan pergi buat selamanya mula mencari tempat yang tenang dan gelap. Ada sesetengah kucing yang akan hembuskan nafas terakhir juga akan bersembunyi dari tuannya. Seolah-olah tidak mahu tuannya melihat dia pergi..

6. Perubahan Pada Makan. Makanan kegemarannya yang di sukai tidak lagi disentuh. Seolah-olah kucing itu tidak lalu makan atau sedang berpuasa. Sekiranya berlaku seperti ini, sebaiknya anda bawa ke veteriner untuk diperiksa. Kemungkinan juga ada sebab lain kenapa ia tak mahu makan.

7. Perubahan Penampilan. Kucing akan kelihatan tidak terurus dan lemah dari kebiasaannya. Sekiranya ia berlaku pada kucing anda, segeralah bawa ke klinik haiwan untuk pemeriksaan lanjut. 8. Nafas Tak Teratur. Pernafasannya menjadi tidak teratur dan boleh didengari.

Kucing akan keluarkan lidahnya dan mulut terbuka seolah-olah ia sukar untuk bernafas. 9. Hilang Tanpa Dikesan. Ada juga sesetengah kucing yang pergi dan tak kembali kerana tak mahu tuannya bersedih atas pemergian nyaaa.

7. Perubahan Penampilan. Kucing akan kelihatan tidak terurus dan lemah dari kebiasaannya. Sekiranya ia berlaku pada kucing anda, segeralah bawa ke klinik haiwan untuk pemeriksaan lanjut. 8. Nafas Tak Teratur. Pernafasannya menjadi tidak teratur dan boleh didengari.

Kucing akan keluarkan lidahnya dan mulut terbuka seolah-olah ia sukar untuk bernafas. 9. Hilang Tanpa Dikesan. Ada juga sesetengah kucing yang pergi dan hilang tanpa tinggalkan jejak. Mungkin ia faham dan tidak mahu tuannya sedih melihat ia sudah tiada nanti..

Author: fafa