Tiada had ditetapkan untuk kegelapan cermin belakang kereta dan penumpang sejak 8 Mei 2019 lepas.

Kadar ketelusan cahaya tampak bagi bahagian cermin depan dan cermin kiri serta kanan pemandu, masing-masing masih kekal 70 dan 50 peratus seperti peraturan sedia ada. Bermula 3 hari lepas, 8 Mei 2019, penggunaan lapisan filem atau cermin gelap tanpa had dibenarkan pada cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan.

Menurut laporan, sebelum ini ketelusan cahaya tampak ditetapkan pada kadar 30% seperti yang digariskan dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. Menteri Pengangkutan iaitu Anthony Loke Siew Fook telah mengumumkan pindaan ke atas peraturan baru lapisan filem atau cermin gelap ke atas kenderaan motor itu pada hari ini, 7 Mei 2019

Image via imgur.com

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Loke Siew Fook, peraturan yang sedia ada menetapkan ketelusan cahaya tampak bagi bahagian cermin hadapan kenderaan adalah 70%, bagi cermin sisi kiri dan kanan adalah 50% manakala cermin sisi kiri dan kanan serta cermin belakang penumpang adalah 30%. Kini, pindaan yang terbaru yang telah mula sejak beberapa hari lalu, 8 Mei,

adalah ketelusan cahaya tampak menerusi cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan boleh dikurangkan daripada 70%. Manakala cermin hadapan dan cermin sisi kanan dan kiri pemandu masih kekal seperti sedia ada iaitu 70% cermin hadapan dan 50% cermin sisi pemandu.

Beliau juga turut menjelaskan bahawa kebenaran ini hanya untuk kenderaan motor milik persendirian sahaja. Manakala untuk kenderaan motor yang didaftar dan digunakan untuk pengangkutan awam dan barangan, kadar ketelusan cahaya tampak tidak boleh kurang dari 70%.

Image via JPJ Malaysia

Bagi individu yang merancang untuk menggunakan cermin gelap sepenuhnya dari peraturan yang dimaklumkan, boleh membuat permohonan atas sebab-sebab khusus. Contohnya atas faktor keselamatan atau faktor kesihatan yang tidak dapat dielakkan.

YB Loke Siew Fook turut memaklumkan untuk setiap permohonan yang dikemukakan atas faktor keselamatan akan dikenakan fi sebanyak RM50, manakala untuk setiap permohonan yang lulus akan dikenakan fi sebanyak RM5,000 bagi dua (2) tahun.

Individu yang telah diluluskan penggunaan cermin lebih gelap hendaklah memohon semula apabila tempoh sah laku tamat dan akan dikenakan fi yang sama dalam setiap permohonan. Individu terbabit perlu mendapatkan pengesahan bertulis daripada pakar perubatan kerajaan jika ingin memohon pengecualian di atas faktor kesihatan.

Dengan cara itu, mereka akan dikecualikan daripada sebarang fi. “Kita lihat latar belakang kebanyakan mereka yang memohon atas faktor keselamatan adalah tan sri, datuk seri & orang berkemampuan. Saya berpendapat mereka golongan berkemampuan dan jika dikenakan fi, ia mampu memberi pendapatan kerajaan.”Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook


Gambar sekadar hiasan.

Image via Johor Bahru Car Tinted. Selain itu, satu jawatankuasa juga telah ditubuhkan bagi menilai semua permohonan penggunaan cermin gelap sebelum memberi kelulusan. Ini juga termasuk melihat kembali semua rekod saman dan jenyah pemilik kenderaan terbabit.

Aku dan Tinted Kereta

Hari ini klinik sunyi sikit. Jadi banyak benda2 lain aku boleh buat. Antaranya survey market untuk pasang tinted kat cermin kereta aku. Menurut Akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah2 Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000,

menetapkan cermin2 depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Tapi kat kedai, mana ada ikut undang2. Semuanya JPJ Compliance (kononnya). Tapi janji kau nak pasang, mereka pasang. Risiko tanggung sendirilah.

Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, tetapi apa yang kita dapat? Kalau waktu panas, masih jugak rasa bahangnya.

Sekarang baru aku tahu sebenarnya ada 3 ciri utama yang perlu kita tahu tentang tinted film ni iaitu VLT, UV dan IR rejection punya percentage. Kalau korang pegi kedai2 ni, cuba korang tanya pasal benda2 ni. Kalau mereka tak reti nak jawap, itu bermakna mereka tak cukup pro. Janji boleh pasang. Murah tapi kurang kualitinya.

1. VLT bermaksud Visible Light Transmission atau bahasa mudahnya ketelusan cahaya. Ikut undang2 JPJ, cermin depan mesti boleh tembus cahaya lebih 70% dan cermin lain 50%. Makin gelap filem tu bermakna makin kuranglah cahaya boleh masuk dan makin tinggi risiko untuk kena saman masa JPJ buat roadblock.

2. UV (Ultra-violet) Rejection bermaksud kadar pemantulan cahaya UV. Makin tinggi percentage makin bagus dan brand yang bagus biasanya boleh memantul sehingga 99% cahaya UV. Sinaran UV boleh menyebabkan knsr kulit dan mempercepatkan proses penuaan. Kalau wife aku bising2 cakap aku buang duit, aku nak tanya produk muka yang dia pakai tu tak buang duit jugak ke? (Jangan marah aaa?)

3. IR (Infra-red) Rejection bermaksud haba, wap atau kepanasan. Semakin besar percentage bermakna makin sejuklah kereta anda nanti. Semakin tinggi nilai IR ni, harganya pun semakin mahallah. Checklist sebelum beli dan pasang tinted kereta:

1. Adakah filem mengandungi bahan2 besi yang boleh berkarat kemudian hari? 2. Adakah filem itu akan pudar atau luntur warnanya selepas beberapa tahun? 3. Adakah filem itu buatan Korea? Kalau buatan Korea, ianya lebih nipis dan akan pudar dalam tempoh 6 bulan.

4. Harga tidak mencerminkan kualiti. Barang2 yang takda brand, biasanya dihasilkan oleh pembekal yang sama. Awas! jangan tertipu dengan harga mahal tapi takda jenama. 5. Pilih kedai tinted yang ada hanya jual tinted sahaja. Mereka lebih pro dan ada tempat khas untuk buat kerja.

Rasanya brand paling bagus ialah V-Kool. Dikatakan ia diperbuat untuk USAF dan NASA untuk pasang kat jet fighter dan kapal roket mereka. Kalau betullah, memang tak boleh nak complaint apa2 lagilah. Tapi kalau pergi kedai tinted, mereka kata mereka punya lebih bagus daripada V-Kool.

Itu dah bohong dah tu. Daripada segi harga, normal price untuk tinted ialah RM400- RM1000. Kalau kurang daripada itu bermakna tinted tu kurang bagus dan kalau lebih seribu, itu memang bagus sesangat. Tengoklah poket masing2. Kalau rasa nak awet muda, pasanglah yang mahal. Yang kadar IR Rejectionnya 99.99%.

Author: fafa