Teman wanita sangat marah bila dihidangkan sekadar nasi dan telur kicap, menitis air mata ibu memandang dari jauh

” Sayang…. you nak makan apa? ” soal si lelaki. ” I nak makan seafood, I suka sgt…..” balas si gadis. Raut wajah lelaki tu berubah mendung. ” Sorry sayang.. Mak I masak lauk ni je, nasi, telor, kicap jr.. Ini jer yg mampu Mak I sediakan utk you.” Balas lelaki itu rasa serba salah. Lalu membuka tudung saji di atas meja di hadapan mereka. Gadis yg tadi begitu manja terus bertukar berang, wajahnya kemerahan.

” Ehh… ini jer ke yg Mak kau masak untuk aku? Alah kalau setakat ni baik tak payah susah-susah nk undang org datang rumah!! Buat malu jer…” Balas gadis itu penuh sinis. Lelaki muda itu tersentak. Gadis itu lantas berlalu sambil mencapai beg tangannya. Tiba tiba terdengar lelaki itu ketawa terbahak-bahak. Gadis itu menoleh..

” You..I gurau jer lah. I tau la selera you. Mak I dah masak macam-macam dah tu ada kt ruang meja utama tu…Ahahaha…” Lelaki itu terus ketawa. Gadis itu terus tersenyum.“You ni, suka tau gurau…eee…geramnya..” gadis itu merengek manja. Gadis itu terus menarik tangan lelaki itu..”Jom..” ” Ehh..jap. Nak ke mana?” Soal lelaki itu. ” Ehh you ni, nak makan laa, I dah lapar ni…” kata gadis tu. Lelaki itu tersenyum pahit.

” Aku rasa aku dah buat satu kesilapan besar. Betul cakap mak..kalau nak cari isteri carilah yg boleh mkn nasi berlaukkan telor dan kicap, kalau makan semua itu tanpa merungut, Inshallah dialah calon yg terbaik yg boleh menerima kita di saat kita jatuh, bukan saja di saat kita senang…” Gadis itu tergaman, lelaki itu tersenyum…

“Maaf…. kau bukan calon isteriku, Kau bukan gadis yg selayaknya utk menjadi menantu kpd ibu ku. kau boleh pergi sekarang, kita putus…” Gadis itu tergaman, gadis itu merayu tapi lelaki itu tetap dgn keputusannya. Si Ibu sedang memerhati dari kejauhan, air mata si ibu menitis. Akhirnya gadis itu berlalu dgn keadaan yg penuh 1001 penyesalan.

Moral of the story, nk cari teman hidup, carilah yg boleh menerima kita seadanya.. dalam keadaan susah dan senang, yg paling penting carilah yg boleh menerima dan menghormati ibu mu. Inshallah… bahagialah hidupmu, wanita itu kena “game.” Ada juga kisah di mana teman wanita ini melopong kerana tinggalkan teman lelaki miskin dahulu.

Setiap gadis mengimpikan lelaki yang ideal sebagai teman hidup mereka. Ada yang mahukan lelaki yang kacak bergaya, ada pula yang mengharapkan lelaki yang dicintai setia dan menyayanginya dengan sepenuh hati. Seorang lelaki miskin telah jatuh cinta dengan anak gadis yang kaya raya. Satu hari lelaki ini telah mengambil keputusan untuk meluahkan rasa hatinya pada si gadis.

Tapi standard yang diletakkan gadis ini berbeza dah lebih tinggi dari gadis-gadis yang lain. Jawapan si gadis ; “Macam mana awak boleh terfikir semua ni? Saya tak mungkin dapat mencintai awak. Lupakan saya dan carilah gadis lain yag sama level dengan awak.” Cintanya ditolak oleh si gadis dengan alasan dia tak sanggup untuk hidup dengan lelaki yang tidak mampu menampung gaya hidup sebagaimana yang disediakan oleh orang tuanya.

