Terpaksa marahi isteri sebab takut mak dan ayah kata suami lebihkan isteri daripada mereka

Salam admin. Saya tahu dalam laman ini ramai perempuan. Tetapi saya pun ada kisah juga. Isteri saya ada masalah sikit dengan mak, ayah dan kakak sulung saya. Saya jadi serba salah, ada yang kata saya pengecut, tak tahu mendidik isteri dan macam-macam lagi. Sebenarnya isteri saya itu sudah cukup baik. Banyak yang dia ajar saya tentang agama. Sebelum kahwin, saya sembahyang tidak menentu. Selepas berkahwin, syukur solat penuh sampai sekarang. Puasa-puasa saya pun isteri saya tegur suruh ganti, yang mana masa zaman muda nakal-nakal dulu suka ponteng puasa. 

Awal perkahwinan pun, isteri rapat dengan mak, ayah dan adik beradik saya yang lain. Dia ambil hati keluarga saya dengan belikan tudunglah, bawa pergi bershoppinglah. Saya gembira sebab dia rapat dengan keluarga saya. Tetapi dalam tahun lepas, timbul sedikit isu sebab isteri saya menjawab ayah saya. Saya akui keluarga saya suka mengarah-arahkan saya dan isteri. Perkahwinan kami seperti dikawal oleh mereka. Saya tidak mempunyai masalah sebab sudah terbiasa. Tetapi isteri saya tak selesa. 

Di depan isteri, saya masih mempertahankan keluarga saya walau apa pun keluarga saya katakan. Saya kasihan tengok isteri stress dan menangis. Tetapi saya tidak berani nak berkata apa-apa pada mak dan ayah. Saya sayang sangat pada mereka dan takut mereka pula kecil hati. Lagipun nanti mereka akan kata saya melebihkan isteri pula.

Sejak kejadian itu, saya kerap bergaduh dengan isteri disebabkan mak, ayah dan kakak saya marah saya dan tuduh saya lebihkan isteri dari mak sendiri. Apatah lagi dengan perangai kakak saya yang suka menjadi batu api. Saya serabut sangat dan saya inginkan hubungan seperti sebelum ini. Isteri saya dah meminta maaf dan menghubungi mereka melalui WhatsApp, malangnya semua tak jalan. Bila berjumpa pun, ayah tarik tangan bila isteri bersalaman dengannya. 

Baru-baru ini saya bawa isteri balik beraya. Mak suruh saya masuk ke dalam solat. Makan semua biar dia dengan isteri saya uruskan di luar. Bila saya keluar, tengok-tengok mak saya menangis. Saya memang pantang dengan keadaan seperti ini, saya terus tolak kepala isteri yang pada ketika itu juga sedang bercakap di telefon. Lalu saya rampas dan baling sebab dia bersikap kurang ajar dengan mak saya. 

Saya tahu saya salah tetapi kalau saya tak buat, nampak saya backup isteri saya dan mengenepikan mak dan ayah. Mak menangis memeluk saya. Bila masuk ke kereta, isteri saya kata, “Sampai hati awak buat saya macam ini. Mak awak yang maki dan hina saya macam-macam bila awak tak ada. Bila awak keluar, dia buat drama menangis-nangis,” 

Saya dah rasa lain macam tetapi saya tak mampu. Saya rasa stress sangat dengan perkara ini. Salah isteri saya kecil sahaja tetapi keluarga saya besar-besarkan. Tetapi saya dah tak mampu buat apa-apa. Disebabkan perkara ini juga, saya selalu naik tangan pada isteri sampai lebam dan luka di badannya. Saya kasihan tapi saya tak tahan. Isteri saya cantik, kadang-kadang saya tak bersukur dia memilih saya yang tiada rupa dan harga ini dari ramai lagi lelaki lain yang mahukan dia. 

Sebelum ini saya berstatus duda. Perkahwinan yang lalu tak sampai setahun sebab hal-hal begini juga. Keluarga saya masuk campur sehingga bekas isteri sengaja ada jantan lain agar saya sakit hati dan melepaskan dia. Tak apalah, perkara itu pun sudah lepas. Sekarang, saya memang sayang sangat pada isteri saya ini. Namun dia nekad nak pergi ke mahkamah untuk failkan tuntutan fasakh dan dia juga sudah tawar hati dengan saya. 

Saya akui saya cerita tentang perkara ini kepada mak. Biasalah masalah rumah tangga, tetapi saya nak mak saya faham, bukannya menyerang isteri saya. Sebaliknya mak kata isteri saya derhaka, tak melayan suami membuatkan isteri saya betul-betul terasa. Ditambah lagi dengan ayah dan kakak saya selalu menengking dan memarahi dia. 

