Tips hilangkan blackhead dengan menggunakan berus gigi.

Kaum wanita sering berdepan dengan masalah bintik hitam di muka. Selain jerawat dan jeragat kemunculan bintik hitam dan bintik putih akan menjadikan kulit wajah nampak kusam dan tidak berseri. Bintik hitam selalunya boleh kelihatan di bahagian hidung, dahi dan dagu.

Ia berpunca dari muka yang berminyak dan debu serta kekotoran yang melekat di bahagian tersebut. Kurang menitik beratkan penjagaan wajah akan menyebabkan lebih banyak bintik hitam dan bintik putih. Ada segelintir individu yang gemar memicit keluar bintik hitam dan bintik putih.

Biarpun cara ini dirasakan praktikal untuk menghilangkan bintik hitam namun ia sebenarnya menyebakan pori-pori bertambah besar dan membuatkan jerawat mudah tumbuh. Adakah anda salah seorang yang mempunyai masalah bintik hitam pada muka?

Jangan risau, ini ada jalan penyelesaian mudah yang anda boleh cuba buat di rumah. Dengan menggunakan berus gigi, masalah bintik hitam akan hilang dengan segera. Bahan-bahan: Sediakan 1 sudu teh ubat gigi, 1 sudu teh serbuk penaik, Air suam secukupnya

Langkah-langkah penyediaan:

1. Cuci wajah sehingga bersih terlebih dahulu2. Ambil tuala dan celup ke dalam air suam, kemudian usap tuala tersebut pada kawasan berbintik. Tujuan ini adalah untuk membuka liang pori serta mencegah bakteria dari tangan dan kuku masuk ke liang pori.

3. Sediakan satu bekas, campur ubat gigi, serbuk penaik dan air kedalam bekas tersebut. Kacau hingga rata. 4. Sapu campuran ubat gigi tadi di bahagian berbintik hitam, gosok dengan berus gigi selama beberapa minit. 5. Selepas gosok, korang biarkan 1-2 minit sebelum cuci muka korang dengan air suam. Selamat mencuba!

Jika pori-pori nampak agak besar saiznya, anda boleh tekapkan ketulan ais untuk mengecilkan saiz pori. Pastikan anda menjaga kebersihan kulit wajah secara teratur. Gunakan produk pencuci wajah yang sesuai dengan jenis kulit anda. Dan gunakan tuala yang kering dan bersih setiap kali selepas membasuh muka. Apa yang penting adalah minum air suam secukupnya, kerana kekurangan air juga antara penyebab bintik hitam.

9 Cara Semulajadi Hilangkan ‘Blackhead’ & ‘Whitehead’ Pada Wajah

“Eiii banyaknya blackhead kat T-junction aku ni. Mesti sebab kulit muka aku yang berminyak jadi punca muka yang berlubang-lubang dan bintik hitam! Stress betul lah. Dengan kerja yang banyak sekarang ni, memang tak sempatlah nak buat facial spa bagai.

Tak ada petua hilangkan blackhead yang boleh DIY di rumah sajakah?” Kulit muka yang berminyak memang berpotensi untuk mengalami masalah pada liang pori. Apabila liang terbuka, ia mengundang masalah lain seperti blackhead, whitehead dan jerawat.

Selain kulit muka berminyak, sinaran matahari yang terlalu banyak juga boleh merosakkan kolagen kulit secara tak langsung membuka liang di muka dan menyebabkannya tersumbat. Apabila usia meningkat, masalah liang pori turut meningkat.

Facial spa antara pilihan yang boleh dilakukan untuk merawatnya. Namun, petua hilangkan blackhead dan whitehead menggunakan bahan semula jadi juga boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah pembukaan liang pori di muka.

PETUA HILANGKAN BLACKHEAD & WHITEHEAD DENGAN BAHAN SEMULAJADI. Petua hilangkan blackhead, whitehead, serta masalah pori anda boleh diatasi hanya dengan menggunakan 9 bahan ini di rumah. 1. AIS. Meningkatkan simulasi pengaliran cairan merah pada kulit seterusnya membina kulit yang lebih sihat.

Caranya: Balut kiub ais dalam kain dan tekap pada bahagian yang bermasalah selama 30 saat. Lakukan sekerap yang mungkin. Jika tidak sempat, cuci muka dengan air berais sekali sehari. Untuk lebih efektif, gantikan air dengan jus timun, jus epal ataupun teh hijau dan bekukan.

2. CUKA EPAL. Menegangkan kulit, mengurangkan pores dan mengembalikan kestabilan pH kulit muka. Caranya: Campurkan cuka ke dalam air. Dengan mengguna kapas, celup dan sapukan pada kulit muka. Biarkan kering dan bilas. Sebaiknya lakukan setiap malam selepas mencuci muka.

3. PUTIH TELUR. Mengecutkan liang yang terbuka dan menghilangkan minyak berlebihan di muka. Caranya: Pukul putih telur dan sapu pada muka. Biarkan kering baru dibilas. Untuk kesan yang efektif, selepas sapu putih telur di muka, lindunginya dengan meletakkan tisu di atasnya. Tarik tisu apabila putih telur betul-betul kering. Lakukan dua kali seminggu.

4. SKRUB GULA. Membuang minyak muka yang berlebihan dan mengurangkan pori terbuka. Caranya: Gaul dua sudu gula, satu sudu minyak zaitun dan sedikit jus lemon bersama, kemudian sapu pada muka. Biarkan selama 30 minit baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin. Boleh juga menambah aroma lain seperti kayu manis atau vanila. Lagi wangi!

5. SODA BIKARBONAT . Membuang lebihan minyak, kotoran dan debu di permukaan kulit muka. Ia juga merawat masalah jerawat. Caranya: Buat pes daripada dua sudu soda bikarbonat dan air. Sapu pada wajah dan urut perlahan-lahan untuk penyerapan.

6. JUS LEMON. Mengurangkan bukaan pori dan blackhead serta mencerahkan wajah. Caranya: Campurkan satu sudu madu ke dalam jus lemon. Sapu pada muka dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas. Lakukan setiap hari selama sebulan dan hasilnya pasti menakjubkan!

7. TIMUN. Mengecutkan liang yang terbuka dan mengembalikan seri wajah. Caranya: Ekstrak jus daripada sebiji timun. Rendam kapas dalam jus dan sapu pada muka. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Lakukan setiap sehari juga selama sebulan.

Stacked sliced cucumber with focus to the top slice showing the fleshy pulp and green rind on white

8. YOGURT. Membuang minyak yang berlebihan, membuang sel-sel kulit tidak hidup, mengurangkan garis halus dan kedut di muka. Caranya: Sapu yogurt pada muka. Biarkan selama 10 minit baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin.

9. OAT. Sesuai digunakan oleh mereka yang punya kulit sensitif. Caranya: Campurkan lima sudu madu dan dua sudu susu tepung dalam dua sudu oatmeal. Gaul sampai sebati dan sapu pada muka. Kemudian urut perlahan-lahan. Sesudah itu biarkan ia kering barulah dibilas.

LAKUKAN SECARA KONSISTEN

Pastikan kulit muka juga tidak terdedah pada sinaran matahari dan lakukan skrub setiap minggu untuk mengurangkan lebihan minyak, membuang sel kulit rosak dan kotoran di muka. Dengan mengamalkan petua hilangkan blackhead di atas dan menjaga kebersihan diri, anda dapat dapat merasakan kesannya dalam masa yang singkat!

Author: fafa