Atas rasa cintanya yang mendalam kepada si gadis, lelaki miskin tak dapat lupakan cinta pandang pertamanya ini. 10 tahun kemudian mereka terserempak di sebuah pusat membeli-belah. Si gadis dengan segera dapat mengenali siapakah lelaki yang berdiri di depannya dan berkata; “Awak apa khabar? Saya sekarang dah kahwin dengan seorang lelaki yang bijak dan gaji dia $15,700 sebulan. Awak boleh lawan ke gaji banyak tu?”

Si lelaki hanya mendiamkan diri dan cuba menahan air matanya dari menitis apabila mendengar ucapan berbisa bak sembilu dari wanita yang pernah bertakhta di hatinya ini. Tiada sepatah kata yang keluar dari mulutnya. Beberapa ketika kemudian, muncul suami kepada wanita ini. Tetapi sebelum si wanita sempat berkata-kata, suaminya telah menegur lelaki ini terlebih dahulu dengan nada girang;

“Selamat petang tuan. Nampaknya tuan dah berkenalan dengan isteri saya” Si lelaki membalas sambil tersenyum “ Selamat petang kembali Tuan ? “Saya Kamal tuan!”  Si suami kemudiannya berpaling kepada isterinya dan berkata; “Sayang, kenalkan ni lah boss abang. Dialah pemilik projek bernilai $100 juta yang abang uruskan tu.”

Si wanita terdiam kaku apabila mendengar apa yang suaminya telah perkatakan. Kemudiannya si lelaki berkata sambal meminta diri; “Tuan Kamal, saya ada urusan penting perlu diuruskan. Seronok dapat bertemu dengan tuan di sini dan berkenalan dengan isteri tuan. Saya minta diri dulu.” Untuk beberapa minit, pasangan ini hanya mampu memandang si lelaki yang sedang berlalu pergi.

Baru tersedar dari kejutan yang berlaku, si wanita bertanya kepada suaminya dalam nada tidak percaya; “Itu boss abang?” “Ya sayang. Dia seorang yang sangat merendah diri tapi hidupnya agak menyedihkan. Dengar cerita satu ketika dulu dia pernah jatuh cinta pada seorang gadis tapi cintanya ditolak mentah-mentah hanya kerana dia seorang yang miskin.”

“Disebabkan itu, dia bekerja keras. Oleh kerana dia juga seorang yang bijak, kini dia seorang yang berjaya. Pendapatan bulanan dia bernilai jutaan ringgit sebulan tapi malangnya dia masih tak dapat lupakan gadis yang pernah dicintainya satu ketika dulu. Sampai sekarang dia masih tak kahwin.” Si suami kemudian menyambung lagi; “Beruntungnya perempuan tu jika dia terima lelaki ni dulu.”

Terkejut mendengar ucapan suaminya, si wanita hanya mendiamkan diri. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua. Jangan pernah menghukum dan menghina seseorang hanya kerana kemiskinannya pada ketika ini. Mereka juga berhak untuk berusaha bagi merubah nasib diri sehingga berjaya dan berada di puncak.

Sumber : cintaku wardah ze via siakap keli / the vocket

Artikel lain : Isteri benci sikap suami suka perlekehkan isteri depan mertua sampai salah letak sudu pada gulai pun nak jadi isu besar

Assalamualaikum. Hai nama aku Nara, wanita yang sudah berkahwin dengan jejaka idaman time aku study dulu2. Suami aku tua dari 2 tahun. Dia senior aku time study dulu. Dia cinta pertama aku. Aku berasal dari Negeri sembilan.. yoo den orang nogori. Suami pula dari Pulau Pinang. Cukuplah intro takat tu supaya korang faham apa yang aku nak sampaikan.