Saya sayangkan isteri saya tetapi saya tersepit. Saya tak mampu nak bertegas dengan keluarga saya. Saya tak nak perkahwinan kedua saya ini hancur lagi kerana isteri saya ini adalah yang terbaik untuk saya. Saya beritahu isteri yang saya akan upah peguam untuk lawan dia sebab saya tak nak lepaskan dia. 

Sekarang dia nampak lembut hati sedikit sebab saya buat tanggungjawab saya. Saya tak pernah abaikan, saya tatang dia dengan kasih sayang sebelum ini. Cuma hal keluarga saya ini yang membantutkan segalanya. Keluarga saya burukan isteri saya pada saudara mara. Isteri saya betul-betul berputus asa.

Boleh tak bagi pendapat apa yang saya perlu buat supaya kedua-dua belah pihak tidak terluka? isteri saya pun dah mengalah tetapi keluarga saya tetap berkeras hati. Saya banyak dosa dengan isteri dan disebabkan keluarga saya, isteri saya mengalami depression. Isteri saya keguguran dan rasa saya bersalah pada dia, tetapi keluarga saya tak pandang semua itu. Saya tahu kelemahan mereka. Saya sayangkan kedua-duanya. 

Sumber: limau manis

Artikel lain : Isteri benci sikap suami suka perlekehkan isteri depan mertua sampai salah letak sudu pada gulai pun nak jadi isu besar

Assalamualaikum. Hai nama aku Nara, wanita yang sudah berkahwin dengan jejaka idaman time aku study dulu2. Suami aku tua dari 2 tahun. Dia senior aku time study dulu. Dia cinta pertama aku. Aku berasal dari Negeri sembilan.. yoo den orang nogori. Suami pula dari Pulau Pinang. Cukuplah intro takat tu supaya korang faham apa yang aku nak sampaikan.

Aku ingin meluahkan apa yang terpendam di dalam hati. Supaya apa yg aku luahkan ini dapat perhatian lelaki diluar sana terutama yg bernama suami dengan cara share luahan ini. Tq semua. Aku di lahirkan dalam keluarga sederhana. Semuanya baik belaka. cuma aku tidak berniat memburukan ayah aku, hanya sekadar meluahkan. Ayah aku pegawai polis. Kalau korang nak tahu ayah aku berdisplin, tegas, apa yang dia cakap perlu dipatuhi seperti dia bagi command dekat skuad dia.

Dia terbawa bawa cara didikan sampai dirumah, anak anak perlu wajib dan patuh dengan arahan dia. Tidak boleh lawan tau ayah aku, kalau dia cakap A, kami kena A, tak boleh B. Nanti tali pinggang akan sampai dekat tengah blakang kami adik beradik. Ayah aku terlalu garang. Seingat aku nak bercakap dengan dia direct memang jarang sekali. Dia seorang yang baik dan bertanggungjawab cuma baran.

Sehingga lah aku besar aku masih takut dengan ayah. Ya umur aku makin meningkat time tu dah menjangkau 20 tahun pun, tapi masih cuak nak bercakap sesuatu dengan ayah. Kalau korang nak tahu, kalau nk cakap sesuatu dengan ayah, kepala aku mesti tunduk, tak berani nak dongak kepala tengok muka dia. Sebab apa? Sebab dia akan tengok dan renung mata kau sambil berfikir, kalau benda tu ok pon dia akan cakap seperti marah. Ya itulah ayah aku.

Perkara ni terbawa2 sehingga kalau buat sesuatu kesalahan aku kadang menipu untuk tidak dimarahi. Aku juga membesar sebagai seorang yg less self confident dan sensitif. aku takut nak buat sesuatu keputusan, takut menyuarakan pendapat dan sebagainya. Ujian tersebut memberi impact yg besar dalam hidup aku. Aku selalu rasa rendah diri. Sehinggalah aku kahwin, aku dapat suami yang selalu merendah-rendahkan kemampuan aku.

YES!! Kemuncak less self confident dan sensitif tu terbawa bawa sampai aku dah berkahwin. Disinilah bermula segala konflik yang aku terpaksa berdepan dengan confident level yg rendah. Tambahan pula nasib aku dapat suami selalu memperlekehkan aku. Dari awal perkenalan, bertunang, hingga jejak ke alam perkahwinan suami selalu mengejek dan memperlekehkan aku. Pada awalnya dia acuh tak acuh meperlekehkan aku, ingat kan skill dia nak mengorat aku. Aku terima je la dia. Tapi aku SILAP!! SILAP SANGAT2!!

Disinilah bermulah kisah aku apabila dia juga merendahkan kemampuan aku di depan mertua. Waktu awal perkahwinan, bila aku ke rumah mentua, pasti ada yang tidak kena di mata suami. Sehinggakan cara aku letak sudu di gulai juga jadi isu. Bertambah lagi perasaan rendah diri aku. Bila suami selalu merendahkan kemampuan aku di depan mertua, maka mertua selalu pandang rendah pada aku.

