Tetap nampak cantik ketika usia sudah meningkat. Amy Mastura dipuji oleh warganet walaupun hampir 25 tahun bergelar anak seni.

Penyanyi amy mastura menghargai peminat yang setia dan sentiasa menyokong kerjayanya,amy mastura meluangkan masabersama kelab peminatnya baru baru ini.amy mastura berasa besar hati kerana ada peminat yang menantikan almbum terbaru.

Walaupun hampir 25 tahun bergelar anak seni, penyanyi Amy Mastura tetap menghargai peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya. Baru-baru ini, bintang filem Puteri Impian itu telah meluangkan masa bersama kelab peminatnya di larian Batik Fun Walk 2019.Malah, penyanyi berusia 48 tahun itu berkongsi momen tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.

“Alhamdulillah beriadah bersama amfc. Dpt medal!!! Dah rasa sehat kan. Tq semua yg sudi luangkan masa bersama. Insyallah lain kali jumpa lg #amfcselamanya,” tulisnya.Lantas, perkongsian Amy menjadi perhatian sekaligus menerima pujian daripada warganet. Rata-rata warganet memuji sikap baik dan rendah diri Amy yang sentiasa menghargai peminatnya.

Untuk rekod, Amy atau nama sebenarnya telah dilahirkan pada 10 Mei 1971 di Batu Gajah, Perak dan telah mendirikan rumah tangga bersama Alvin Tham Suffian pada tahun 2000. Selepas itu, Amy dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan bernama Adalia dan Adriana.

Amy Mastura meraikan ulangtahun perkahwinannya ke-19 dengan suami, Alvin Tham Suffian pada Julai lalu.“Nak bersyukur. Itu jer,” ringkas ucapan Amy namun penyanyi lagu Sha Na Na itu berjaya menarik tumpuan ramai terutama peminat setianya.

Mana tidaknya, Amy turut memuat naik sekeping foto throwback ketika majlis perkahwinannya yang hampir memasuki usia dua dekad itu.Menariknya juga, selain mendoakan jodoh berpanjangan, peminat turut memuji kecantikan wajah Amy yang tidak dimamah usia.Anak-anaknya iaitu Adriana dan Adalia mentertawakannya apabila dia bercerita tentang penglibatannya dalam industri hiburan sejak awal 1990-an.

“Mereka sebelum ini tidak pernah mengetahui kerjaya saya sebagai penyanyi dan pelakon selain tidak pernah menonton atau mendengar lagu-lagu nyanyian saya.“Apabila saya mendedahkan perkara tersebut kepada mereka, kedua-dua mereka tidak mempercayainya dan menganggap saya hanya berjenaka,”katanya.Foto: Instagram Amy Mastura

Author: pyka