Aku ingin meluahkan apa yang terpendam di dalam hati. Supaya apa yg aku luahkan ini dapat perhatian lelaki diluar sana terutama yg bernama suami dengan cara share luahan ini. Tq semua. Aku di lahirkan dalam keluarga sederhana. Semuanya baik belaka. cuma aku tidak berniat memburukan ayah aku, hanya sekadar meluahkan. Ayah aku pegawai polis. Kalau korang nak tahu ayah aku berdisplin, tegas, apa yang dia cakap perlu dipatuhi seperti dia bagi command dekat skuad dia.

Dia terbawa bawa cara didikan sampai dirumah, anak anak perlu wajib dan patuh dengan arahan dia. Tidak boleh lawan tau ayah aku, kalau dia cakap A, kami kena A, tak boleh B. Nanti tali pinggang akan sampai dekat tengah blakang kami adik beradik. Ayah aku terlalu garang. Seingat aku nak bercakap dengan dia direct memang jarang sekali. Dia seorang yang baik dan bertanggungjawab cuma baran.

Sehingga lah aku besar aku masih takut dengan ayah. Ya umur aku makin meningkat time tu dah menjangkau 20 tahun pun, tapi masih cuak nak bercakap sesuatu dengan ayah. Kalau korang nak tahu, kalau nk cakap sesuatu dengan ayah, kepala aku mesti tunduk, tak berani nak dongak kepala tengok muka dia. Sebab apa? Sebab dia akan tengok dan renung mata kau sambil berfikir, kalau benda tu ok pon dia akan cakap seperti marah. Ya itulah ayah aku.

Perkara ni terbawa2 sehingga kalau buat sesuatu kesalahan aku kadang menipu untuk tidak dimarahi. Aku juga membesar sebagai seorang yg less self confident dan sensitif. aku takut nak buat sesuatu keputusan, takut menyuarakan pendapat dan sebagainya. Ujian tersebut memberi impact yg besar dalam hidup aku. Aku selalu rasa rendah diri. Sehinggalah aku kahwin, aku dapat suami yang selalu merendah-rendahkan kemampuan aku.

YES!! Kemuncak less self confident dan sensitif tu terbawa bawa sampai aku dah berkahwin. Disinilah bermula segala konflik yang aku terpaksa berdepan dengan confident level yg rendah. Tambahan pula nasib aku dapat suami selalu memperlekehkan aku. Dari awal perkenalan, bertunang, hingga jejak ke alam perkahwinan suami selalu mengejek dan memperlekehkan aku. Pada awalnya dia acuh tak acuh meperlekehkan aku, ingat kan skill dia nak mengorat aku. Aku terima je la dia. Tapi aku SILAP!! SILAP SANGAT2!!

Disinilah bermulah kisah aku apabila dia juga merendahkan kemampuan aku di depan mertua. Waktu awal perkahwinan, bila aku ke rumah mentua, pasti ada yang tidak kena di mata suami. Sehinggakan cara aku letak sudu di gulai juga jadi isu. Bertambah lagi perasaan rendah diri aku. Bila suami selalu merendahkan kemampuan aku di depan mertua, maka mertua selalu pandang rendah pada aku.

Kadangkala suami membandingkan aku dengan biras. Aku betul2 rasa diganggu dari segi mental. Layanan mertua aku dengan biras (perempuan) aku ada perbezaan. Mertua aku bila bersembang atau nak buat keputusan selalu minta pendapat biras aku. Sedangkan biras aku jauh muda dari aku. Biras aku muda 5 tahun dari aku. Tapi dari segi dia bercakap dengan mak mertua buat orang sekeliling sangat kagum dengan dia. Aku yang tua di anggap seperti dungu tugu ditengah jalan. Takde function.

Aku tahu kematangan can’t be measure by age. Ada juga beberapa hal yang terlalu jelas jika dilihat dengan mata kasar dan mata hati. Bila aku luahkan perasaan kecil hati aku pada suami, dia kata aku ada penyakit hati sedangkan aku cuma meluahkan tidak memburukkan sesiapa. Katanya aku tidak pandai ambil hati mertua sedangkan biras aku terlalu bagus. Bagai menambah bara di api, suami menambah rasa sedih aku.