Kadangkala suami membandingkan aku dengan biras. Aku betul2 rasa diganggu dari segi mental. Layanan mertua aku dengan biras (perempuan) aku ada perbezaan. Mertua aku bila bersembang atau nak buat keputusan selalu minta pendapat biras aku. Sedangkan biras aku jauh muda dari aku. Biras aku muda 5 tahun dari aku. Tapi dari segi dia bercakap dengan mak mertua buat orang sekeliling sangat kagum dengan dia. Aku yang tua di anggap seperti dungu tugu ditengah jalan. Takde function.

Aku tahu kematangan can’t be measure by age. Ada juga beberapa hal yang terlalu jelas jika dilihat dengan mata kasar dan mata hati. Bila aku luahkan perasaan kecil hati aku pada suami, dia kata aku ada penyakit hati sedangkan aku cuma meluahkan tidak memburukkan sesiapa. Katanya aku tidak pandai ambil hati mertua sedangkan biras aku terlalu bagus. Bagai menambah bara di api, suami menambah rasa sedih aku.

Yang aku harap cuma dia tenteramkan hati aku tapi sebaliknya yang aku dapat. Ya aku tidak pandai bagi cadangan pada mertua kerana aku rasa rendah diri. Aku takut suami marah andai tersalah kata atau pandangan yang aku usul. Jadi aku selalu berdiam diri. Ya aku takut nak masak untuk mertua tapi aku sentiasa menolong dia di dapur, mungkin usaha aku belum cukup baik.

Layanan adik beradik ipar juga berbeza dengan biras aku. Aku sering rasa tersisih. Ya, aku tak pandai bergurau. Sebab pernah aku bergurau dengan adik ipar, aku kata ” alang2 dah iron baju, iron skali baju kakak. hehe” Lillahi taala, aku bersumpah dengan nama Allah aku cuma bergurau. Tiada niat menyusahkan adik. Tapi bila suami dengar dia kata jangan menyusahkan adik. Pergi buat sendiri.

Dari situ mula risau untuk bergurau, nanti suami fikir lain,dan dia akan mrah. Aku rasa perbezaan layanan keluarga mertua akan bertambah bila biras aku mengandung nanti. Aku tidak cemburu kerana aku yakin rezeki Allah itu adil. Tapi aku pasti berasa sedih. Aku tak sangka sebelum kahwin suami juga menyatakan tidak mahu anak, dan ini benar2 terjadi. Setelah berkahwin jarang sekali suami berusaha untuk dapatkan anak. Tidak kira lah usaha dari segi mana pun.

Sesungguhnya aku tahu azab Allah itu amatlah pedih jika membuka aib suami, tapi aku sungguh terganggu dari segi mental. Aku sudah usaha pelbagai usaha namun hampa dan kini hanya berdoa. Pada aku keluarga memang memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah diri seseorang. Aku nmpak perbezaan aku dan biras. Biras dilahirkan dengan ayah penyayang. Suami biras juga selalu memuji dia di depan mertua. Jadi dari situ it’s become motivation pada dia.

Disebabkan itu perfomance dia lebih bagus dari aku. Memang betul kata suami dia pandai ambil hati mak mertua. Aku ibarat seorang LOSER. Ketika cuba mendaki gunung yang tinggi terlalu banyak rintangan yang harus dihadapi yang sedikit sebanyak melunturkan semangat diri. Aku tahu ujian yang Allah beri dari lahir adalah TERSISIH dan SENSITIF. Aku sentiasa mohon semoga Allah buang perasaan sensitif aku, perasaan mudah kecil hati aku. Sesungguhnya ia sesuatu yang amat berat bagi aku.

Hubungan aku dengan suami makin lama makin dingin. Aku tidak pasti sampai bila aku mampu bertahan. Suami aku ada baiknya. Setiap orang pasti ada kebaikan.tidak mensyukuri nikmat Allah itu satu dosa. Cuma kerana beberapa isu hati menjadi semakin tawar. Akhir kata aku harap sume dapat ambil pengajaran dari luahan aku. Jika korang mempunyai anak, sayangi lah dia. Jgn terlalu keras. Anak tidak hormat tapi takut. Jika ada isteri jangan terlalu keras mahupun lembut. Janganlah memperlekehkan isteri di depan orang lain.

Filem Taare Zamen Par benar2 beri pengajaran. Fahami dengan mata hati. “Di pulau solomon, mereka ingin membuat pembangunan. Pohon tidak ditebang tetapi mereka hanya berkumpul disekeliling pohon lalu mengutuk dan mencaci pohon tersebut. Akhirnya pohon2 itu musnah kerana semangatnya sudah mti.” Begitu juga dengan manusia akhirnya mti kerana kurang kasih akung dan sifat merendah2kan orang lain.

Author: pyka