Tips untuk ibu menyusu. Resepi homemade Milkbooster cuma gunakan 3 bahan saja untuk di campurkan dengan longan

Foto sekadar hiasan. Yang sekali pam dapat 1 oz 2 oz dan tiap kali menyusu anak tak pernah puas dan tidur pun tak lena, eloklah amalkan homemade milkbooster yang Linn kongsikan ini ya. Mudah-mudahan cara tambah susu badan ini dapat membantu merancakkan lagi penghasilan susu ibu dengan jayanya.

Waktu penyediaan kurang dari 15 minit saja. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. Bahan-bahannya: 2 sudu besar halba1 gengam longan kering1 sudu besar gula pasir3 cawan air.. Cara caranya: Pertama sekali, halba dan longan kering tu kita basuh dulu untuk mengekalkan kesucian

dan kebersihan. Selepas basuh, toskan sekejap. Seterusnya, ambil satu periuk kosong, isi dengan 3 cawan air. Apabila dah menggelegak, kita masukkan halba dan longan kering. Kacau seketika. Agak-agak air dah berubah warna, masukkan satu sudu besar gula pasir.

Sebaik saja larut gulanya, kita bolehlah tutup api. Ok tadaaaa!! Siap pun homemade milkbooster kita ini. Sebelum minum, tapis dulu halbanya. Buah longan kita boleh masukkan terus dalam gelas kita. Sambil minum, sambil kunyah longan. Rasanya sedap, serius macam air laici kang! Amalkan setiap hari.

Seeloknya air ini diminum 2 kali sehari – sebelum sarapan dan sebelum tidur. Nak minum dalam keadaan panas atau sejuk, bergantung pada citarasa masing masing. Sebelum minum, selawat YA MATIN 21 kali bermaksud MAHA SEMPURNA KEKUATAN. NOTA: Pastikan anda dan bayi anda tidak mempunyai alahan kepada tiga bahan tersebut. Hasil setiap individu mungkin berbeza.

7 cara banyakkan susu badan, biar pekat dan bayi lebih kenyang

Nampak tips yang kami sediakan ini ‘senang sangat’ tapi percayalah ada ibu yang culas hingga menyebabkan susu berkurang dan terpaksa guna alternatif lain. Tak disangkal lagi, susu ibu sememangnya makanan terbaik untuk bayi. Bahkan, kolostrum yang dihasilkan payudara dapat membekalkan antibodi supaya bayi dapat melawan jangkitan.

Disebabkan itu, ibu perlu tahu cara banyakkan susu badan agar anak dapat khasiatnya dalam tempoh dua tahun ini. Bagi anda yang baru pertama kali bergelar ibu, tentunya penyusuan susu ibu ini akan menjadi momen terindah dalam hidup anda. Bagi membantu anda memudahkan lagi penyusuan susu badan, di sini ada beberapa cara banyakkan susu badan yang boleh dipraktiskan setiap hari.

7 cara banyakkan susu badan, jom ibu kita cuba!

1 – Cara banyakkan susu badan: Bertenang jika susu berkurang

Perlu tahu, tekanan merupakan PENYEBAB penghasilan susu terganggu dan berkurang. Oleh itu, ketika menyusukan anak, jangan fikir negatif tapi sebaiknya anda mengimbas kembali detik-detik terindah dalam hidup anda. Sekaligus, susu badan juga akan bertambah laju, pekat dan banyak! Bertenang juga boleh dilakukan dengan mendengar ayat-ayat Al-Quran sambil menyusukan bayi.

2 – Cara banyakkan susu badan: Letakkan minda dalam keadaan positif

Otak merupakan organ yang mempengaruhi tindakan manusia. Sebab itu, anda jangan letakkan mindset yang susu akan berkurang. Apa saja yang keluar dari fikiran anda akan dihantar ke anggota badan untuk bertindak. Sebab itu, anda harus sentiasa berfikiran positif dan niat untuk menyusukan anak sehingga umurnya dua tahun.

3 – Cara banyakkan susu badan: Tahu apa maksud supply dan demand

Perlu tahu, lebih banyak susu dikeluarkan, lebih banyak susu dihasilkan. Maksudnya ada supply and demand di situ. Oleh itu, susukan bayi sekerap mungkin ketika dia mahukannya. Bahkan, susu yang terhasil itu adalah sangat mencukupi untuk bayi anda.

Benar, susu yang diberikan secara terus melalui payudara sukar untuk disukat tapi anda boleh memerhatikan tingkah dan perlakuan bayi. Jika dia masih merengek walaupun sudah menyusu. Itu tandanya dia mahu dibelai dan dimanja oleh ibunya.

4 – Cara banyakkan susu badan: Jangan lupa perah susu badan

Jangan lupa perah susu badan banyak-banyak terutama ketika berpantang supaya stok susu sentiasa ada. Simpan susu perahan dalam peti sejuk dengan baik dan tulis date siap-siap. Latihkan perah susu ini sejak berpantang lagi. Jika bekerja, ambil sedikit ruang dan masa untuk memerah susu. Jika takut terlupa akibatbusy sangat, set jam penggera atau buat jadual untuk lebih mudah.

5 – Cara banyakkan susu badan: Kosongkan payudara

Maksudnya, kerap menyusukan bayi atau perah susu badan itu. Jangan biarkan sehingga payudara membengkak, dikuatiri ibu akan alami demam atau masalah lain pula timbul. Bahkan payudara yang membengkak akan menyebabkan penghasilan susu semakin berkurangan. Jika payudara kosong, susu dapat dihasilkan dengan lebih cepat

6 – Cara banyakkan susu badan: Makan penggalak susu badan atau milk booster

Benar, susu ibu yang pekat adalah berkualiti dan tentunya buat bayi bertambah kenyang. Jadi, ibu boleh amalkan milk booster dalam pemakanan seharian. Milk booster ini bukan hanya boleh didapati pada produk tertentu sahaja, tapi anda juga boleh dapatnya melalui pemakanan

yang boleh merangsang penghasilan susu dengan lebih meriah. Namun begitu, setiap ibu mempunyai kadar hormon yang berbeza. Jadi, anda perlu mencuba dahulu sesuatu makanan dan lihat adakah ia sesuai. Maksudnya susu bertambah atau tidak. Jika ya, makanan tersebut sesuai untuk tubuh anda.

7 – Cara banyakkan susu badan: Banyakkan minum air masak

Ini paling penting, banyakkan minum air masak. Bahkan, air merupakan ejen penyokong melancarkan susu ibu. Minum sekurang-kurangnya lapan ke 10 gelas setiap hari dalam tempoh masa tertentu. Kalau nak keluar atau beriadah sekalipun, bawahlah bersama tiga liter air masak setiap hari dan jadikannya teman rapat anda.

Sumber: Sirap Limau / Theasianparent

Author: fafa