Yang aku harap cuma dia tenteramkan hati aku tapi sebaliknya yang aku dapat. Ya aku tidak pandai bagi cadangan pada mertua kerana aku rasa rendah diri. Aku takut suami marah andai tersalah kata atau pandangan yang aku usul. Jadi aku selalu berdiam diri. Ya aku takut nak masak untuk mertua tapi aku sentiasa menolong dia di dapur, mungkin usaha aku belum cukup baik.

Layanan adik beradik ipar juga berbeza dengan biras aku. Aku sering rasa tersisih. Ya, aku tak pandai bergurau. Sebab pernah aku bergurau dengan adik ipar, aku kata ” alang2 dah iron baju, iron skali baju kakak. hehe” Lillahi taala, aku bersumpah dengan nama Allah aku cuma bergurau. Tiada niat menyusahkan adik. Tapi bila suami dengar dia kata jangan menyusahkan adik. Pergi buat sendiri.

Dari situ mula risau untuk bergurau, nanti suami fikir lain,dan dia akan mrah. Aku rasa perbezaan layanan keluarga mertua akan bertambah bila biras aku mengandung nanti. Aku tidak cemburu kerana aku yakin rezeki Allah itu adil. Tapi aku pasti berasa sedih. Aku tak sangka sebelum kahwin suami juga menyatakan tidak mahu anak, dan ini benar2 terjadi. Setelah berkahwin jarang sekali suami berusaha untuk dapatkan anak. Tidak kira lah usaha dari segi mana pun.

Sesungguhnya aku tahu azab Allah itu amatlah pedih jika membuka aib suami, tapi aku sungguh terganggu dari segi mental. Aku sudah usaha pelbagai usaha namun hampa dan kini hanya berdoa. Pada aku keluarga memang memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah diri seseorang. Aku nmpak perbezaan aku dan biras. Biras dilahirkan dengan ayah penyayang. Suami biras juga selalu memuji dia di depan mertua. Jadi dari situ it’s become motivation pada dia.

Disebabkan itu perfomance dia lebih bagus dari aku. Memang betul kata suami dia pandai ambil hati mak mertua. Aku ibarat seorang LOSER. Ketika cuba mendaki gunung yang tinggi terlalu banyak rintangan yang harus dihadapi yang sedikit sebanyak melunturkan semangat diri. Aku tahu ujian yang Allah beri dari lahir adalah TERSISIH dan SENSITIF. Aku sentiasa mohon semoga Allah buang perasaan sensitif aku, perasaan mudah kecil hati aku. Sesungguhnya ia sesuatu yang amat berat bagi aku.

Hubungan aku dengan suami makin lama makin dingin. Aku tidak pasti sampai bila aku mampu bertahan. Suami aku ada baiknya. Setiap orang pasti ada kebaikan.tidak mensyukuri nikmat Allah itu satu dosa. Cuma kerana beberapa isu hati menjadi semakin tawar. Akhir kata aku harap sume dapat ambil pengajaran dari luahan aku. Jika korang mempunyai anak, sayangi lah dia. Jgn terlalu keras. Anak tidak hormat tapi takut. Jika ada isteri jangan terlalu keras mahupun lembut. Janganlah memperlekehkan isteri di depan orang lain.

Filem Taare Zamen Par benar2 beri pengajaran. Fahami dengan mata hati. “Di pulau solomon, mereka ingin membuat pembangunan. Pohon tidak ditebang tetapi mereka hanya berkumpul disekeliling pohon lalu mengutuk dan mencaci pohon tersebut. Akhirnya pohon2 itu musnah kerana semangatnya sudah tiada.” Begitu juga dengan manusia akhirnya lemah kerana kurang kasih akung dan sifat merendah2kan orang lain.

Author: Iqbal