Tiada ada beza pangkat, kaya atau populariti seseorang itu Ashraf Muslim kongsi pengalaman tunai haji

Fardhu haji tahun ini menyaksikan jutaan Umat Islam yang mendapat seruan dariNya, berada di tanah suci bagi menyempurnakan Rukun Islam Kelima itu. Malah, ramai juga golongan selebriti tempatan yang turut berpeluang, mendapat rezeki tahun ini untuk melakukan ibadah haji, antaranya Ashraf Muslim. Menerusi perkongsian terbarunya di Instagram, pelakon tersebut menyatakan rasa syukur atas rahmat selepas dipermudahkan segalanya selama sembilan hari berihram.

“Bismillahirrahmanirrahim… Dengan rasa penuh bersyukur pada Allah swt. Setelah melalui pelbagai dugaan, halangan dan keseronokkan dalam berihram selama 9 hari, berwukuf di Arafah dimana diturun rahmat Allah setelah 19 tahun tidak pernah hujan tapi pada waktu itu hujan cukup untuk memberitahu yg Allah ini Maha besar.

“Kemudian bermabit di Mudzallifah hanya lepak sekejap di sana dan kemudian bermalam di Mina bg melontar jamrah, dimana kami semua berjalan kaki sejauh 7 ke 8km pergi balik utk melontar selama 3 hari berturut-turut. “Seronoknya bila bersama-sama jemaah Muassasah TH di dalam satu khemah. Tidak ada beza pangkat atau kaya atau popularnya seseorang itu.

Kami disini ingin mencari perkara yang satu iaitu mendambakan diri utk Allah, memohon keampunan dan pembersihan hati utk mendapat nikmat dari Allah yg tak terjangkau akal kita. “Allahuakbar, masih tak percaya Ashraf Muslim telah selesai menunaikan tanggungjawab kita sebagai umat islam iaitu rukun islam yg ke-5,” tulisnya panjang lebar. Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat serta rakan selebriti menyatakan syukur serta mendoakan agar mereka turut sama mendapat panggilan haji pada masa depan.

Selainnya, selebriti lain yang turut sama berada di tanah suci bagi merebut haji mabrur ialah Erra Fazira, Datin Seri Umie Aida serta suami, Datin Seri Nor Shahida serta ibu mertua, Wany Hasrita, Fizo Omar dan ramai lagi. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Instagram Ashraf Muslim via MH

Artikel lain : Derhaka pada ibu sepanjang mengerjakan umrah di tanah suci, balasan dari Allah buat gadis ini menyesal

Nama aku Zatul. Ringkas tapi mendalam. Aku bersyukur tak terhingga diberi kesempatan mengerjakan umrah bersama mak ayah. Tapi ini apa yang jadi. Jejaknya kaki di tanah Madinah, lepas berjam jam kesejukan, tidur tak nyenyak dalam kapal terbang dan bas, aku yang becok mulut, dalam sejarah berdiam diri sepanjang perjalanan.

Masa hendak turun bas, ada sesuatu di tangan. Chewing gum beb. Chewing gum! Geli! Terkeluar satu perkataan yang langsung tak patut. “Bodoh”. Itu perkataan pertama aku di Madinah. Tersentak aku, sedih dan kecewa dengan diri sendiri. Di tanah suci, sepatutnya kalimah suci basah di bibir dan hati. Itu refleksi diri jugak akan apa sebenarnya tabiat buruk kita di dunia. Abang aku kat sebelah geleng kepala.

Itu yang pertama kebodohan aku. Yang kedua, derhaka. Aku dapat pergi umrah ini dengan abang, sebab teman mak dan ayah. Tugas anak jaga mak di mana mana pun. Waktu solat, aku pilih jauh dari kipas sebab hidung sensitif meleleh hingus. Tapi mak aku nak betul betul bawah kipas, ye la sebab panas ramai orang. Terus terjadilah kederhakaan aku melawan cakap mak aku, tinggi suara dan tarik muka duduk jauh.

Tak pernah aku jauh dari mak aku hanya sebab hingus. Pastu mula gelabah bila baru sedar jauh. Bayangkan perasaan seorang mak, anak sendiri solat berjauhan. Menyesal aku menyesal. Tapi Allah bagi cash. Masa nak makan, entah lelaki mana join dewan makan kumpulan kami. Allah takdirkan dia tumpahkan air panas terus dari flask air ke kaki aku. Burn weh. Panas dunia. Menangis tak kira.

Walaupun ada stokin, tapi melecur jugak sampai letak ubat gigi pun pedih. Lagi derhaka lagi. Aku tertinggi suara lagi sebab mak aku duduk solat tak rapat saf. Aku rapatkan, mak aku suruh jauh sikit sebab nak duduk tahiyat akhir dengan selesa. Aku patut tahu mak aku sakit lutut. Tapi aku anak yang tak memahami dan tak sedar diri, derhaka dengan mak di tanah haram.

Cash Allah bagi kat aku lagi. Hotel kitorang lif sangat lambat sebab ramai orang. Lif datang, ramai. Ada satu pasangan Arab. Mak ayah suruh aku masuk lif dulu. Tapi tiba si isteri yg agak besar ni tolak aku keluar dari lif dengan kasar. Aku yang agak comel ni, nasib baik tak jatuh terseliuh. Mak aku yang patut terasa dengan aku sebab tertinggi suara sebelum ni, tapi tetap sayang kat aku.

Mak marah orang Arab tu, tapi lif dah nak tutup pun. Maka kami semua naik tangga sama sama. Sendu hati. Syahdu. Anak yang tak bertimbang rasa. Sebab itu, masuk je dalam Masjidil Haram, nampak je Kaabah, banjir air mata aku. Basah telekung. Fikirkan dosa aku bertingkat tingkat. Macam macam ujian masa aku buat umrah.

Masa nak masuk dalam Raudhah, ramai orang tak payah nak cakap. Siap ada tolak mak aku. Apa lagi, kemarahan membuak buak. Aku jegil mata tunjuk, “Ummi, Ummi”. Tapi makcik tu buat tak tahu je. Rupanya dia pun tengah pimpin mak dia. Tapi tak aci la macam tu. Ada jugak kes yang main letak bahu kat aku, yang agak rendang ketinggian. Kalau kejap takpe la, tapi ni siap sangkut selipar kat bahu orang.

Apadahal wey. Sekali nak jalan balik hotel, ada satu tangan kat bahu aku. Dalam kemarahan, aku angkat bahu jatuhkan tangan orang tu. Pandang belakang, rupanya makcik tua. Ya Allah, berdosa lagi. Sedar diri belum bersedia untuk pergi umrah. Memang, aku tak pergi kursus pun. Ikut je angkut beg, sebab mak ayah dah pergi haji, dan ini pun umrah kedua mak ayah. Naik bas, untuk pergi berniat sebelum umrah terakhir, tiba tiba aku period. Yes dah makan ubat tahan period, tapi itu la, sebab tak bergantung kat Allah, bergantung kat ubat.

Aku tak dapat buat tawaf Wida’. Sedih ya Allah. Aku berhutang satu umrah. Sebab tak niat bersyarat, kan tak pergi kursus. Ayah rasa bersalah sebab tak ingatkan aku. Jadi, balik Malaysia, ayah minta ustaz uruskan bayar dam. Mak ayah kata, nanti dah kahwin, qada umrah dengan suami. Sebelum balik pulak, aku demam. Suhu tinggi. Tak pernah aku demam mcm ni. Moody habis.

Tak pernah makan tak habis, makanan dalam flight aku tak sentuh. Air zam zam mak ayah bagi untuk aku mandi baru kebah sikit. Demikian bodohnya aku masa umrah. Refleksi diri, jadi anak solehah. Berbakti pada mak ayah semampu mungkin. Kawal nafsu amarah. – ZSN

Sumber : nalurikini

Author: Iqbal